• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Teguran Murai

Selamat petang saudara saudari
Kepala sang pencerita sakit sekali
Nak menulis idea selalu lari
Tiba-tiba dengarnya murai berbunyi

Lalu sang pencerita bacalah segala isi
Ohh teguran untuk cjoli
Dikata berkepit dengan telepon kemana pergi
Langsung peminat tidak dipeduli

Ada pula kabaran diberi
Orang memberitahu murai secara terperinci
Kelab peminat disalah kini
Bermacamlah murai kalau dah dengki hati

Salah atau silap biasa terjadi
Anak muda dengan h/p sudah sebati
Lagipun cjoli telah mengakui
Twitter adalah laman yang digemari

Kenapalah murai kamu bising-bising
Cerita dilapur macam tin kosong
Bukan hamba tak ambil pusing
Cara menulis buat orang melenting

Cubalah fikir walaupun seketika
Mungkin ada salahnya dara jelita
Nak tegur biarlah yang membina
Jangan dimasuk perkara yang tak ada kena mengena

Bukannya murai tengok dengan mata kepala
Ada pula informer bawa cerita
Di ugut hilang peminat pula
Murai cemburu atau nak glamour sama

Pada informer murai yang setia
Lain kali bila berita dibawa
Sila sahih data yang ada
Jangan nanti gaji tak berkat pula

Hamba percaya pada pembaca
Yang boleh berfikir baik dan buruknya
Mesti bersebab dara setia bersama
Telefon ditangan sepanjang masa

Menuduh dara jauh sekali
Cuma mungkin ada kesilapan di sini
Yang disalah erti oleh informer tadi
Lalu lapuran palsu yang diberi

Informer pun mesti ada nama
Siarlah murai apa salahnya
Supaya senang kami peminat semua
Bersemuka leraikan sengketa

Hidup di dunia bukannya lama
Tak sakitpun boleh mati juga
Bergosip biarlah kena gayanya
Jangan menuduh sepanjang masa

Dah berkali hamba perasan
Cerita cjolimoli dapat sambutan
Kerana itu murai suka siarkan
Untuk memanaskan keadaan

Cerita cjoli pasti terselit moli
Sudah tentu murai beri clue di sini
Hubungan yang mahu di cari pasti
Betul tak murai…andaian hamba ini?

Hamba membaca berulang kali
Untuk mencari maksud tersembunyi
Bukannya serkap jarang di sini
Namun hamba pasti apa yang murai cari

Hai entahlah murai budiman
Mungkin hamba silap tafsiran
Bidang penulisan yang murai jalankan
Menepati segala jalur kehidupan

Sudahnya hamba membebel di sini
Geram pada murai tidak terperi
Tulisan murai tanpa bukti
Bukannya hamba menyokong membuta tuli

Semoga kebenaran ada nanti
Harapnya joli sabar di hati
Pasti ada sebab ini terjadi
Hikmah di sebalik tiada siapa mengetahui

Sekian dahulu sedikit coretan
Di petang hari untuk renungan
Mungkin teguran ada kesilapan
Ambillah iktibar untuk kebaikan

Owned and written by : Sanaa 02/06/11

******

KL, 2 JUN 2011: Murai Batu bukan nak menyibuk atau nak menyampaikan cerita yang kurang enak tentang seseorang artis secara tak tentu pasal. Tapi, dah banyak kali dah kali informer Murai Batu menyampaikan cerita yang kurang sedap pasal heroin pujaan Malaysia, Tiz Zaqyah.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah Murai Batu berkongsi kisah ini kepada semua. Anggap sajalah apa yang Murai Batu nak cerita ini sekadar satu teguran buat Tiz Zaqyah semakin meningkat naik namanya dalam industri lakonan kebelakangan ini.

Dengarnya, bukan sekali dua kali Tiz Zaqyah buat perangai yang sama.

Perangai apa? Perangai suka buat hal sendiri atau sentiasa tak boleh berenggang dengan telefon bimbitnya. Perangai tersebut juga sudah acapkali dilihat peminat. Malah, paling ketara bila ianya turut berlaku sewatu Tiz Zaqyah menjayakan promosi filem Nur Kasih The Movie yang menggandingkannya dengan kekasih hatinya, Remy Ishak.

Bayangkan sepanjang promosi dibuat, peminat sibuk nak bergambar dengan dia. Sebaliknya, dia sibuk sahaja nak main telefon bimbit. Peminat yang nak bergambar atau minta tanda tangan autograf pun naik mual tengok perangai Tiz yang menjengkelkan itu.

Malah kata informer Murai Batu yang sempat mengikuti beberapa siri promosi filem tersebut memberitahu, perangai tersebut paling ketara apabila Remy Ishak tak ada. penyakit tak boleh berenggang dengan telefon bimbit tersebut memang cukup-cukup kronik.

Bisik teman tersebut lagi, bukan dia dan yang lain-lain tak tahu dengan siapa Tiz Zaqyah selalu bersms, cuma mereka malas nak ambil pot. Rasanya, semua sedia maklumlah dengan siapa dia akan bersms atau bercakap dalam telefon.

Malah, dia dan yang lain-lain juga tak kisah kalau kedua-duanya mengaku bercinta tapi apabila ditanya pihak media, bermati-matian tak nak mengaku. Padahal, dah terang lagi bersuluh mereka sentiasa bersama.

Malah, pernah ada satu majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat untuk Tiz, boleh pula aktres ini kelam kabut nak balik awal. Sedangkan majlis belum tamat lagi dan habis lambat.

Selidik punya selidik rupanya, buah hatinya dah ajak pergi membeli belah. Jangan ingat peminat awak bodoh Tiz, mereka semua tahu apa yang anda lakukan.

Nasihat Murai Batu satu sahaja, kalau boleh selepas ini dalam tempoh waktu berjumpa denganpeminat kurang-kurangkanlah bermain telafon bimbit ya. Sebab, tanpa peminat, siapalah Tiz Zaqyahkan…

Compiled by : Sanaa 02/06/11
MURAIBATU: Ramai nak tahu siapakah aktor yang menyebabkan Fasha Sandha meroyan dalam FB!

4 Responses

  1. [D’masiv – Jangan Menyerah]

    Tak ada manusia
    Yang terlahir sempurna
    Jangan kau sesali
    Segala yang telah terjadi

    Kita pasti pernah
    Dapatkan cobaan yang berat
    Seakan hidup ini
    Tak ada artinya lagi

    Syukuri apa yang ada
    Hidup adalah anugerah
    Tetap jalani hidup ini
    Melakukan yang terbaik

    Tak ada manusia
    Yang terlahir sempurna
    Jangan kau sesali
    Segala yang telah terjadi

    Syukuri apa yang ada
    Hidup adalah anugerah
    Tetap jalani hidup ini
    Melakukan yang terbaik

    Tuhan pasti kan menunjukkan
    Kebesaran dan kuasanya
    Bagi hambanya yang sabar
    Dan tak kenal putus asa

    Jangan menyerah (6x)

    Syukuri apa yang ada
    Hidup adalah anugerah
    Tetap jalani hidup ini
    Melakukan yang terbaik

    Tuhan pasti kan menunjukkan
    Kebesaran dan kuasanya
    Bagi hambanya yang sabar
    Dan tak kenal putus asa

    Dan tak kenal putus asa (2x)

  2. I wish too, the best for them…..amin amin amin….

  3. I know it’s non of my business tapi nak komen sikit coz dah lama tak beri komen. Rasanya Tiz dan Remy klu dah kemaruk cinta tu, tak payahlah nak sembunyi2 drpd peminat2 mreka. It’s too obvious. They have nothin to lose. Lgpun it’s not a big deal. They’ve got blessings fr their fans and I think even fr the family members. Klu dah slalu bergambor bersama, jln bersama & dlm filem udah macam suami isteri, berpegangan tangan, berpelukan, tidur sekatil etc (even though arahan fr Director) rasa2nya eloklah kawin coz if this goes on, takut ada detour nanti. Saham pun tgh naik skrg and I bet if they get married, they’ll be more popular than ever before. Deep down underneath it all, I do sincerely hope and pray that they’ll be getting married soon coz I truly like this couple. Sometimes, I don’t even know why I’m so ecstatic when lookin at their photos. I only wish the best for them. Mudah2an. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: