• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Suka-suka Saja

Sakit kepala kaki dan tangan
Namun tugas mesti dibereskan
Duduk sebentar lena berpanjangan
Sehingga termimpi pasangan sepadan

Telah banyak kabaran diterima
Muafakat mereka baik adanya
Senyap seorang senyap berdua
Mulalah hamba tertanya-tanya

Memang seronok duduk berangan
Ramai juga yang ingin kepastian
Komunikasi yang perlu latihan
Penuhlah semua dengan tanda soalan

Kenapa pula dengan cjoli
Seorang pelakon berlatih komunikasi
Jangan jadi kayu tegak berdiri
Hehehe kepala berputar kupasan dicari

Ada juga katanya debaran
Sehingga bisu ada kemungkinan
Pening kepala hamba memikirkan
Bagai pesalah menanti hukuman

Hendak dikupas satu persatu
Nanti dibilang hamba speku
Duduk termenung pura-pura tahu
Bahagia bertemu ibu mertuaku

Ishhh merah padam muka cjoli
Sehingga disakat begitu sekali
Kalaulah benar ini yang terjadi
Hamba menunggu kompang berbunyi

Speku jangan tak speku wahai sang pencerita
Datanglah teropong menganggu adanya
Janganlah kacau idea yang ada
Mana tahu ada sahihnya berita

Sahihnya berita tetap ada
Tuan badan memberitahu hamba
Namun telah berjanji menyimpan rahsia
Sang pencerita tunggulah kabaran seterusnya

Amboi amboi kamu berjanji dengan Dara?
Sang pencerita berang mendengarnya
Janganlah marah wahai sang pencerita
Hamba hanya bergurau saja

Kompang berbunyi amat di nanti
Semoga ia terjadi di alam realiti
Dalam cerita sudah berkali-kali
Watak dipegang sebagai isteri

Sang teruna pernah berkata
Kisah peribadi jangan asyik ditanya
Berilah sokongan pada kerjaya
Tidak silap itulah jua yang Dara pinta

Terselit sudah persamaan
Press statement sering sealiran
Sakit Dara Teruna merasakan
Kisah mereka menarik perhatian

Sebelum hamba berhenti
Hendak ditinjau sekali lagi
Meminta teropong terus memerhati
Namun jawapan tidak ditemui

Dalam sedar dan mimpi
Hamba rasa mereka ada projek sendiri
Membangun perniagaan kegemaran joli
Hias menghias melukis sudahlah pasti

Akan hamba terus skodeng ini
Rasa hati mencari pasti
Ucapan tahniah hamba dahului
Atas usaha cjolimoli

Sang pencerita terlalu yakin
Tentang segala yang di rasa
Segalanya penuh kemungkinan
Dunia lakonan sementara cuma

Itulah doa dan harapan
Yang sentiasa sang pencerita iringkan
Semoga cita-cita jadi kenyataan
Membina bahagia di masa hadapan

Oleh itu berakhir cerita
Pantun suka-suka teruna dara
Entah ke mana hilangnya mereka
Puas ku teropong tidak berjumpa

Hehehe hingga kita bertemu lagi
Cerita lain jika idea diberi
Baik-baik jaga diri
Kepada cjolimoli yang dikasihi

Selamat berhujung minggu kepada semua
Ramadhan akan hadir beberapa hari cuma
Jagalah kesihatan jangan dilupa
Semoga ibadah dapat di sempurna

Owned and written by : Sanaa 23/7/2011

2 Responses

  1. Thank you Cik Sanaa sebuk sebuk dgn busines nasih sempat berpantun segala. Tersenyum dgn speku pencerita harap2 itu la realiti nya tapi kerna ada wajah rakan artis dikatakan ‘geisha malaya’ kata dara terus jatuh berderai harapan saya mungkin juga ada project sendiri begini pula speku hamba si dara mekap artis nya dan teruna ada lah pengarah nya?’mungkin’ **dgn nada Nur dlm NKTS** Lagi 7 hari Ramadhan menjelang till then Salam Ramadhan .

    • you are most welcome shelin and salam ramadhan to you too. don’t worry to much abt the couple they are alright..keep berdoa and itulah senjata kita yang paling baik…take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: