• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Bukan Rahsia Lagi

Kini sudah malam hari
Sang pencerita duduk menyendiri
Membaca kembali artikel tadi
Ditulis murai tentang cjoli

Sang pencerita perhati jalan cerita
Murai bagai ingin membongkar rahsia
Kisah cinta teruna dara
Yang tersimpan sekian lama

Pasangan terhangat masa kini
Gerak geri sentiasa diperhati
Tumpuan diberi merimas diri
Berdiam diri tiada dikongsi

Sang pencerita cuba menyelami
Perasaan kasih cjolimoli
Kenapa mengapa membisu lagi
Walaupun gosip bertebaran kini

Perasaan kasih simpan dihati
Bukan untuk ditaja sana sini
Mungkin belum waktu untuk dikongsi
Kerjaya menjadi tumpuan kini

Ungkapan yang sudah pasti
Pada peminat dan pemerhati
Hubungan berdua bukan rahsia lagi
Wartawan saja sibuk mencari

Dunia mereka dunia seni
Gosip pula menghias diri
Ada perkara mudah dikongsi
Ada perkara rahsia peribadi

Wahai adik manis berdua
Cerita masih lagi keudara
Adam dan Nur bermula segala
Harapan semua dalam nyata

Berkat doa sekalian alam
Bulan bintang bicara malam
Adam dan Nur tidak pernah suram
Makin terang makin dalam

Bukan Rahsia Lagi
Tiada juga yang misteri
Itulah cjolimoli
Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi

Kenyataan sudah juga diberi
Ada jodoh adalah nanti
Orang lain sibuk memerhati
Ingin mendengar kata pasti

Sang Pencerita berfikir lagi
Apakah kenyataan tidak menepati
Memanglah berkawan setakat ini
Sebab belum ada cincin di jari

Amat payah menjadi cjolimoli
Semuanya asyik diperhati
Tidak boleh menjadi diri sendiri
Rahsia peribadi juga hendak diketahui

Bingung sang pencerita di malam hari
Hendak menulis apalah lagi
Gambar dibelek berkali-kali
Ungkapan yang ada Bukan Rahsia Lagi

“Open Secret” mat salleh kata
Jawapan tersedia di depan mata
Kenapalah asyik nak tanya-tanya
Betul tak teruna dara?

Andai dilihat dengan mata hati
Pasti doa terus diiringi
Cantik berseri berdua ini
Bukan khayalan dialam mimpi

Marilah murai mari ke mari
Hamba beri berbagai bukti
Jangan nanti kamu yang sakit hati
Kerana tidak mengetahui berita terkini

Pandangan mata selalu tersesat
Pandangan hati adalah hakiki
Oleh itu tenung renung dekat-dekat
Untuk mengetahui isi hati

Tidaklah hamba nujum ternama
Sokongan diberi ikhlas adanya
Andai salah ditegur bersama
Yang baik doa jua diminta

Marilah murai kita berdoa
Lebih baik dari mengata
Dapat juga pahala dunia
Lalu terdiri mahligai bahagia

Jangan diasak cjolimoli
Nanti mereka nikah sembunyi-sembunyi
Kempunan semua kita nanti
Hendak melihat pasangan dekad ini

Hari juga sudah hampir pagi
Idea pun sudah hilang kini
Bukan Rahsia Lagi nama di beri
Telek dan belek ada jawapan tersendiri

Adinda berdua yang dikasihi
Baik-baik jaga diri
Orang sentiasa saja memerhati
Yang buruk dijaja sana sini

Yang baik tidak di kata
Hanya salah nampak nyata
Allah saja yang mengetahui segala
Janganlah lupa bersyukur kehadratNYA

Tabah dan sabar wahai anak seni
Hidup sekarang kurang budi pekerti
Teguran diberi menghiris hati
Bukan untuk memperbaiki diri

Yang salah kita perbaiki
Yang benar kita hormati
Hamba menanti setia di sini
Untuk lompat tinggi-tinggi

Itulah saja buat kali ini
Bercerita kita tentang cjolimoli
Melihat wajah yang berseri-seri
Kembang setaman sudahlah pasti

Owned and written by : Sanaa 02/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: