• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Dongeng/Epic/Sejarah

Tahun 2011 merupakan tahu kegemilangan filem Melayu. Sejak Januari hingga sekarang pastinya sudah ada puluhan filem yang di tayangkan di pawagam. Namun saya sendiri merasa sedih kerana tidak menonton walau satupun daripada filem yang di tayangkan. Bukan tidak mahu tetapi tidak tahu kenapa kaki ini amat berat untuk melangkah ke pawagam walaupun pada awalnya berjanji dengan diri sendiri untuk menonton. Di antara filem yang saya janji dengan diri untuk menonton adalah Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Lagenda Budak Setan dan CUN. Alasan hanya tiga saja filem adalah kerana HMM di katakan mempunyai teknik penggambaran yang tinggi serta budget yang besar untuk pembikinannya, Lagenda Budak Setan saya ingin mengetahui sejauh mana adaptasi cerita ini menepati buku yang ditulis oleh Ahadiat Akashah dan CUN kononnya bercorak romantik komedi dan sisi lain lakonan Remy Ishak. Akhirnya janji tinggal janji akan tetapi tiket untuk Nur Kasih sudah saya beli.

Menyedari keadaan ini saya tahu yang saya tidak mungkin boleh menjadi pengkritik filem dan itu juga bukan cita-cita saya. Andainya saya menonton filem-filem yang saya sebutkan tadi besar kemungkinan persepsi saya akan berbeza. Ada sesetengah cerita kita akan tertarik di minit pertama di tonton dan ada juga sesetengah cerita sebelum di keluarkan menjadi kebencian. Saya akui amat bias dengan filem dan drama Melayu. Cara percakapan yang terlalu dramatik, susunan ayat yang kononnya bersastera dan mimik muka yang keterlaluan membuat saya lemas dengan cerita dan pelakonnya. Kepada pembaca blog ini pasti akan tahu yang drama serta cerita Melayu yang terus melekat di hati saya adalah Nur Kasih. Apapun orang nak kata Nur Kasih tetap di hati. Dari Nur Kasih saya temui ramai peminatnya dan menjadi kawan kini dan teman bercerita. Melalui kawan-kawan yang di kenali melalui Nur Kasih juga saya mendapat sedikit sebanyak cerita pembikinannya dan seisi keluarga boleh berkongsi sama.

Secara kebetulan saya berbual dengan adik tengahari tadi apabila membuat rancangan untuk menonton Nur Kasih esok. Dalam berbual adik saya berkata yang dia ada bertemu dengan salah seorang penulis Nur Kasih The Series, baru-baru ini. Oleh kerana kesibukan yang melanda dia terlupa untuk memberitahu saya tentangnya. Ia berlaku secara kebetulan sahaja apabila menghadiri bengkel penulisan kredit. Sewaktu sessi berkenal mesra terselitlah bicara tentang Nur Kasih lalu di ajukan soalan kenapa Nur Kasih menjadi fenomena. Jawapan yang di beri : – Pertamanya Nur Kasih adalah cerita biasa yang di lalui oleh kita manusia di dunia ini. Walaupun adakalanya di rasa sukar untuk menerima tapi itulah hakikat kehidupan. Kedua skrip yang bersahaja dan bersopan. Ketiga pengarah dan penerbitnya adalah seorang yang amat cerewet dan teliti. Kabir Bhatia seperti mana yang kita semua ketahui amat di kenali dengan sinematograpi yang cantik dan menarik. Jika berlakon di bawah Kabir Bhatia pelakon akan menjadi penat disebabkan satu scene akan diulang berkali-kali dari sudut camera yang berbeza sehingga dia sendiri berpuas hati. Selagi Kabir tidak berpuas hati selagi itulah scene itu akan di ulang. Sejauh mana benar kenyataan ini tidak dapat saya pastikan kerana saya hanya mendengar cerita pihak ketiga. Akan tetapi saya berani bertaruh kepada dua perkara di atas, Nur Kasih adalah cerita kehidupan sehari-hari dan skrip yang melekat di hati sehingga menjadi bualan peminat siri tersebut.

Ingin saya menambah di sini apabila mendengar temu ramah dengan Kabir di NTV7 pagi tadi melalui ruangan Breakfast dan juga di sebalik tabir Nur Kasih The Movie. Kabir mengingati semula pertemuan pertamanya dengan Tiz dan ada chemistry yang tercetus di perjumpaan itu. Kabir juga mengatakan ada sesuatu dalam diri Tiz lalu terus membayangkan Nur Amina. Menurut Kabir walaupun ada screen-test kepada pelakon-pelakon lain namun ia tidak menepati apa yang di cari. Tidak dinafikan juga chemistry yang terbentuk di antara Tiz dan pelakon lain amat terserlah. Watak Nur Kasih yang kita kenali iaitu Nur, Adam serta Aidil merupakan nadi cerita ini. Watak-watak ini disokong pula oleh Mak Jah iaitu ibu kepada Adam dan Aidil serta merupakan ibu mertua Nur Amina. Keserasian yang terbina di antara mereka sepanjang perjalanan drama bersiri Nur Kasih membuat kita menghayati cerita ini dari awal hingga akhir. Kelemahan ada di mana-mana namun oleh kerana kekuatan yang nyata dan terserlah menutup segala kelemahan lalu menjadikan cerita ini bualan ramai. Oleh kerana ini kita bakal menyaksikan kesinambungan cerita ini di layar yang lebih besar mulai Khamis 19/5/2011.

Kesungguhan penerbit dan pengarah filem mengeluarkan filem dari citarasa mereka serta penulis skrip yang sedia ada membangunkan industri seni tanahair. Akan tetapi pesatnya industri ini masih tidak dapat memenuhi citarasa semua pihak. Pasti ada yang suka dan ada juga yang tidak, lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang menerbitkan filem berdasarkan sejarah, epic ataupun adaptasi novel. Sewaktu HMM di war-warkan saya memang tertarik dengan teknologi canggih yang mereka gunakan dan kesanggupan KRU Studio mengeluarkan budget yang besar untuk filem tersebut. Saya sendiri tidak berapa tahu epic ini tapi apabila melihat trailer terasa juga kagum bahawa kita sudah mampu menerbitkan filem sebegini. Mengakui melihat trailer lebih dari sekali membuat saya mula membandingkan cerita ini dengan cerita-cerita Hollywood. The Last Samurai dan Lord of The Rings (LOTR) yang saya tonton penuh dengan aksi dan cerita dunia khayalan seperti Harry Porter serta Narnia penuh dengan penggunaan komputer. The Last Samurai dan LOTR adalah cerita lama dan telah menembusi pasaran dunia lama dahulu. Apabila menonton trailer HMM kedua cerita ini menjadi perbandingan saya. Sama ada adil atau tidak penilaian saya bukan ukurannya, kerana macam mana sekalipun HMM akan dibandingkan dengan filem aksi dan fiksyen dari Hollywood. Saya akui cubaan KRU Studio untuk cerita ini amat berani dan mungkin filem pertama terbitan tempatan yang sebegini. Oleh kerana saya tidak menepati janji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulas lanjut cuma yang menjadi tanda tanya sewaktu itu adakah ia berbaloi. Penonton kita amat terhad dan tidak keterlaluan juga saya kata bahawa HMM masih gagal membawa penonton bukan berbangsa Melayu ke pawagam. Apakah usaha penerbit dan pengusaha filem tempatan untuk menarik lebih ramai bilangan penonton dari berbagai bangsa? Adakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian yang diraih setakat ini?

Pirates of the Caribbean dan Nur Kasih akan berentap di hari yang sama. Saya tahu segelintir penonton bukan Melayu akan menonton Nur Kasih berdasarkan drama bersiri dahulu dan impian 19 juta penonton untuk menyaksikan cinta Adam dan Nur tetap berkobar-kobar. Namun mampukah Nur Kasih The Movie bersaing dengan Pirates of the Caribbean? Ingin juga saya mengetahui strategi Finas dalam hal ini.

Di bawah ini saya letakan artikel dari Utusan Malaysia mengenai forum HMM yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini. Menurut kata lapuran pihak penerbit tidak hadir dan tiada juga wakil mereka dalam forum berkenaan. Forum ini di adakan kerana kononnya HMM tidak menepati siri sejarah dan ciri-ciri kemelayuan sudah hilang sepanjang filem tersebut. Ahli forum terdiri dari orang-orang seni yang di segani. Apakah pembaharuan yang ingin di bawa oleh penerbit HMM mencemar epic sejarah? Apakah juga budget yang besar di keluarkan berbaloi dengan hasil yang di terbitkan? Sedikit sebanyak ada di sentuh di dalam forum tersebut dan andainya ada di antara pembaca yang menonton HMM saya berharap benar dapat berkongsi pendapat di sini. Terima kasih

Owned and written by : Sanaa 17/05/11

*****

Hikayat Merong Mahawangsa dikritik

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar FAUZI BAHARUDIN

PANEL yang menjayakan forum Hikayat Merong Mahawangsa, Daripada Sastera Klasik Kepada Filem (dari kiri) Prof. Datuk Siti Hawa Salleh, Kamil Ahmad, A. Wahab Hamzah (moderator forum) dan Dr. Mahadi J. Murad.

BIARPUN Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang diangkat dari naskah sastera klasik mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat filem Melayu tanah air namun di kalangan penggiat filem dan pencinta sastera pula, HMM mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan.

Melalui forum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini, beberapa insan seni tersohor industri perfileman negara mengatakan rasa kurang senang di minda mereka sebaik sahaja menonton filem garapan Yusry Abdul Halim itu.

Bagi mereka, nilai budaya yang sepatutnya dijulang melalui filem berkenaan tidak kesampaian apabila filem berkenaan dikatakan tidak mencerminkan budaya alam Melayu.

Forum bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem itu turut dihujani persoalan, di manakah letaknya Melayu dalam filem tersebut?

Pengarah, Ahmad Ibrahim atau nama penanya Mat London, bangkit melontarkan pandangannya kepada tiga ahli panel.

Mereka terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Dr. Mahadi J. Murat dan Timbalan Presiden Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Kamil Ahmad Mohd. Othman.

Mat London secara khususnya menyatakan, sepanjang durasi filem HMM itu, dia tidak melihat di manakah letaknya unsur Melayu dalam filem tersebut.

“Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunaan bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu.

“Tiada apa yang digambarkan dalam filem itu menunjukkan budaya kita,” kritik Mat London semasa mengemukakan pandangannya pada sesi soal jawab di forum berkenaan.

Kritikan pedas yang dilontarkan Mat London itu disokong seorang ahli panel forum itu, Siti Hawa Salleh.

Dia juga beranggapan, aktres yang mendokong watak Puteri China dalam filem berkenaan, kurang terserlah kecinaannya.

Sedangkan di Malaysia, kita juga punya aktres kaum Cina yang dirasakan mampu mendukung watak tersebut.

Selain itu, kajian teks klasik filem tersebut turut dipertikaikan kerana kupasan daripada kacamata mereka yang terlibat dalam forum itu jelas mengatakan bahawa unsur sejarah dalam HMM dilihat begitu longgar.

Walau bagaimanapun, Kamil Ahmad berpandangan, sekurang-kurangnya HMM menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada penggiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).

“HMM adalah pembuka ruang dalam memperkenalkan teknik CGI terhadap industri perfileman tanah air.

“Biarpun masih ada kelemahan dalam penggunaan teknik tersebut namun ia boleh ditambah baik.

“Mungkin selepas ini, akan ada produksi yang berminat untuk menerbitkan lebih banyak lagi filem-filem epik seperti kisah Tok Janggut, Hang Tuah atau pun Kota Melaka.

“Sudah tentu filem-filem berkenaan memerlukan teknik CGI terutamanya untuk mendapatkan set pengambaran yang sesuai,” jelasnya yang memuji HMM.

Namun begitu, hujah yang disampaikan oleh Kamil Ahmad itu disangkal oleh pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin yang merasakan kejayaan filem bukan bergantung kepada teknik CGI semata-mata.

“Bagi saya, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukkan kerana sudah tentu ia bukan sesuatu kejadian sebenar.

“Contohnya, dalam Bukit Kepong, rumah pasung itu dibakar dengan betul dan saya lihat itu lebih baik daripada CGI,” ujarnya berkongsi cerita.

Bagaimana pun, Jins menambah, dalam menjayakan sesebuah filem yang berkisah sejarah, kajian terperinci perlu dilakukan.

“Seperti mana Bukit Kepong, saya mengambil masa membuat kajian selama kira-kira dua tahun di England,” ujar pelakon filem Panca Delima itu.

Tidak cukup dengan itu, para pelakon HMM juga turut terkena tempias kritikan petang itu.

Gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung adalah antara komen yang dilontarkan petang itu.

Bagi aktres terkenal tanah air, Sofea Jane, mutu lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon HMM tidak setimpal dengan bajet filem berkenaan.

“Mengapa harus mengeluarkan bajet besar sekiranya pelakon gagal untuk memainkan karakter pada watak mereka.

“Saya bukan melihat dari perspektif seorang pelakon tetapi sebagai individu yang membayar untuk menonton. Watak Merong sendiri gagal memainkan karakternya,” jelas pelakon filem Susuk itu.

Bagaimana pun, maklum balas berkenaan dengan segala pandangan dan kritikan yang dilontarkan dalam forum berkenaan tidak terjawab sepenuhnya memandangkan forum itu tidak menampilkan insan-insan yang berkenaan.

Pengarah filem berkenaan Yusry mahupun orang kuat dalam penerbitan HMM tidak dapat menghadiri forum berkenaan kerana dimaklumkan mempunyai urusan lain.

Compiled by: Sanaa 17/05/11

One Response

  1. salam San,

    As a fan of NKTS..am anxiously waiting for 19th of May to come and i can also feel the anxiety of all of us on whether the stories will be as good as the series or can it satisfy the audience regardless their background nor perception…but let’s be fair…coz in the series the writer and director hv all the time to play with the plot and give us ample time to feel and enjoy all the romantic, sad, grief and joy of all the characters. In the movi ..i don’t think we have that luxury due to limitation on duration and i’m bet that once we see the movi ..most of us ..especially the fan and follower of NKTS will not want it to come to an end..we want it to be a never ending story…but that’s not our call..as said by the director and scriptwriter..it is the END..:-(

    and to add on your review on what is the formula behind the phenomenon…for me it is 1) script + 2) direction + 3) acting. Why is that so n y this sequence?..coz without a good script n story..director may not hv the inspiration to direct and actor may not hv the chance to play with their role and display the needed emotions.

    In MHI last monday..Ally Iskandar the host said that the script in the movie is not ‘cliche’ script that we always found.. for example..the scene where Adam wake up Nur for subuh prayer….Adam just said “Nur…”..to this Khabir said that Mira’s script usually very simple and it allows him to play with the camera and acting direction so that the actors could project the right acting and emotion for that simple script and the camera able to capture it the right way. May be that’s why they hv so many “takes” or reshoot as you said. Mira also add that when she write the script she also think abt the logic..coz since Adam n Nur is husband and wife and they’ve been married for quite sometime..it’s common for not saying more than that for that scene…n to this I remember that the series also hv these elements..the actors don’t hv to say anything..but we can feel all the moment..happiness, sadness, anxious etc especially in episode 13, 19 and 21..if i’m not mistaken..

    and I hv watched Cun..for me it’s not fair to compare it with NKTM coz it’s two different genre..the only similarity is only the actor..that is Remy..but he played totally different role in Cun and I luv it coz I can also relate with the story and the situations..Since i’m also oghang utara ..i can understand all the dialogue very well and it hillarious…geletek me most of the time with their acting and dialogue…

    since all of us hv seen the series..let’s us not expect different play by the actors as they play the same role anyway..i’m just hoping slight different since they play more mature role …enough said…..let’s us pray for the success of NKTM…n hope we can learn something from it so that berbaloi duit tiket tuhhh…sorry San pjg sgt tulih kat sini..

    hv a good day San n all…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: