• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Lahhhh….

Sang pencerita sibuk di hari ini
Kepala juga pusing sejak tadi
Namun cerita berlegar tidak henti
Teringat kepada merpati dua sejoli

Tidak sangka hamba jadi kepochi
Menjengah burung penuh spekulasi
Segala persepsi tentang cjolimoli
Yang dikata senyap dan sunyi

Andai semalam hamba tercari-cari
Rupanya hari ini ada juga lagi
Hamba skodeng laman web terkini
Untuk mendapat kata pasti

Senyum simpul hamba sendiri
Berbagai perspektif orang memberi
Kasihan sungguh cjolimoli
Ada juga gosip yang berbunyi

Berbau tuduhan adalah juga
Kerana ramai orang asyik meneka
Cjolimoli sedang bersengketa
Moli menduga perit Joli menanggungnya

Sudah-sudah tu sang pencerita
Jangan pula kita juga buruk sangka
Marilah kita terbang sambil meronda
Untung nasib berjumpa mereka

Cadangan carpet hamba penuhi
Pergilah kami menjelajahi
Sekitar kota yang mungkin pasti
Mencari idea juga cjolimoli

Alahai kawan-kawan semua
Busylah kata cjoli pula
Moli sedang shooting katanya
Lokasi tidak hamba tahu di mana

Beginilah keadaan selebriti
Hidup sentiasa diekori
Segala andaian akan dikaji
Lalu timbul cerita berbagai versi

Tidak sudah-sudah orang bercerita
Hanya buruk dan prasangka di depan mata
Benarkah moli…kejamnya tuan hamba
Sehingga joli menanggung derita

Sang pencerita mula prasangka
Tegur teropong dalam diamnya
Selidik dulu sebelum berkata
Jangan nanti menambah dosa

Tidak boleh menjadi diri sendiri
Kemana pergi ada saja mengekori
Perkara baik tidak akan berbunyi
Yang jahat juga asyik diperhati

Kasihan hamba pada cjolimoli
Bagaikan mereka dicemburui
Oleh wartawan juga peminat seni
Bukan sokongan hanya mengganggu peribadi

Eh eh hamba juga sudah keterlaluan
Dalam penulis penuh andaian
Lalu mata hamba pejamkan
Membayang mesra pasangan sepadan

Senyum mereka manis sentiasa
Walaupun pertama kali berganding sama
Bernafas Dalam Lumpur judul cerita
Ketika sama-sama muda remaja

Sudah lama hamba mencari
Cerita ini tak ditemui
Melihat sedikit di saluran sensasi
Tanggapan pertama hamba perolehi

Anugerah Allah pada anak seni
Tempat mereka mencari rezeki
Setelah jauh melangkah kaki
Lakonan bermutu terus diperbaiki

Jalan berdua berpimpin tangan
Bukan Solahhudin Emelda dalam bayangan
Teruna Dara di alam percintaan
Bersembang berbual penuh kemesraan

Bagaimana watak yang diberi
Sealiran dengan jiwa cjolimoli
Mengambil berat sesama sendiri
Di alam nyata jelas terbukti

Tafsiran hamba benar sekali
Ahli nujum kabarkan tadi
Pelamin dihias cantik berseri
Untuk pengantin raja sehari

Paluan kompang telah berbunyi
Memecah sunyi di malam hari
Cantik pengantin senyum bererti
Kini bergelar suami isteri

Ucapan tahniah sang pencerita beri
Kepada mempelai yang dikasihi
Sewaktu di tepung tawar tadi
Menitis juga airmataku ini

Santapan beradab dengan keluarga
Setelah turun dari singgahsana
Senyumku sudah sampai ke telinga
Seluruh alam menyaksikan mereka

Now and forever di persembahkan
Oleh rakan dan juga kenalan
Sebagai kenangan di hari persandingan
Buat ingatan sepanjang zaman

Bangun-bangun wahai sang pencerita
Mengigau kamu di senjakala
Terpisat-pisat terkejut adanya
Eh eh di manakah kita berada

Lahh hamba bermimpi rupanya
Namun gembira amat dirasa
Cjolimoli cantik berdua
Duduk di atas peterakna

Mimpi sudah angganpun sudah
Rasa gembira hilanglah resah
Cjolimoli kisah terindah
Segar dan mekar jadi sejarah

Setakat ini cerita kita
Bersambung pula di lain masa
Lain topic lain bicara
Hmmm…sang pencerita garu kepala

Selamat malam wahai teman
Semoga enak dalam peraduan
Dibuai mimpi indah berpanjangan
Ampun dan maaf segala kesilapan

Owned and written by : Sanaa 14/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: