• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Anak Manja

Telatah si kecil mencuit hati
Lama juga tidak ditulis di sini
Amina Sophea empunya diri
Puteri Adam dan Nur yang dikasihi

Mulut petah pandai berbicara
Perangai juga makin mengada-ngada
Tumpuan semua diberi kepadanya
Buat apa tu? soalan paling Sophea suka

Hujung minggu Tok datang bertandang
Atok dan nenek juga datang
Amina Sophea bukan main girang
Di keliling oleh orang tersayang

Tok huat (buat) apa tu? Sophea bertanya
Pakai butang baju…Tok berkata
Henapa (kenapa) soalan seterusnya
Memandang Sophea lalu Tok ketawa

Banyaknya soalan dari cucu
Penat dan letih tidak terkira
Kalaulah orang-orang dahulu
Disuruh diam katanya jangan banyak tanya

Hek hek hek Sophea mula mengada-ngada
Ibu ibu ibu saja yang disebutnya
Cubalah cakap…Sophea nak apa
Angin ibu sudah naik ke kepala

Renggek Sophea menjadi-jadi
Datanglah nenek bertanya itu ini
Tiada jawapan yang Sophea beri
Hanya ibu yang Sophea ingini

Aduhai anak janganlah begini
Nur mula tidak sabar di hati
Sophea nak apa? tanya Nur lagi
Kali ini suara sudah mula meninggi

Terdiam Sophea seketika
Pabila ibu sudah menyinga
Mata bulat berkelip tiada
Ibu dipandang bagai melawan pula

Sekian lama bertentang mata
Airmata berderai jua
Berdiri tegak simpati di minta
Ibu buat tak tahu adanya

Amin dan Amsyar datang berlari
Untuk memujuk adik dikasihi
Mari Sophea kita main lari-lari
Kasihan ibu letih hari ini

Bagai magic semuanya berhenti
Gi ana (pegi mana) tanya Sophea kini
Kat luar…bersama tatak (kakak) Ariff sekali
OK…Sophea jangan menangis lagi

Air mata masih bergenang
Memandang ibu yang disayang
Ibu pura-pura tak pandang
Dalam hati masih rasa berang

Tak baik Nur…Mak Jah berkata
Marah anak jangan dendam padanya
Geram mak…bila Sophea mengada-ngada
Jawapan Nur pada ibu mertua

Dari lahir hinggalah kini
Nur sentiasa ada disisi
Tidak pernah besar dengan orang gaji
Manjanya tentu tidak boleh di nafi

Keluhan Nur terdengar kini
Penat dan letih mengiringi
Mak faham apa yang Nur lalui
Pabila masalah melanda diri

Amina Sophea datang berlari
Untuk mengadu pada ibu sekali lagi
Ibu Ibu Ibu…tunjuk luka di jari
Aster pliss (plaster please) Sophea merayu kini

Nur membelek luka di jari
Sikit saja…darah pun tiada
Ada…jawab Sophea cepat sahaja
Beria-ia menunjuk luka tadi

Ok…mari kita pergi mandi
Basuh tangan cuci luka sekali
Eeee Sophea ketawa suka hati
Hmm…main air amat di gemari

Ayah Ayah Ayah Sophea berlari
Menerkam ayah gembira sekali
Anak ayah good girl tak hari ini
Mengangguk laju jawapan di beri

Dengan ayah semuanya baik sahaja
Ayah melayan kerenah yang ada
Baca buku berbual manja
Tok memerhati sayu terasa

Eh…kenapa mak? Adam bertanya
Melihat mak yang berair mata
Tak ada apa-apa…jawab mak pula
Mak gembira lihat Adam bahagia

Gembira Mak Jah dikongsi bersama
Atok dan Nenek seisi keluarga
Bahagia Adam bahagialah mereka
Setelah dulu mengharung derita

Cuma kisah tidak bersambung
Sang Pencerita tidak beruntung
Mendapat ilham sentiasa tergantung
Hari-hari duduk termenung

Sekadar ini coretan yang ada
Anak manja ibu letih jadi cerita
Dengan harapan semuanya ceria
Bersama keluarga rakan dan teman adanya

Hamba kini mengundur diri
Semoga kita bertemu lagi
Salah dan silap harap dimaafi
Jangan ada dendam di hati

Owned and written by : Sanaa 12/7/11

2 Responses

  1. Lahhhh dh besaq Amina Sophea ni..tak de ‘adik’ lg ke..??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: