• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Putaran Masa

Hari ini penat terasa
Kerana berpusing keliling kota
Menyiapkan tugas sebelum puasa
Agar dapat terus berniaga

Persediaan awal sudah bermula
Ada juga tempahan di terima
Alhamdulillah rezeki pemberianNYA
Hamba sekadar meningkatkan usaha

Lalu teringat suatu berita
Gegaran di Sumatera hampir terlupa
Begitu juga dengan gerhana
Yang akan berlaku sesingkat masa

Itulah alam ciptaanNYA
Diolah diubah tidak kira bila
Sebagai ingatan untuk kita manusia
Kerdilnya kita sebagai hambaNYA

Peluang yang ada jangan disia-sia
Jangan sesekali lalai dan leka
Ingatan jua pada ibu dan bapa
Bahawa anak-anak amanat berharga

Kasih sayang tercurah segala
Membentuk peribadi amalan mulia
Jangan lupa didikan agama
Kerana sibuk dengan harta dunia

Banyak kejadian telah terjadi
Oleh kerana lalainya diri
Kesempatan diberi dibuang pergi
Tangisan hadir menyesal kini

Tragedi berlaku berulang kali
Nyawa hilang terus diratapi
Sesalan datang menghantui diri
Namun segalanya tidak berguna lagi

Nasihat diminta nasihat diberi
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Tiada satu yang mahu di ikuti
Jari pula menuding sana sini

Jam sudah pukul 1 pagi
Gerhana bulan sebentar lagi
Teringin juga hamba menyaksi
Memujuk mata menahan kini

Badan pula letih tak terperi
Sudah dilawan berjuta kali
Tunggulah sekejap lagi
Puas kini ku sabarkan hati

Pertama kali menyaksikan segala
Terlalu kerdil hamba yang hina
Andai dulu mendengar cerita
Kini tahu apa rasanya

Mengucap syukur pada yang Esa
Bernafas hamba di dunia fana
Menempuh dugaan cabaran adanya
Semoga kekuatan terus terbina

Kepada semua yang hamba kasihi
Rakan teman pembaca di sini
Terimalah ucapan selamat pagi
Moga hari ini hidup cerah berseri

Jangan lupa bersyukur nanti
Menerima bahagia ataupun dugaan di beri
Pasti ada hikmah yang menanti
Selagi kita bernafas di bumi ini

Berhati-hati kepada semua
Memandu juga jangan lalai dan leka
Jalankan tugas dengan sempurna
Semoga berkat sepanjang masa

Kini sang pencerita mohon berhenti
Salah dan silap harap dimaafi
Terima kasih kerana masih sudi
Melayari dan menghayati blog ini

Andai masa memberi kesempatan
Masih banyak yang boleh dikongsikan
Cuma keadaan belum mengizinkan
Insha’Allah akan hamba cuba sempatkan

Senyumlah wahai teman
Mulakan Bismillah jangan dilupakan
Jangan pula terlepas sarapan
Ceriakan hari dengan kesyukuran

Owned and written by : Sanaa 15/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: