• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Berkias Kata

Hidup tidak pernah sunyi
Dugaan cabaran mesti diharungi
Kecil besar itulah hakiki
Perjalanan hidup di dunia ini

Kadang-kala hamba bertanya
Pada diri sedih terasa
Dugaan yang datang melanda
Hadirnya bertimpa-timpa

Menangis hati tiada siapa ketahui
Senyum dan tawa tetap menghiasi
Bertulis bercerita hamba di sini
Melepas rasa yang sedih ini

Cjolimoli segar di memori
Tetap menjadi sumber inspirasi
Pahit getir yang dilalui
Allah tempat mengadu diri

Kesunyian malam duduk mengenang
Di mana silap di mana kurang
Percaturan hidup yang sudah dirancang
Cabaran tetap juga tidak hilang

Bak kata Adam suatu ketika
“Letih” dengan segala duga
Jalan berliku-liku tetap ada
Walaupun sudah sering berusaha

Nur pula pernah berkata
Lagi banyak dugaan menghampiri kita
Banyak juga rahmat yang dirasa
Kerana itu adat hidup di dunia

Namun itu semua dalam cerita
Sokongan padu untuk mereka
Bila cabaran di bumi nyata
Sakit jua menanggung semua

Pernah sekali hamba berkata
Kepada teman yang sering bertanya
Silap hamba nampaknya nyata
Kesilapan sendiri tidak diakuinya

Berbalik kita pada Yang Esa
Tempat mengadu tidak kira masa
Itulah sebaik-baik cara
Dari bercerita sini dan sana

Huluran tangan payah sekali
Dianggap nanti meraih simpati
Bukan bantuan yang diberi
Kesalahan pula dipertikai kini

Airmata menitis perlahan
Mengenang nasib untungnya badan
Terima kasih pasangan sepadan
Menemani hamba sepanjang penulisan

Berkias kata ilham diberi
Dalam sunyi pekat di malam hari
Percaya pada ketentuan Ilahi
Hidup ini mesti hamba titi

Teman kawan pembaca budiman
Sokongan kalian tidak hamba lupakan
Hamba mohon teruskan sokongan
Dengan ikhlas bukan paksaan

Andai masih punya kekuatan diri
Tetap hamba melayar di sini
Walaupun kini tidak setiap hari
Cjolimoli tetap meniti memori

Demi tugas yang perlu dilaksana
Masa dan tenaga yang hendak diguna
Keutamaan perlu di segera
Menjamin mutu dalam kerja

Hamba kini mengundur diri
Salah dan silap harap di maafi
Bertemu kita di lain kali
Harapnya masih dengan pasangan serasi

Kepada cjolimoli dikasihi
Baik-baik jaga diri
Walaupun nanti berada di puncak tinggi
Ingatlah rumput di bumi

Salam ikhlas sebelum berhenti
Esok lusa belum pasti
Besyukur kita di hari ini
Dengan rahmat dan bahagia yang diberi

Owned and written by : Sanaa

4 Responses

  1. Sayu pantun Cik Sanaa kali ni. Pantun berkias mmg susah saya nak faham tapi tetap pilu membacanya, takut juga tersalah faham , malu pulak saya. Maaf tak dpt mencari kata2 bersemangat mcm slalu Sanaa hulurkan pd saya Whatever is the problem that cause the sadness I really hope everything will work out fine in yr life. Aminn. Juz to let you know walau saya jarang tinggalkan comment plse rest assure saya slalu singgah ke blog ni (almost everday!!) untuk membaca tulisan/pantun Cik Sanaa. OhCjolimoli….mmm really lost of words.

    • thank you Shelin for the doa and support. Cjolimoli let’s them deal with it. I am sure they are strong as ever cuma perlukan waktu mungkin untuk jauhi from the limelight after month long promo of NKTM dulu. Banyak sgt kisah mrk been highlighted kot…so they nak shield from it sekejap. Teruskan berdoa utk kebahagian mereka. Apapun keputusannya nanti pasti Allah telah mengaturkan yg sebaiknya. Take dear and thanks again. Pleasant weekend

  2. salam my fren..

    wahai teman ape kena
    pantun mu sedih laa..
    kita di sini sentiasa setia
    jolimoli tak tau la plk..

    jomla join kitaorg kat FB sana..
    bekajar bahasa nusantara Red kata
    klu pun tak blh hilang segala sengsara..
    mana tau blh lupa sat duka nestapa

    • wassalam Dee

      terima kasih kerana sudi ke mari
      masih setia dengan blog ini
      hmm entahlah banyak perkara yang dilalui
      terasa letih dan sedih hiba sekali

      esok lusa teman singgah di sana
      skrg ini kerja bertimbun adanya
      terkejar2 mencukupkan masa
      sehingga idea tercicir juga

      thank you Dee sekali lagi
      rajin2lah singgah kemari
      hehehe don’t worry be hapi
      nanti kita sama lompat tinggi-tinggi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: