• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Roti Jala Buah Melaka

Roti Jala Buah Melaka enak rasanya
Dibuat hidangan sepanjang masa
Menjadi kegemaran tua dan muda
Tidak ketinggalan cmoli kita

Pernah dulu hamba terbaca
Moli berkata itulah kegemarannya
Lebih-lebih lagi di bulan puasa
Hidangan wajib ketika berbuka

Pandai sungguh menu cmoli
Satu susah satu senang sekali
Buah Melaka tutup mata boleh jadi
Roti Jala hamba tak berani gerenti

Ondeh-ondeh Buah Melaka
Roti Kirai Roti Jala
Hanya ditunjuk di bazar sana
Balik rumah makan sahaja

Begitu mudah orang sekarang
Hanya tunjuk dapatlah barang
Tidak perlu untuk ringan tulang
Asalkan poket penuh wang

Hmm banyak sungguh perbezaan
Zaman sekarang bila dibandingkan
Kerana dahulu tiada bazar Ramadhan
Segala teringin perlu diusahakan

Tiada mesin semuanya guna tangan
Satu kuih ambil seharian
Orang sekarang hanya tunjuk mana berkenan
Sedap tak sedap nasib untung badan

Oleh kerana si buah melaka
Pantun ini hamba reka
Begitu juga dengan roti jala
Membuat terkenang teruna dara

Entah apalah kabarnya mereka
Senyap dan sunyi tiada berita
Projek apakah yang sedang dilaksana
Sudah hamba skodeng tidak jua berjumpa

Burung juga tidak berbunyi
Agaknya cmoli pergi bersembunyi
Di tempat yang tiada resepsi
Untuk mencari ketenangan diri

Cjoli juga sibuk sekali
Banyak urusan sudahlah pasti
Hari ini burung berbunyi
Kicauannya meriah hingga petang hari

Mundar mandir hamba di sini
Sesekali toleh kanan dan kiri
Hmmm tiada juga cjolimoli
Di angankan pun tak juga menjadi

Hah berbalik kita pada asal cerita
Roti Jala Buah Melaka
Pernah terdengar orang berkata
Cjoli teringin roti jala

Ketika itu di bulan puasa
Maklum saja apa nampak nak belaka
Lalu dibeli roti jala
Untuk dimakan waktu berbuka

Setelah tiba waktu berbuka
Kekenyangan datang melanda
Jadi tidak dimakan roti jala
Nasib baik ada yang menghabiskannya

Lalu hamba duduk sendiri
Tercari-cari jawapan pasti
Siapakah yang dimaksud cjoli
Kerana berkias dalam hal ini

Hamba menanti dengan sabar
Kerana terlalu pasti nanti ada kabar
Dalam penantian penuh debar
Berita ditunggu pun tersebar

Mula-mula terbaca rencana
Moli suka buah melaka roti jala
Selepas itu orang berkata
Nampak mereka jalan berdua

Membeli belah di tengah kota
Ketika umat Islam bersiap nak raya
Campur tolak bahagi darab congak segala
Jawapan diberi cmoli orangnya

Lama sudah cerita ini
Ramadhan bakal menjengok diri
Kisah roti jala buah melaka berulang lagi
Meniti kasih cjolimoli

Alangkah indah duduk mengenang
Berbagai kisah adik dan abang
Nur Kasih masih lagi terbayang
Tersenyum hamba duduk seorang

Banyak sudah lakunan berdua
Berbagai nama dan juga cerita
Adam dan Nur tidak akan dilupa
Semoga cahaya yang ada kekal selamanya

Roti Jala Buah Melaka mohon berhenti
Dengan doa ikhlas hamba iringi
Buat teman kawan dan cjolimoli
Agar hidup sentiasa dirahmati

Owned and written by : Sanaa 24/6/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: