• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • June 2011
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

Skodeng Lagi

Tidur semalam tak cukup lena
Bila petang sakit kepala
Bersin dan juga selsema
Aduhhh besarnya dugaan melanda

Hari panas itulah alasannya
Minum air janganlah lupa
Pesanan diberi oleh semua
Nanti susah pula hendak berniaga

Terima kasih kepada teman-teman
Kerana sudi memberi sokongan
Insha’Allah akan hamba ingat pesanan
Menjaga kesihatan di utamakan

Ketika bersin dan selsema
Menjelma pula wajah berdua
Siapa lagi kalau bukan teruna dara
Yang menyepi sekian lama

Sudah seminggu hamba mencari
Ke mana hilangnya cjolimoli
Carpet dan teropong pening kini
Puas di cari tidak juga ditemui

Dek kerana terik mentari
Operasi siang ditangguh kini
Bila malam menjelma lagi
Akan diskodeng cjolimoli

Tiba-tiba carpet menyanyi
Girang sekali senyum tak henti
Hamba bertanya apakah menang loteri
Lebih dari loteri jawapan diberi

Give me five teropong berkata
Tentu sang pencerita tidak percaya
Lapuran yang kami bawa
Berkenaan dengan Uda dan Dara

Bentangkanlah kepada hamba
Wahai teropong yang bijaksana
Tidak sabar rasanya debaran di dada
Melihat kamu yang begitu teruja

Jeng jeng jeng marilah ke mari
Renung dan tataplah video ini
Mesti sang pencerita tersenyum sendiri
Melihat mereka bahagia sekali

Eh eh di manakah gerangan berdua
Air terjun nampak sejuk di mata
Canvas yang ada besarlah juga
Ini lukisan atau realitinya

Hah itulah yang hamba kata
Mesti sang pencerita tidak percaya
Cjolimoli keluar kota
Mengambil gambar melukis juga

Di manakah tempat ini
Sejuk dan nyaman rasa di hati
Amboi cantiknya lukisan joli
Potret dan abstract tumpuan diberi

Kenapa videomu lari-lari
Mana pula perginya moli
Hari tu moli main sembunyi-sembunyi
Kata dirinya bukan celebriti

Arghh mengada-ngada pula cmoli
Getus sang pencerita tanda disedari
Kejaplah…man man lai
Hah tu…handsome tak jejaka Malaya ini

Waduh kamu berangan rupanya teropong
Mengambil gambar mulut terlopong
Melihat moli yang duduk mencangkung
Bagai apek menunggu di hukum gantung

Jangan tak tahu wahai sang pencerita
Moli beraksi joli melukisnya
Potret idaman semua jelita
Gigit jari nantinya mereka

Sang pencerita geleng kepala
Patutlah sunyi diam sahaja
Jauh rupanya mereka berada
Mencari idea dan ilham cipta

Orang berseni nak dikata apa
Terlalu sukar difahami semua
Jiwa halus tersentuh jua
Andai ada tohmahan melanda

Giliran sang pencerita termenung sendiri
Apakah kini mencari pasti
Joli membuka galeri seni
Pameran lukisan dan photo nanti

Minat berdua memang diketahui
Cinta alam sama isi hati
Bidang seni yang mereka ceburi
Di luas sayap menjadi perniagaan kini

Hamba amati lukisan joli
Tenggelam hamba dalam ilusi
Mencari makna melalui hati
Kerana mata tidak mungkin memahami

Senyum sendiri doa di iringi
Untuk cjolimoli yang dikasihi
Semoga kasih yang kukuh berdiri
Membawa bahagia hingga akhir nanti

Amin amin doa dipohon menadah tangan
Agar kasih terus berkekalan
Hanya itu yang mampu hamba pohonkan
Untuk teruna dara pasangan idaman

Berakhir sudah pantun ini
Terima kasih ucapan diberi
Kepada semua yang sudi ke mari
Membaca segala cerita cjolimoli

Cerita direka penuh makna
Harap menjadi doa untuk mereka
Di permudah segala usaha
Sabar dan tabah bila dugaan melanda

Selamat beristirehat kepada semua
Jangan marah-marah dan masam muka
Tidak lama lagi umat Islam berpuasa
Bermaafanlah kita sesama

Owned and written by : Sanaa 26/06/11

3 Responses

  1. suka dengar lagu mengiringi ‘skodeng Lagi’. Siapa gerangan penyanyi-nya, Fredo dari ‘Flybait’ ke? Skodeng skodeng lah lagi kalau ada masa ya Cik Sanaa he he. Have a happy & rewarding weekend..

    • hi shelin

      yes it’s from flybaits…andainya serai berbunga. hehehe wil keep on skodeng as long as you tak jemu baca Insha’Allah idea will ada…have a great weekend my dear..take care

  2. Sejak sekian lama pn.president bermuram durja
    akhirnya pantun riang tercipta
    wahai pn.president jgn lah terlalu berduka
    jom lah sekali sekala menyampuk ‘berbahasa’
    siapa ada idea cetus saja ke wall mana mana…
    bahasa nusantara bahasa jiwa…

    p/s: maaf red tak pandai mencetus bahasa puitis…hanya sekarang nak merintis…
    lalalalalalalala…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: