• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Idea

Sang Pencerita menjadi sunyi
Cjolimoli menyorok diri
Ku ajak teropong carpet sekali
Jalan-jalan hiburkan hati

Nur Kasih berlalu pergi
Adam dan Nur turut menyepi
Projek terkini sudah diketahui
Cuma tayangan belum dikenal pasti

Watak alim dipegang moli
Joli pula anak tan sri puan sri
Bagaikan langit dengan bumi
Peranan mereka di kali ini

Dah cuba ku skodeng sana sini
Masih tidak berjumpa pasti
Apakah berganding dalam cerita ini
Jawapan dicari belum ditemui

Burung juga senyap dan sunyi
Tidak berkicau berhari-hari
Hmmm kemanakah mereka pergi
Merajuk hati membawa diri

Aduhai sang pencerita sedih sekali
Sumber inspirasi ku menghilang diri
Di manakah hendak ku cari lagi
Hutan belantara sudah ku turuni

3G tidak berfungsi
Kabaran yang teropong beri
Carpet kata ada shooting hari ini
Ulu Langat tempat sembunyi

Lalu ku pusing-pusing keliling kota
Menikmati udara panas terasa
Amboi-amboi manjanya berdua
Teropong berkata secara tiba-tiba

Lihatlah tu wahai sang pencerita
Manja dan mesra bergurau senda
Cantik berseri wajah si Dara
Bagaikan bulan purnama

Mataku tidak berkelip adanya
Kerana ingin merakam segala
Apalah agaknya dibual mereka
Senyum beriring dengan ketawa

Oh berebut Ipad2 agak hamba
Hendak melukis hutan belantara
Resort indah segar suasana
Menunggu giliran adegan berdua

Hah ada adegan berdua?
Teropong terkejut mendengarkannya
FB kata tidak berganding sama
Kenapa kini ada pula?

Jom-jom marilah sang pencerita
Kita speku babak bersama
Sollahudin dan Emelda bercinta
Lalu ditentang oleh keluarga

Alahhh itu semua cerita lama
Sekarang semua sudah bukak mata
Lebih baik ambil yang beragama
Dari kaya pangkat dan harta

Betul juga kata sang pencerita
Sokongan diterima carpet berkata
Ubah persepsi masyarakat kita
Anggau Sollahuddin dan Emelda pun bermula

Hmm apa lagi yang nak di speku
Rewind sikit waktu mula bertemu
Bagaimana permulaan mereka dahulu
Sang pencerita kini termanggu-manggu

Ok apakata Emelda gadis liar
Arus hidup jauh tersasar
Keluarga ternama hidup terbiar
Sollahuddin datang membawa sedar

Jalan cerita sudah biasa
Baik jumpa jahat sedarkan mereka
Asalkan kaya hidup berpoya
Tiada kekuatan dalam cerita

Bukan juga lain dari biasa
Emelda anak orang ternama
Namun hidup dalam sederhana
Penuh dengan budi bahasa

Bekerja dengan keluarga sendiri
Emelda buat sesungguh hati
Cabaran perniagaan yang dihadapi
Fikiran kusut tidak terperi

Puas difikir jalan penyelesaian
Meminta doa supaya dimudahkan
Peguam juga tiada jawapan
Emelda kini dalam kebuntuan

Ayah juga puas berusaha
Menyelamat perniagaan keluarga
Entah mana datang tiba-tiba
Empat kanak-kanak meminta derma

Terasa belas dihati Emelda
Melihat mereka tidak sempurna
Ditanya manakah perginya keluarga
Mereka jawab sudah lama tiada

Ditahan airmata mendengar cerita
Izin ayah lalu diminta
Untuk membawa mereka bersama
Makan malam bersama keluarga

Lalu apakah terjadi nanti
Teropong menyampuk tidak sabar lagi
Sollahuddin bila munculnya ini
Carpet bertanya desakan diberi

Sabar-sabar sedang hamba memikirkan
Bagaimana terjadinya pertemuan
Tidak mahu anak berempat ada kaitan
Senang sangat jalan penyelesaian

Emelda amat gembira sekali
Melihat anak-anak yang empat ini
Setelah makanan malam disaji
Mereka semua sama-sama menikmati

Tan Sri bertanya rumah mereka
Siapa pula yang menjadi penjaga
Diberitahu seorang pakcik tua
Menetap di tanah tinggalan pusaka

Sudahlah tu wahai sang pencerita
Marah pula Erma dengan kita
Pandai-pandai mengubah segala idea
Nanti disaman baru padan muka

Wahai teropong yang ku kasihi
Ini speku bukannya realiti
Ideaku datang dengan sendiri
Ketika melihat merpati dua sejoli

Cubalah sang pencerita bayangkan
Teruna Dara hadir di hadapan
Lalu bertanya siapakah gerangan
Menulis cerita penuh kewibawaan

Hahaha mesti hamba jatuh pengsan
Apatah lagi andai ditawarkan
Menulis skrip kisah percintaan
Dari awal mereka dipertemukan

Sungguh-sungguh sang pencerita meraban
Lain ditanya lain jawapan
Sudahlah tu mari kita tamatkan
Misi intipan pasangan sepadan

Carpet teropong senyum gembira
Melihat sang pencerita garu kepala
Teruna dan Dara masih berdua
Duduk berbual entah apa cerita

Pantun sudah panjang berjela
Terima kasih Teruna dan Dara
Kerana idea tercetus segera
Hanya melihat senyuman berdua

Baik-baik jaga diri
Itu saja pesanan hamba ini
Rindu di hati terubat kini
Membayang kasih cjolimoli

Gelaran kekal hingga hari ini
Tidak berubah walaupun seinci
Harapan masih menggunung tinggi
Untuk hamba lompat tinggi-tinggi

Doa tetap hamba iringi
Agar adinda berdua terus diberkati
Dalam kerja serta hidup ini
Jauh dari fitnah dan hasad dengki

Selamat beristirehat wahai semua
Pantun sudah panjang dari biasa
Anggau sasau semua ada
Harapnya senyum bila membaca

Owned and written by: Sanaa 13/06/11

3 Responses

  1. Eh eh tak dimarketkan mcm mana nak dpt tswaran kan kira yrs versi pre or post Tc pulak k. Thanks cik sanaa dgn kata penyejuk itu kagum dgn pendirian sanaa dgn perkembangan yg berlaku as datto’ hamza like to say ‘very goog very good’ but serius you are right positive thinking ‘ it’s not over till it’s over right ‘but shelin tetap terasa mercik nya kemurungan dari khabar baru ini sampai lunch pun mkn tak rasa mcm shelin pulak yg bercento. Really it caught me off guard & i hv to sink it all in what had happen. Ya la jodoh bukan urusan kita & yes shelin masih tetap berdoa utk cojimoli hidup bahagia bersama dlm jalinanan ikatan suami isteri yg berkekalan sepanjang hayat Amin.

  2. Salam Cik Sanaa, hehe kalau ni story nya saya nak Cik Sanaa la yg tulis jln cerita TC tak nak kak erma, bole? Senyap terus cjolimoli sejak akhir ni ya . Saya mmg dah perasan 2 2 dah unfollow each oter sjk 4 hari lalu. Cjoli dah tak rancak bertwi dan tak seceria dulu. Tak tau knpa hati tak mcm tak kena jtak bolei tido terja twit cjoli msih senyap dpt kejutan dri cmoli patut la unfollow ‘nur’ rupanya nak ffollow pulak ‘Luna’ kekasih lamanya yg cun itew, siap nk ikut ge holiday lg. Buat ku disini bertanya ada kah apa yg kita tonton di hari ibu diSg lakunan saja? Ada kah gosip retiz hanya utk propa menyemarakan Nktm saja. Patut la di majalah Sutra kluran June Cmoli penyeri cover bila ditanya ttg cjoli jawap standard juga ‘tak ada hubugan istimewa’. Bila baca jwpan tu tertanya sya ‘ jd twit cjoli dok asyik merindu seseorg mcm org bercinta apa hal?’ kesian plak si dara senyap tak bersuara. Pelik dgn sikap teruna cepat beno bertukar tukar partner ish. Tunggu la gosip terkini teruna sekali lagi dgn MK tapi kesian saya dgn si dara pasti namanya digosip bersama ish tak baik la teruna.

    • Wassalam Shelin thanks for the vote of confident rasa2 boleh ke saya ni jadi penulis skrip? Dah hampir setahun diblog ini masih juga tiada tawaran diberi🙂

      My dear Shelin

      I think you and I plus few or hundreds or even thousand out there been looking through their tweeter and cjoli FB account untuk mengintai segala berita terkini. The fact all this are laman web and pernah juga moli diterjah oleh wartawan berkenaan his tweet to joli membuatkan I menggangap twitter bukannya sekeping hati. Ia mungkin medium utk meluahkan hati tapi bkn utk kita mengambil segala isi. Both of them dah selalu benar deny their relationship lebih dari kawan and it is now up to them to see, value, appreciate what they have gone through. It is not for us to anggap yang everything is over or something is going on before this between them. Apa yang kita nampak adalah chemistry berdua dikaca tv dan layar perak seterusnya from twitter yg org tag seeing them together sana sini. Andai masih ada keikhlasan di hati kita utk melihat mereka bedua dialam nyata sebagai pasangan suami isteri yg bahagia disamping buah hati cinta mereka sebaiknya panjatkan doa ikhlas kita. Serahkan segalanya kepada ketentuan ALLAH seperti mana “Adam dan Nur” lalui. Mereka berusaha, mereka berserah dan seterusnya mereka redha. Saya rasa itulah yg sebaik-baiknya. Nothing is impossible my dear Shelin, both of them pernah kata andai ada jodoh adalah dan itulah juga pegangan yg mesti kita terima. Jawapan standard dah lama kita dengar dan baca and we never know dlm keadaan kita tertanya-tanya ada pengumuman paling indah dari mereka bahawa mrk akan bersatu akhirnya. We never know kan? So..please don’t be sad and oh ya twitter cjoli senyap mungkin sibuk skrg ini. Cheer up my dear, be happy. Take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: