• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Sayang Abang

Sang Pencerita anggau lagi
Ketika membaca burung berbunyi
Comel pulak Remy dan Tizzy
Rindu ku hadir kembali

Wahai teropong dan carpet dikasihi
Marilah kita sama-sama mencari
Pohon rendang tempatnya bersembunyi
Cjolimoli aka Remy dan Tizzy

Marilah kita wahai sang pencerita
Lama juga kita tidak ke sana
Apalah kabar pohon itu agaknya
Setelah lama tidak menjenguk muka

Pergilah kami menuju ke sana
Sang pencerita pena tidak lupa
Akan ku cari hingga bersua muka
Untuk mencungkil segala rahsia

Dengan laju melunjur pergi
Silent mode dipasang jangan diketahui
Tujuan menghendap cjolimoli
Yang lari duduk bersembunyi

Hmm patutlah KL sunyi dan sepi
Merpati dua sejoli hinggap di sini
Tengok tu…senyum dan tawa tak henti
Cubit-cubit pukul manja ada sekali

Senyum sudah sampai ke telinga
Hamba meroyan melihat mereka
Bakal dihendap butir bicara
Untuk mengetahui apakah segala

Sayang abang…manja bunyinya
Ya abang jawapan balas dari Dara
Tetapkanlah tarikh nikah kita
Abang akan mengikut sahaja

Alahhh…tak mahulah begitu
Marilah kita sama-sama setuju
Supaya senang bertemu ayah dan ibu
Tentu mereka gembira dapat menantu

Mata berdua bertentangan
Dalam hati penuh debaran
Menanti saat diijabkabulkan
Termeterailah satu ikatan

Angin bertiup dengan perlahan
Menyapa wajah pasangan sepadan
Aduhai jauhnya tempat persembunyian
Itulah yang menjadi tanggapan

Dari dulu hinggalah kini
Pohon rendang bagaikan mengerti
Isi hati pasangan ini
Kasih terbentuk sudahlah pasti

Sayang abang…sekali lagi teruna berbunyi
Hmmm…jawapan Dara di kali ini
Cuba tengok dan amati
Apakah berkenaan di hati bakal isteri

Cantiknyaaa…itulah kedengaran
Dari Dara duduk bersebelahan
Senyum teruna melambang kepuasan
Kerana Dara bagai memberi persetujuan

Tiba-tiba muka berkerut manja
Besar sangatlah…komen si Dara
Yang ada hanya kita berdua
Sunyi sayang nanti bila abang kerja

Senyum meleret teruna beri
Kepada Dara duduk di sisi
Cepat-cepatlah cari penghuni
Tentu nanti sayang tak sunyi

Hah apa yang abang merepek ni
Nak di sewa bilik yang ada?
Tak mahulah andainya begini
Biar kecil asalkan selesa

Tawa manja mencetus perubahan
Dara marah dalam sekelipan
Olahh lahh cepatnya naik suhu badan
Cakap sedikit turun ribut taufan

Bukan begitu sayang abang
Cuba fikir dengan tenang
Maksud di sebalik segala pembayang
Janganlah nak menerkam bagai rimau garang

Cuba abang cakap terang-terang
Tak perlu guna segala pembayang
Kalau benar nak tengok sayang
Senyum senggeh bagaikan kerang

Lagilah kuat tawanya teruna
Tidak sama sekali disangka-sangka
Kekasih hati pandai pula berjenaka
Dalam marah mengaum adanya

Geram serta sakit hati
Satu cubitan kini di beri
Terpekik terlolong sakit dirasai
Rasakan kata Dara puas hati

Dalam sakit nak mengusik juga
Penghuni tu datang dari kita berdua
Kecuali sayang makan pil perancang keluarga
Lambatlah penghuni hadir antara kita

Kenapa sayang perlukan itu semua
Marah yang ada bertambah pula
Sehingga tidak dapat menangkap makna
Yang di ungkap oleh teruna

Di lihat lagi gambar di tangan
Rumah cantik indah buatan
Berdiri megah penuh keunikan
Sedikit sebanyak itu yang dirasakan

Terdiam sebentar mereka berdua
Dara bagaikan hilang punca
Teruna pula sakit terasa
Cubitan dari Dara tercinta

Oh ahh hmm teragak-agak saja
Bagi Dara mengeluarkan kata
Sayang abang apakah dia
Hingga tergagap-gagap begini rupa

Merah padam muka si Dara
Pabila maksud jelas padanya
Teruna senyum menahan tawa
Masih menunggu reaksi Dara

Ok dah tu…jom kita berhenti
Haus pula rasa tekak ku ini
Menghafal skrip sejak tadi
Itulah yang ditututr moli

Jomlah jawapan Dara menyusuli
Apakah kita kembali ke sini
Hmmm..kita lihatlah nanti
Lalu cjolimoli berlalu pergi

Sang Pencerita pandanglah sepuas hati
Pasangan sepadan dan serasi
Berpimpin tangan dihayun sekali
Bagai anak-anak mendapat guli

Aduhai jauhnya membawa diri
Menghafal skrip hingga ke mari
Pohon rendang batas sawah kini kembali
Menyambut kedatangan cjolimoli

Watak suami isteri terlintas di hati
Kedua kekasih merancang kini
Harap tidak jemu teman yang melayari
Kasih cjolimoli masih menghiasi

Di bawah pohon rahsia tersimpan
Sejak dahulu hamba coretkan
Tidak goyah menaruh harapan
Melihat cjolimoli jalan bergandingan

Memori yang ada terus disimpan
Indah menghiasi ruang kenangan
Detik dilalui segar diingatan
Indah terukir kuntum senyuman

Owned and written by : Sanaa 17/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: