• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Cinta Kasih Cjolimoli

Minggu pertama di bulan Ramadhan
Sang pencerita duduk rehatkan badan
Adalah idea yang diberikan
Untuk menulis dan berangan-angan

Esok lusa dah mula semula
Memenuhi permintaan yang diterima
Tinggallah blog sehari dua
Kerana perhatian kepada kerja

Dalam hamba duduk menanti
Waktu berbuka di senja hari
Terbayang pula wajah cjoli
Sedang menyedia juadah hari ini

Hmm harumnya masakan terhidang
Tentu terbuka selera cik abang
Hamba perhati dan pandang-pandang
Belum lagi nampak bayang

Pasti masakan membuka selera
Hamba perhati tanpa berkelip mata
Di mana pula suami tercinta
Belum sampai rumah lagi agaknya

Terdengar pula salam diberi
Apakah itu dari sang suami
Salam disambut oleh si isteri
Pabila membuka pintu tadi

Senyum diberi manis sekali
Hamba asyik duduk memerhati
Mesra isteri menyambut suami
Ciuman kasih hinggap di dahi

Dari jauh beduk berbunyi
Azan juga berkumandang kini
Doa dibaca juadah dirasa
Sama-sama mereka menjamu selera

Terima kasih ucapan diberi
Dari suami untuk isteri
Kerana hidangan enak sekali
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi

Sama-sama kasih jawapan diterima
Dari isteri yang tercinta
Itulah tandanya bahagia
Ada yang memberi ada yang menerima

Menjadi CSI tugas rasmi
Kepada pasangan cjolimoli
Tiada cerita hamba reka sendiri
Nak tahu apa dimasak oleh joli?

Masak lemak ikan salai
Dimasak dengan mangga muda
Bersama kasih yang disemai
Hidup bahagia berumahtangga

Sambal udang menambah seri
Kuning merah cantik sekali
Bukan hanya wajah dihias rapi
Hidangan lauk juga berwarna warni

Kuih talam nama diberi
Atas santan bawahnya ubi
Moli beri di bazar tadi
Sebagai pemanis buka hari ini

Salam kasih buat cjolimoli
Pantun ini rekaan dari hati
Membayang kasih yang bersemi
Sehingga bergelar suami isteri

Buat adinda yang dikasihi
Terima kasih ilham diberi
Andai itu benar-benar terjadi
Itulah doa ikhlas sekeping hati

Sekian dahulu buat kali ini
Esok lusa bertemu kembali
Dengan cerita berbagai versi
Cinta kasih cjolimoli

Owned and written by : Sanaa 04/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: