• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Sudut Kenangan

Lama sungguh hamba mengenang
Tulisan dahulu tiba-tiba terbayang
Atan dan Siti lama menghilang
Cuba ku intip hatipun girang

Kalau dulu berbasikal tua
Atan tukar pula dengan kereta
Sit jadi cemburu buta
Bimbang Atan bawa lain Dara

Aduhai Siti kesayangan abang
Janganlah asyik dok bimbang
Kasihku hanya untukmu seorang
Siang malam ku ulit sayang

Orang lelaki jangan diberi muka
Naik lemah lebih mengada-ngada
Siti berang tidak semena-mena
Atan lewat pulang dari kerja

Janganlah begitu wahai Siti
Atan memujuk sang isteri
Tidak percaya belahlah dadaku ini
Hanya namamu tertulis segenap ruang hati

Ayah dan ibu bergaduh lagi
Tegur si anak di kali ini
Hehehe mereka ketawa geli hati
Melihat ayah bagaikan P. Ramlee

Atan dan Siti sudah punya anak tiga
Perangan masih macam budak-budak jua
Hingga anak melihatpun ketawa
Ayah dan ibu bergaduh manja

Bila berjauhan mula merindu
Darling…I miss you
Hmmm…itulah kata didengar selalu
Dekat pula…darling i hate you

Gurau mereka tanda bahagia
Orang keliling turut merasa
Dari basikal tua hingga berkereta
Atan tetap terus berusaha

Usaha Atan makin menjadi
Kolam ikan ternak ayam projek terkini
Atan berjaya menjadi pak tani
Berkat usaha gigih saban hari

Anak-anak buah cinta mereka
Turut sama merasa bahagia
Melihat ayah dan ibu gembira
Kasih sayang utuh selamanya

Bebel Siti tetap sama
Kalau marah bagai petir bunyinya
Atan senyum senggeh sahaja
Bila sejuk diamlah dia

Ke mana saja Atan pergi
Siti tetap setia menemani
Kadang-kadang basikal ditunggangi
Sekadar bersiar di petang hari

Kemana saja kamu berdua ini
Tegur Pak Iman kepada suami isteri
Pusing-pusing hiburkan hati
Jawap Atan pada Pak Imam tadi

Geleng kepala Pak Imam tadi
Perangai berdua menggelikan hati
Bagai orang menang loteri
Tepuk tampar dan berlari

Pada suatu petang hari
Atan dan Siti duduk di kali
Bersama anak-anak duduk menyanyi
Sambil menikmati alam semulajadi

Lalu pula Mak Bedah kepochi
Amboi-amboi Atan dan Siti
Jimat betul kamu berdua ini
Berhibur hati hanya di kali

Eh eh Mak Bedah janganlah begitu
Ini bukannya hujung minggu
Siang tadi Siti mengadu
Teringin katanya bagai dulu-dulu

Hmm…Mak Bedah bagaikan cemburu
Bila melihat Atan dan Siti begitu
Lalu Mak Bedah terus berlalu
Berlenggang pulang jalan dengan laju

Atan hanya geleng kepala
Mak Bedah kepochi tetap sama
Dari muda sampailah ke tua
Tidak suka melihat orang bahagia

Horee horee hip hip horee
Bergembira menyanyi bersama-sama
Itulah lagu yang kini bergema
Atan Siti dan anak-anak mereka

Itulah coretan dalam kenangan
Atan dan Siti bagai telah dilupakan
Oleh sang pencerita yang asyik kesibukan
Tiap-tiap hari tidak menang tangan

Walau apapun yang terjadi
Blog akan cuba hamba isi
Dengan cerita yang tersendiri
Melakar kenangan bersama cjolimoli

Oleh itu hamba bermohon diri
Lain kali bertemu lagi
Semoga idea tetap mendatangi
Kepada hamba untuk sama-sama dikongsi

Selamat malam moga tido diulit mimpi
Esok pula ceria bak sinar mentari
Senyum riang sepanjang hari
Menjalankan tugas penuh dedikasi

Owned and written by : Sanaa 10/7/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: