• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Trend Kini

Hari ini letih terasa
Kerana banyak perlu diusaha
Namun hamba jadi teruja
Melihat video Uda dan Dara

Semalam lagi sudah menontonnya
Tidak pula sempat untuk bercerita
Hilanglah rindu buat sementara
Dengan telatah dan gelagat mereka

Hmm esok Tahajud Cinta akan bermula
Uda dan Dara ada di dalamnya
Sang Pencerita masih belum teruja
Kerana Dara jadi wanita teraniaya

Kerap benar berendam airmata
Watak Dara sejak Nur Kasih bermula
Tabah cekal ditindas segala
Berputaran sudah sekian lama

Ternanti-nanti Cinta Kura-kura
Wanita muda dan periang pula
Kura-kura menjadi teman setia
Tidak sabar pula menunggu kehadirannya

Angelina Jolie pelakon ternama
Diminati pula oleh si Dara
Watak yang di bawa berbeza-beza
Menguji kemampuan bakat yang ada padanya

Teringin pula rasa di hati
Melihat lakonan begini dari cjoli
Psycho thriller belum di cuba lagi
Jahat ganas sang pencerita nanti

Tidak mungkin sama barat dan di sini
Namun ambillah contoh agar dapat diperbaiki
Ini tidak…cerita belum di tayang lagi
Gosip sudah menular di sana sini

Industri hiburan bagaikan tiruan
Banyak benar cerita jadi ikutan
Filem hantu dan agama bersambung-sambungan
Seperti hilang seni dan keikhlasan

Penulis pengarah bagaikan tandus kini
Kejayaan Nur Kasih amat dicemburui
Tema yang sama terus di ikuti
Sehingga hilang segala identiti

Andai hamba hitung segala undi
Tahajud Cinta kerana cjolimoli
Ramai sudah berkata begini
Apakah mungkin Nur Kasih di tandingi

Bukan bias ataupun perli
Seni datang dari sekeping hati
Dalam untung tidak mahu rugi
Berkarya juga jangan ada hasad dengki

Setiap penulisan ada isi
Untuk sama-sama kita kongsi
Namun apabila ada cemburu di hati
Tidak ke mana karya ditulis tadi

Bukan juga hamba mengagungkan
Karya barat memenuhi pasaran
Akan tetapi variasi di ketengahkan
Dunia hiburan sihat persaingan

POC, Harry Porter Transformers berlainan segala
Rasuk Karak Penunggu Istana sama sahaja
Lain pelakon lain suasana watak berbeza
Genre seram memenuhi pawagam kita

Nur Kasih The Movie drama keluarga
Sambutan tidaklah luar biasa
Di manakah salah cerita direka
Apakah “heavy drama” tidak menepati selera?

KL Gangster pencapaian luar biasa
Pengarah muda dan berwibawa
Apakah kelainan yang di cuba
Sehingga berpusu-pusu orang menontonnya

Selera penonton sudahlah pasti
KL Gangster lain sekali
Dendam kesumat penuh aksi
Sedikit realiti jadi penyeri

Cinta dan agama kini memenuhi
Setiap ruang di kaca TV
Berjubah bertudung trend terkini
Mampukah ia melekat di hati?

Sang pencerita membebel di petang hari
Kerana cuba mencari pasti
Apakah Nur Kasih ingin ditandingi
Oleh ramai penulis dan penerbit di hari ini

Kitab Cinta Tahajud Cinta
Cerita yang di kata berlandas agama
Perjuangan wanita dan hawa nafsu
Terselit kemewahan tiada landasan ilmu

Salahkah kaya beragama
Salahkah cantik penuh budi bahasa
Kenapa kaya lupa segala
Kenapa cantik tiada harganya

Tema yang sama masih berleluasa
Asalkan kaya lupa pada agama
Bila cantik pakai seksi pula
Tiada satu yang membakar semangat waja

Demi sokongan pada cjolimoli
Mungkin hamba menonton jua esok hari
Tahajud Cinta drama terkini
Ustaz Solahuddin Emelda watak diberi

Hamba berhenti di sini dahulu
Sehingga bertemu lagi di lain kali
Ampun dan maaf dipohon selalu
Salah dan silap harap dimaafi

Selamat beristirehat kepada semua
Riang ria bersama keluarga
Waktu yang ada jangan di sia-sia
Kelak menyesal tiada guna

Owned and written by : Sanaa 07/07/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: