• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Santai Pengetahuan

Pagi Ahad yang ceria
Sang Pencerita duduk berangan sahaja
Tidak mahu kemana-mana
Merehat minda dari segala kerja

Namun demi tugas yang ada
Hamba terima dengan seadanya
Terlupa pula pada aturcara
Yang ada bersangkutan keluarga

Setelah senarai disemak segala
Hamba penuhi untuk turut sama
Wind Orchestra Finale acaranya
Membuka minda pandangan berbeza

Kalah menang adat pertandingan
Berada di situ satu pelajaran
Melihat dengan segala kesungguhan
Pelajar bermain alat tiupan

Lapan sekolah menyertai
Pelajar tiada asas bidang seni
SBP gelaran diberi
Duduk di asrama semuanya menjadi

Cak Lempong acara selingan
Alat muzik zaman berzaman
Tiada nota hanya pendengaran
Ketukan berirama menambah keceriaan

Enam bulan menjalani latihan
Piala pusingan jadi rebutan
Lapan pasukan yang dipertandingkan
Menguji minda dan kecekapan

Juri bertauliah duduk mengadili
Segala gerak badan mengikut bunyi
Maestro yang berdiri di hadapan sekali
Peka kepada segala komposisi

Setelah berentap lapan pasukan
Kemenangan juara bakal di umumkan
Lalu hamba bertanya adik kesayangan
Pasukan mana bakal di nobatkan

Dengan yakin adik berkata
Pasukan mana akan menjulang piala
Bila ditanya kenapa dan mengapa
Panjang lebar pula jawabnya

Bukan panjang tidak bermakna
Penerangan padat untuk kami semua
Muzik ada teknikal dan aturannya
Kerana itu belajar bertahun lama

Satu pasukan hebat berbunyi
Lagu susah komen yang diberi
Namun bila tiada muzik technicality
Kehebatan hilang tidak berseri

Oh tu dia…barulah kami mengetahui
Bila bersungut kenapa tidak menang tadi
Kerana itu “education” amat penting sekali
Dalam melayari hidup ini

Bidang seni amatlah tinggi
Di Malaysia masih kurang lagi
Dunia hiburan dan celebriti
Jarang menitikberat soal ini

Ketika kami duduk sembang-sembang
Membuat penilaian secara rambang
Irama muzik yang berkumandang
Bukan sekadar untuk duduk goyang-goyang

Bersyukur hamba kepada yang Esa
Memberi peluang belajar sama
Penerapan dari sudut berbeza
Walaupun bukan setinggi mana

PICC tempat hamba kunjungi
Tempat berlangsung acara tadi
Wind Orchestra SBP nama diberi
Pelajaran baru untuk hari ini

Hamba sekadar berkongsi pengalaman
Manalah tahu satu hari ia diperlukan
Oleh pembaca dan teman sekalian
Untuk menambah sedikit pengetahuan

Penat dan letih tidak terkira
Namun isinya amat bermakna
Bidang seni bukan sekadar glamour
Pengetahuan dicari bertahun lama

Itulah pantun untuk hari ini
Andai ada lagi acara begini
Marilah sama-sama kita pergi
Belajar mengenali apakah itu seni

Jam hampir tiga pagi
Hamba mohon mengundur diri
Tidur sejam nanti bangun lagi
Untuk siapkan order di hari ini

Ucapan selamat kepada semua
Semoga tugas lancar adanya
Bangun pagi turut ceria
Mengucap syukur pada yang Esa

Owned and written by : Sanaa 03/07/11

2 Responses

  1. Salam Sanaa,

    U know what..I was there too…:)..giving support to my neice…my niece ni mcm reincarnation of me..when i was in sbp..long…long time ago..we’re not into sports..soo…we opt for music…hehe..nak kasi sijil nampak cantik

    actually it’s a good skills to learn..sometime u need to get away frm books and classes..do something different..and it also boost yr confidence as it did to me last time..hehe..oklah..we’ll talk later in the email dear..hv a good day..

    • Wassalam Sup

      good to know you are there…which school your niece in? I was there to support my nephew from MCKK. The best of all my youngest sis is a trained musician, so kami ni asyik sibuk tanya while each school perform. marahlah dia kat we all…she said nanti dah habis she will tell. so masa tunggu announcement dia dah kata Seratas will win although lagu Seratas paling senang compared to the rest minus TKC. She said lagi kalau ikut MCKK quite daring to choose that piece but sayang no music technicality during performance. Banyak point why Seratas be the winner termasuk best conductor. Musician very attentive to the conductor and ikut apa yg conductor suruh buat. Satu benda pun I tak tahu apa yg conductor tu suruh buat…hehehe. But through hearing bolehlah predict sikit2 siapa menang since adalah juga I tengok few classical concert before this.

      but again it is a good skill….with no music background they can perform that in 6 months I do respect their courage. Sek Men Sains Macang perform well juga kan? My other sis kata SAS juara kampung…

      ok Sup catch up with you in email…have a pleasant week ahead. take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: