• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Kisah Baru

Adam dan Nur dalam memori
Berlabuh tirai minggu ini
Nur Kasih kedua hati
Tetap ku tunggu dan ku nanti

Wahai Red janganlah bersedih hati
Adam dan Nur kekal di sanubari
Remy dan Tizzy sokongan diberi
Lakonan mereka tetap di nanti

Oleh itu janganlah kita lupa
Drama terbaru lakonan berdua
Ilham cipta pengarah ternama
Bakal disiarkan 8 Julai di TV3

Remy dan Tizzy antara pelakonnya
Di bintangi ramai bintang ternama
Marilah kita lupa buat sementara
Kisah Adam dan Nur dari mereka

Manalah tahu berganding sama
Lain watak lain nama dan suasana
Seorang alim seorang teraniaya
Itulah soseh-soseh hamba terima

Bercermin mata watak kali ini
Emelda nama yang diberi
Sejuk memandang wajah berseri
Songkok dipakai Sollahudin namanya kini

Tahajjud Cinta judul cerita
Santapan rohani buat kita semua
Itulah sedikit ulasan hamba baca
Dari pengarah Erma Fatima namanya

Dari wanita untuk wanita
Membela nasib yang teraniaya
Kesedaran untuk kaum hawa
Serba sedikit mesej yang ada

Sama-samalah kita menanti
Lakonan terbaru Remy dan Tizzy
Forever and ever infinity
Remy Tizzy Cjolimoli

Usahlah Red bersedih hati
Insha’Allah mereka akan muncul lagi
Walaupun “Adam dan Nur” tiada ganti
Mereka tetap segar dalam memori

Sesekali rindu pasti menjelma
Tataplah gambar berdua
Ingat kenangan indah waktu bersama
Di alam maya platform tv3

Dari angin yang meniup berita
Juga soseh-soseh orang berkata
Gandingan berdua terus diminta
Pening pengarah dan producer dibuatnya

Lagenda kini mencipta nama
Remy dan Tizzy itulah orangnya
Tidak syak Nur Kasih bermula segala
Meniti kini dibibir kita

Jinak merpati makan di tangan
Cantik bersama ketika bergandingan
Doa dihulur dan bersambungan
Memohon mengharap dalam penantian

Ternanti tertunggu-tunggu kabaran
Bilakah akan disiarkan pengumuman
Jari manis cincin akan disarungkan
Akad nikah majlis persandingan

Berkawan bercinta bukan rahsia lagi
Sang pencerita menilik pasti
Tanda-tanda yang tertera sana sini
Kenalah kita tafsir sendiri

Rajuk manja dalam bercinta
Lumrah hidup teruna dara
Bila berjauhan rindu menerpa
Resah gelisah tidak tentu hala

Pabila cinta di depan mata
Tidak disedari kehadirannya
Bila hilang mencari jua
Oleh itu bersyukur sentiasa

Anugerah Allah penuh misteri
Jalan sukar perlu ditempuhi
Untuk menguat jati diri
Tidak goyang walau apapun terjadi

Sekadar ini pantun hamba
Untuk Red dan kawan semua
Bila rindu datang menyapa
Bukalah kembali album lama

Kepada adik yang dikasihi
Lakonan berdua amat di nanti
Walaupun tidak berganding lagi
Bakat yang ada tetap disanjung tinggi

Baik-baik jaga diri
Inilah pesanan hamba berkali-kali
Doa kasih hamba iringi
Dirahmati Allah dan dilindungi

Owned and written by : Sanaa 10/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: