• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Perasaan

Fitrah manusia berbeza-beza
Dari lahir hinggalah dewasa
Hidup jua penuh pancaroba
Pahit manis bahagia derita

Tidak diketahui siapa kita
Siapa pula ibu dan bapa
Bila lahir hidup di dunia
Aturan hidup penentu segala

Ketika kecil kita di jaga
Dibelai penuh kasih dan manja
Oleh ibu bapa dan saudara
Bermulalah perjalanan manusia

Dari kecil menjadi dewasa
Pengalaman mengajar segala
Bahagia derita yang dirasa
Menjadi pengajaran yang bermakna

Perangai manusia bermacam rupa
Baik buruk cantik lawa lengkap segala
Allah memberi tidak mengira
Warna kulit asal keturunannya

Sekeping hati perlu dikongsi
Dalam melayari kehidupan ini
Andai bertemu sekeping lagi
Bersyukur kita kepada Ilahi

Pertemuan pertama memberi erti
Itulah bermula pertemuan hati
Timbul pula suka dan serasi
Puncak kebahagian ingin dikecapi

Cemburu terbit dari perasaan
Tidak mungkin dapat dihindarkan
Sebahagian dari pakej perjalanan
Dinamakan cinta dua insan

Timbul pula syak wasangka
Fitnah dengki tumbuh melata
Andai ini tidak dijaga
Porak perandalah hidup kita

Kasih sayang bukan dagangan
Ia juga bukan mainan
Amanah Allah yang diberikan
Kepada hambaNYA sekalian

Jujur percaya mesti ada
Hubungan insan paling mulia
Jangan menuduh dan buruk sangka
Sebelum ada bukti sahih dan nyata

Rajuk manja adat bercinta
Begitu kata orang tua
Namun jangan terlebih menduga
Buruk padahnya menimpa kita

Bermaaf-maafan amalan mulia
Walaupun sakit nikmat dirasa
Kerana wang tidak membeli segala
Perasaan manusia satu di antara

Dengki khianat jangan diamalkan
Sifat buruk amalan syaitan
Bersyukur kita dengan segala pemberian
Hidup berkat penuh ketenangan

Kasih Allah selamanya
Pesanan kepada semua manusia
Mencarinya tidak susah juga
Nafas diambil itulah anugerahNYA

Hidup manusia berpasangan
Di antara lelaki dan perempuan
Kerana itu terbitnya pertemuan
Ijabkabul dalam perkahwinan

Zuriat dilahir amanah diterima
Untuk dijaga dengan sempurna
Tanggungjawab kedua ibubapa
Amanah Allah kepada hambaNYA

Berputarlah detik dan waktu
Tidak sedar waktu berlalu
Andainya kita kecil dahulu
Sekarang tanggungjawab terpikul di bahu

Sewaktu bercinta enak dirasa
Tiada yang buruk semua indah belaka
Jangan pula bila berumahtangga
Timbul segala cacat dan cela

Hubungan kasih suami isteri
Bermula kembali putaran tadi
Lahirnya anak ke dunia ini
Tanggungjawab dan amanah dari Ilahi

Bermacam ragam hidup di dunia
Tidak kira kecil besar tua dan muda
Sehingga ngeri hamba membaca
Tertanya-tanya di manakah akal mereka

Nyawa bagaikan tidak berharga
Anak dibuang belas tiada
Begitu kejam hati manusia
Lupa kepada sang pencipta

Terlalu banyak yang terjadi
Bencana alam silih berganti
Tamak dan haloba menyelubungi hati
Alam mengamuk kita yang rugi

Oleh itu hargailah segala
Pemberian yang kita terima
Kecil besar bukan ukurannya
Bersyukur amalan diminta

Begitu juga jodoh diberi
Jangan di buat mainan hati
Ramai lagi yang mengingini
Namun tidak dapat diperolehi

Zuriat diberi tanda rezeki
Kepada kita suami isteri
Bukan barang mainan yang boleh dibeli
Walaupun wang berkepuk tinggi

Serba sedikit perjalanan manusia
Hamba tulis ketika terjaga
Mata mengantuk tidak lelap pula
Inilah hasil dari berjaga

Ramai yang masih diulit mimpi
Ada juga yang berjaga kini
Menyusu anak yang masih bayi
Kasih ibu kasih sejati

Jam sudah hampir empat pagi
Akan ku cuba lelapkan mata ini
Terasa letih amat sekali
Idea juga kelam kini

Selamat berhujung minggu wahai semua
Berehatlah bersama keluarga
Jangan di biar waktu yang ada
Berlalu pergi begitu saja

Hargailah waktu yang diberikan
Kasih sayang mari kita semaikan
Jangan nanti menyesal kehilangan
Kerana yang tinggal hanya kenangan

Owned and written by : Sanaa 10/06/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: