• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Cahaya Mata

Blog ini sudah lama bercerita
Kisah suka duka teruna dan dara
Dari bertunang hinggalah nikah mereka
Bila pulak nak menimang cahaya mata?

Duduklah sang pencerita berangan-angan
Bagaimana agaknya nak buat karangan
Suami isteri menanti dalam debaran
Cahaya mata yang di impikan

Short stories Adam dan Nur amat bahagia
Bersama dengan buah hati cinta mereka
Teruna dan Dara dalam blog ini sahaja
Jangan pula dianggap hamba gila

Marilah kita sama-sama bercerita
Menyingkap kenangan indah mereka
Dari pertemuan pertama
Hinggalah terdiri mahligai bahagia

Sebuah cerita yang penuh syahdu
Teruna dara mula bertemu
Walaupun jalan penuh berliku
Mereka tabah dan yakin selalu

Lalu terbitlah sang pencerita
Yang melakar segala angannya
Ada juga yang menjadi tanda tanya
Di manakah asas segala cerita

Hari ini lembaran baru pula dibuka
Bahagia suami isteri nampak nyata
Kerana bakal menimang cahaya mata
Sang isteri pula menyimpan segala rahsia

Wahai adinda kenapa bermuram durja
Gerangan sakit apakah yang melanda
Badan ini lemah saja rasanya
Namun janganlah kanda curiga

Amatlah risau rasa di hati
Melihat keadaan sang isteri
Rahsia apa yang disembunyi
Lemah badan namun wajah berseri-seri

Sudah ditanya berulang kali
Dipujuk rayu tiada jawapan diberi
Pemeriksaan juga sering dinafi
Bimbang hati hanya Allah mengetahui

Senyum manis terus meniti
Mulalah sang suami meragui
Nak dimarah tak sampai hati
Kerana tiada salah di buat isteri

Akhirnya duduk berdiam diri
Diurut dada sabarkan hati
Si isteri tidak lepas memerhati
Gelagat suami bila keinginan tidak dipenuhi

Masih lagi tersenyum sendiri
Memegang perut yang kini berisi
Benih kasih yang mereka taburi
Mekar bersemi bersama cinta di hati

Ligat fikiran berputar-putar
Bagaimana harus rahsia dibongkar
Jangan nanti di anggap ingkar
Pada suami yang sudah bersabar

Adinda masih tersenyum sendiri
Apalah salah diriku ini
Sehingga rahsia tersimpan rapi
Langsung tidak mahu untuk berkongsi

Ketawa isteri makin menjadi-jadi
Bertambah geram hati sang suami
Lagi kanda merasa gundah di hati
Tiada jawapan yang akan dinda beri

Kejam sungguh kamu wahai permaisuri
Kenapa kanda di hukum begini sekali
Biarlah kanda membawa diri
Andainya kasihmu telah berbelah bagi

Aduhai kekanda yang dinda kasihi
Rajukmu tidak membawa erti
Kasihku juga tidak pernah berbelah bagi
Hanya dirimu tersemat di hati

Sekiranya begitu bicara adinda
Kenapa senyum seorang sahaja
Tidakkah boleh dikongsi bersama
Sehingga membuat kanda tertanya-tanya

Sang isteri merasa simpati
Namun masa tidak sesuai kini
Hmm kanda bersabarlah lagi satu hari
Akan dinda fikir bagaimana nanti

Adinda masih berteka teki
Hatiku tidak sabar menanti
Dek kerana wajah yang berseri-seri
Namun badan dikata lemah sendi

Kucupan kasih hinggap di pipi
Dinda tahu kanda amat menyayangi
Resah kanda tidak sia-sia nanti
Hanya bersabar itu saja permintaanku ini

Baiklah adinda pujaan hati
Akan ku belajar menahan diri
Dari melihat senyummu sendiri
Walaupun debaran ku menjadi-jadi

Esoknya jalan telah ditemui
Segulung kertas diikat rapi
Riben pula berwarna-warni
Untuk di persembah pada suami

Makan malam mereka nikmati
Terima kasih ucapan diberi
Dari suami kepada isteri dikasihi
Tangan dihulur kucupan diberi

Sama-sama kasih balasan diterima
Tanda tanya masih berlegar di kepala
Janji isteri terngiang-ngiang di telinga
Senyuman itu menambah debar di dada

Dengan segala sukacita
Si isteri membuka kata
Gulungan kertas ada ditangannya
Untuk diserah pada suami tercinta

Gulungan dibuka dengan hairan
Apakah isi yang diharapkan
Dari senyum tawa kedengaran
Apabila suami hampir pengsan

Terjatuh sang suami dari kerusi
Bila membaca baris ayat-ayat tadi
Bakal menjadi ayah tidak lama lagi
Tidak percaya lalu dibaca berkali-kali

Chak…gurau pula sang isteri
Dari bawah meja mengintai suami
Yang tadi terjatuh dari kerusi
Gara-gara kejutan yang diberi

Girang sungguh pasangan ini
Mengucap syukur pada Ilahi
Kasih dipadu kini bersemi
Semoga bahagia kekal abadi

Tahniah kepada merpati dua sejoli
Adam dan Nur cjolimoli
Teruna dara gelaran diberi
Kanda dinda semuanya di blog ini

Forever and ever infinity
Itulah tagline sejak dahulu lagi
Kami menanti dengan pasti
Untuk sama-sama melompat tinggi

Sekian dahulu angan-angan hari ini
Lain kali kita berkongsi lagi
Andainya ada tersinggung hati
Ampun dan maaf hamba pohon di sini

Doa hamba tetap mengiringi
Semoga bahagia hingga akhir nanti
Andainya angan-angan menjadi
Minta autograph bolehkan cjolimoli?

Selamat berehat wahai semua
Dihujung minggu bersama keluarga
Yang belum lagi menonton cerita
Silalah ke panggung jangan tunggu lama-lama

Owned and written by : Sanaa 28/05/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: