• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Aduhh duh duh

Aduhh duh duh roda pantas putaran
Kerja dan jadual dalam pertempuran
Sudah rasa tak boleh tahan
Namun ku pujuk hati diberi kekuatan

Ketika melihat senarai tempahan
Bagaikan kepala rasa getaran
Timbul pula satu pertanyaan
Apakah boleh semua ini dijalankan?

Alhamdulillah dengan kudrat yang ada
Hamba bersyukur kepada Yang Maha Esa
Memberi rezeki dengan tenaga
Sempurna pula segala kerja

Walaupun ada masalah melanda
Kesihatan ayahanda terganggu jua
Bergegas hamba pulang ke Melaka
Lalu berlari pula ke Subang Jaya

Hari ini majlis bertunang
Saudara sepupu tinggal di Subang
Majlis meriah gembira dan girang
Sanak saudara ramai yang datang

Tukang masak gelaran diberi
Hahaha itulah hamba kebelakangan ini
Sijil masak tidak pernah diperolehi
Hobi yang ada tidak diterokai

Entah macam mana ini terjadi
“Bidan terjun” pekerjaan terkini
Setiap malam mengurut kaki
Dek kerana letih di siang hari

Pantun hari ini cerita sendiri
Sebab intai ku tidak menjadi
Cjolimoli pergi bersembunyi
Duduk di gua bertapa barangkali

Nak speku tiada clue diberi
Berangan pula asyik tidak menjadi
Mungkin letih di siang hari
Bila malam bantal dan katil yang ku cari

Cjolimoli pergi bersembunyi
Bertapa agaknya kata peminat tadi
Teropong hamba tidak menembusi
Lalu tiada cerita dapat diberi

Hamba teropong saban hari
Burung juga tidak berkicau lagi
Kepala tak gatal digaru kini
Idea yang ada tidak berfungsi

Hamba baring sambil mengenang
Cerita kasih adik dan abang
Sekarang ini jarang berkumandang
Ke manalah hilangnya mereka dua orang

Tahajud Cinta episod kedua
Belum lagi rasa teruja
Watak teraniaya yang Dara bawa
Tidak tersemat di dalam jiwa

Kalau tidak silap mendengarkan
Rasa cinta masih berserakan
Walaupun diri dijadikan bahan
Pukulan suami tanpa kasihan

Oleh kerana tiada cerita
Hamba berhenti di sini saja
Di ulang-ulang itu juga
Tentu jemu semua membaca

Aduhh duh duh tutup buka cerita
Kaki sakit lenguh terasa
Mata mengantuk nak tido sahaja
Haihh bila pulak nak mengarang berita

Timbullah wahai cjolimoli
Semoga ada ilham dapat diberi
Novel juga gantung tak bertali
Aduhai sang pencerita apalah nak jadi

Ahli nujum akan hamba temui
Untuk mencari kata pasti
Di manakah cjolimoli bersembunyi
Semoga cerita bersambung lagi

Selamat malam wahai semua
Berhari minggu bercuti ke mana
Walau apapun acara yang ada
Semoga sihat ceria bahagia sentiasa

Owned and written by : Sanaa 16/7/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: