• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Ada Dahulu Ada Sekarang

Jam menunjukan satu pagi
Mataku masih terang lagi
Puas ku pujuk berkali-kali
Katanya hantarlah dulu resipi

Oh tak ya…tak lama lagi kita puasa
Orang dulu banyak persediaannya
Kita sekarang tak perlu fikir apa
Lambang agung menjelas segala

Teringat kembali zaman dahulu
Ketika nenek buat kuih bahulu
Gula dan telur dipukul gebu
Kuih sedap semua orang mahu

Duduk termenung membayang segala
Kuih kapit enak rasanya
Nama kuih dahulu kala
Tiada oven arang sahaja

Putu kacang nama diberi
Hendak dibuat rumit sekali
Kelengkapan disedia berhari-hari
Sentiasa mengharap adanya matahari

Batang buruk enak dimakan
Kacang hijau di antara bahan
Pelepah betik jadi ukuran
Kerja rumit sakitlah badan

London Almond indah bunyinya
Bersalut coklat anak-anak suka
Kuih moden di hari raya
Selain ketupat rendang semua

Strawberry Blossom hamba dah jumpa
Di tengah jam berkapit dua
Mentega gula mesin di guna
Nama berbeza rasa itulah juga

Hilang seni hilanglah seri
Kuih tradisi makin dilupai
Bahulu pun masuk oven kini
Cake bahulu nama diberi

Ada pula nasi coklat di dalamnya
Hendak beza dari dahulu kala
Zaman moden selera tak sama
Itulah alasan yang hamba terima

Kuih karas dari utara
Cakar ayam begitu juga
Memang susah hendak berjumpa
Orang sekarang membuatnya

Kuih kering di bentuk rapi
Lagi satu kuih tradisi
Andai ditanya anak hari ini
Yang mereka tahu KFC and Mc D

Cubalah teliti cubalah ingat
Beza dahulu susah nak dapat
Orang sekarang duit melompat
Tekan cucuk tercapai hasrat

Bersyukur hamba pada Yang Esa
Dapat melalui zaman berbeza
Sabar dan tekun membuat segala
Mengajar mereka jadi sempurna

Pedas dan manis si kerepek ubi
Sebelum direbus ubi digali
Dipotong halus jemur di matahari
Menunggu kering berhari-hari

Zzzrettt pap-pap kuih sekarang
No exercise sabarpun kurang
Nama gah bukang calang-calang
Orang belipun berbalang-balang

Sekadar membanding kisah lama
Hamba sendiri tidak mampu membuatnya
Itulah kesabaran orang tua kita
Menjadi amalan sejak kecil usia

Ada dulu ada sekarang
Banyak juga pantang larang
Orang sekarang hanya cekak pinggang
Senang dapat penyakitpun datang

Dodol wajik sama juga
Sudah diproses mesin diguna
Walaupun kayu api masih ada
Tiada lagi tenaga manusia

Serba sedikit hamba bercerita
Kisah dahulu sekarang amat berbeza
Baik buruk banyak juga
Kenalah kita beringat sentiasa

Sampai di sini celoteh kita
Bertemu lagi di lain masa
Ucap selamat buat semua
Berwaspada dalam segala kerja

Owned and written by : Sanaa 16/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: