• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • July 2011
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

Marilah Mencuba

Pejam celik pejam celik dah nak puasa
Tentu ramai telah bersiap sedia
Duit juga terkumpul adanya
Untuk membeli biskut raya

Resipi ini tersimpan lama
Tidak pernah hamba mencuba
Kuih lama agak cerewet membuatnya
Lalu hamba kongsi bersama-sama

Terima kasih kepada Kak Wan
Yang berkongsi resipi pilihan
Gambar dan cara yang di sertakan
Amatlah mudah jadi ikutan

Bahan Doh Vanila
500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung susu/creamer
380gm mentega
150gm gula ising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat
480gm tepung gandum
50gm tepung susu/creamer
30gm serbuk koko
380gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara-cara
Doh Vanila : Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur, gaul rata. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh. Biarkan selama 15 minit.

Doh Coklat : Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur, gaul rata. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh. Biarkan selama 15 minit.

Ambil doh vanila, canai setebal 1cm dengan lebar 5″ in dan panjang 6″ in (5″ x 6″ x 1cm). Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.

Ambil doh coklat, canai setebal 1cm dengan lebar 5″ in dan panjang 6″ in (5″ x 6″ x 1cm). Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.

Keluarkan kedua-dua doh vanila dan coklat. Susun seperti dalam gambar : (a) Vanila, Coklat, Vanila dan (b) Coklat, Vanila, Coklat.

Susun ketiga-tiga kepingan (a) dan juga (b) menjadi satu seperti dalam gambar.

Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes) seperti dalam gambar. Potong seperti gambar di bawah. Buat hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.

Susun bertindih berselang warna menjadi sebatang seperti dalam gambar dan bungkus dengan kertas minyak atau plastik. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras sedikit.

Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm. Buat sehingga habis.

Susun di dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 140C selama 25 minit. Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna vanila dan coklat.

tepung susu agak berketul selepas di adun dengan mentega, boleh tukarkan kepada creamer seperti coffee mate yang lebih halus.

Biskut ini agak besar, jika ingin bersaiz lebih kecil tukar ketebalannya menjadi 1/2 cm. Biskut ini mengambil masa yang agak lama, jangan terburu-buru membuatnya… selamat mencuba,, Kak Wan

Terima kasih sekali lagi
Kepada Kak Wan yang sudi berkongsi
Tips juga telah kak Wan beri
Senang-senang layarlah web ini

http://www.citarasawan.blogspot.com

Kepada sesiapa yang akan mencuba
Selamat mencuba nanti kongsilah bersama
Hamba belum mampu rasanya
Untuk membuat sebegini rupa

Andai waktu mengizinkan
Resipi lain sang pencerita kirimkan
Untuk tatapan kawan dan teman
Sajian enak sepanjang zaman

Hamba mohon berhenti dahulu
Sehingga kita bertemu di lain waktu
Jangan lupa senyum-senyumlah selalu
Semoga ceria dan bahagia bersamamu

Owned and written by : Sanaa 26/07/11

Credit to kak Wan from Resipi Citarasawan

3 Responses

  1. Kome cuba dulu, udah menjadi, bawak mai teman nak rasa ……… lapo……..lapo.

  2. Nak try buat la biskut ni. Selalu tgk resipi, tk pandai nk buat terutama yg dah jadi mcm bentuk dam tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: