• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Cemburu

Hampir seharian duduk mencari
Apakah topic untuk diisi
Blog sendiri makin sunyi
Kerana busy yang tak terperi

Letih badan amat dirasai
Oleh kerana bergegas sana sini
Memenuhi permintaan adalah rezeki
Rahmat Allah yang memberi

Tiba-tiba bagaikan utusan
Di awal pagi hamba diberi kabaran
Cemburu buta dan juga kehilangan
Adalah sebahagian ciri kehidupan

Kehilangan hadir berbagai cara
Hidup mati berkasih dan bercinta
Putaran hidup namanya manusia
Hari ini kecil esok dewasa

Putus cinta jangan disesali
Jangan pula ada dendam di hati
Anggaplah ia sebahagian dari realiti
Mengenal hidup mencari erti

Jangan juga ada cemburu buta
Bila melihat orang lain bahagia
Apa sahaja yang ada pada kita
Sentiasa bersyukur dengan pemberianNYA

Hidup menjadi lebih beerti
Bersyukur kita pada Ilahi
Segala apa yang diperolehi
Alhamdulillah ucapan diberi

Bila marah mengucap berkali-kali
Supaya ia tidak berapi-api
Mengambil wudhuk nilainya tinggi
Air dimuka kering dengan sendiri

Begitu juga dengan cemburu
Jangan di biarkan datang melulu
Fikir dan periksa buktinya dahulu
Sebelum marah melenting tidak menentu

Cemburu buta gelaran diberi
Adalah penyakit masyarakat di hari ini
Pasangan suami isteri juga kekasih hati
Pabila diri tidak terkawal lagi

Penyakit yang hadir dalam diri
Kerana penuh dendam di hati
Amalan baik tidak diikuti
Selawat sering dilupai

Hamba juga musabahah diri
Setiap kali topic menghampiri
Mungkin juga sudah ditulis berkali-kali
Harapnya ada panduan dapat diberi

Laluan hidup yang berliku-liku
Cabaran dugaaan datang bertalu
Jangan ditanam sifat cemburu
Cemburu buta hidup tak menentu

Cemburu punca kehilangan
Baik rezeki juga berkasihan
Pabila hati sering disakitkan
Membawa diri mengubah haluan

Sampai di sini hamba berhenti
Walaupun banyak hendak dikongsi
Kisah cemburu dan sakit hati
Membawa kehilangan tidak terperi

Lalu menjadi dendam di hati
Pabila melihat kebahagian yang dimiliki
Oleh kekasih ditinggal pergi
Kerana adanya cemburu ini

Diambil ringan jangan sekali
Hidup bukan untuk diperjudi
Hargailah kasih yang orang beri
Bersyukur di atas nikmat melimpahi

Cemburu tanda sayang orang berkata
Namun jangan terlebih had pula
Kerana nanti hidup sendiri merana
Melihat bahagia yang baru dibina

Sama-samalah kita pelajari
Bersabar dan mendidik diri
Membuang tabiat yang dibenci
Supaya hidup tenang dan diberkati

Sekian dahulu untuk kali ini
Bertemu kita di esok hari
Andai ada cemburu di hati
Istifar selawat jangan dilupai

Owned and written by : Sanaa 19/06/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: