• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Kini Kembali

Musim anggau telah tiba
Hari-hari nak cerita tentang mereka
Dua-dua tiga-tiga tidak boleh lupa
Betulkan Sup…kenangan terindah buat kita

Hari ini pun secara tiba-tiba
Sang Pencerita buka semula
Album dan video teruna dara
Jom Heboh dan juga di Kota Singa

Rahsia terbongkar di Kota Singa
Dalam bercerita agaknya terlupa
Bila di tanya teman ataupun bercinta
Ada pulak boleh rasa-rasa

Kata teruna kalau cuaca baik adanya
Dara akan di bawa berjalan sama
Naik moto keliling kota
Sang pencerita keliru…ini lakonan ataupun nyata

Sebelum pencen tak pernah terjumpa
Naik moto keliling kota
Buka stor ajak carpet dan teropong bersama
Mengintai kembali gerak geri mereka

Sungguh tak adil mereka berdua
Hanya bercerita di Kota Singa
Bila ditanya pada si Dara
Ada jodoh adalah katanya

Carpet dan teropong terpinga-pinga
Bila sang pencerita menggilap mereka
Aduhh kata mereka garu kepala
Ini anggau Nur Kasih namanya

Memang benar wahai kawan
Bersamalah kita mencari jawapan
Sudah ku tengok dua tontonan
Masih tidak juga rasa kepuasan

Mana mungkin dapat di rasa
Scene sekejap sekelip mata
Tuan hamba nak panjang berjela
Kalau boleh mereka berlari di sawah agaknya

Sang Pencerita ketawa mendengarkan
Komen teropong ada kebenaran
Itulah…hamba ingat cerita hindustan
Lari-lari nyanyi-nyanyi tukar pakaian

Rupanya tragedi tahap gaban
Adam hilang dalam pencarian
Dek kerana kemalangan
Ketika memandu dada kesakitan

Ada saja hendak dicerita
Kisah kita tiada akhirnya
Rasanya itulah yang Adam kata
Bila menulis kisah hidup berdua

Carpet mendengar geleng kepala
Best atau tak sebenarnya sang pencerita
Asyik saja sebut tiap hari dan masa
Kejap ketawa kejap airmata

Sang pencerita senyum sendiri
Marilah kita sama-sama pergi
Tengok sendiri dengan mata hati
Ambil pengajaran yang cuba diberi

Betullah juga kata hamba
Sang Pencerita memang pening kepala
Ku baca blog itulah cerita
Bila nak buat kupasannya pula

Wahai teropong perli nampaknya
Bukan perli hamba sekadar bertanya
Teringin baca kupasannya pula
Anggau tak habis sampai bila-bila

Sudahnya kami bertiga ketawa
Mereng sudah kepala sang pencerita
Keratan akbar telah dikumpul oleh hamba
Esok lusa siaplah agaknya

Hmm tulispun belum lagi
Carpet berkata bagaikan perli
Nak tonton sepuluh kali
Itulah target dan juga misi

Untung sungguh cjolimoli
Ada peminat yang sebegini
Namun bak kata cmoli
Tengoklah NKTM kalau nak tahu realiti

Betul ke wahai sang pencerita
Tanya pula pembantu berdua
Haihh kata tadi tak mahu anggau sama
Kenapa sekarang tuan hamba bertanya

Naklah juga tumpang sekaki
Tengok album wajah berseri-seri
Bagai pengantin lagak berdua ini
Bila nikahnya tidak pula diketahui

Oiii cakap siang pandang-pandang
Silap nanti ada kena terajang
Aduhh bahasa kenapa begitu garang
Sekadar bertanya janganlah nak berang

Sudah-sudah jangan bertelingkah pula
Doakan yang terbaik untuk mereka
Bila sudah tiba waktu dan masa
Tentu ada pengumuman dari teruna dara

Sebenarnya sudah lama kami menunggu
Puas juga orang speku
Kenyataan diberi terlebih dahulu
Di hujung pula kata tak mahu

Kamu bercakap apa ni
Teropong bertanya carpet kini
Tengoklah video itu sendiri
Buat tafsiran tolong kabarkan di sini

Ohhh jom sekarang kita jalankan misi
Mencari mereka serata pelusuk negeri
Ini bulan kita dapat gaji
Rajin-rajin carpet…teropong mengingati

Sekian dahulu meraban hamba
Pergilah tonton NKTM wahai semua
Memang akan ada terselit kecewa
Tapi kita ambillah yang baik-baik saja

Selamat menikmati makan tengahari
Kepada semua pembaca di sini
Sang pencerita mengundur diri
Salah dan silap harap di maafi

Owned and written by : Sanaa 24/05/11

6 Responses

  1. salam sup,
    Pandaii (sebut mcm Nur Amina)…

    hanya cjolimoli saja tahu ‘rasa’…tarikan yg luar biasa…

    Hai sup…moli pun akan kata “YES I’M”…

  2. salam Dee,
    Anggau lama yang belum sembuh-sembuh, agaknya selagi ada cjolimoli selagi itu anggau ne makin merebak..virus N1K1 cik oiii….tak ada vaksin pun….
    cheers gurl…

    • sup rasa, angau red sama saja mcm cjolimoli kita
      hnya dpt rasa..tp x tau mcm mana nak cerita..bila org tanya x tau nak jwp apa..hahaha…

  3. cjolimoli, ‘Adam Nur’ lover forever…inifinity…..
    gue anggau dah terlebih ne….
    tahap gaban….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: