• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Seloka Senja

Hujan turun di petang hari
Sejuklah bumi kepanasan tadi
Ketika menanti beduk berbunyi
Teringat pula pada cjolimoli

Hmm apalah kabar agaknya mereka
Senyap sunyi tiada berita
Dengar kata sibuk bekerja
Hendak disiap sebelum raya

Oh silap…ada juga hamba terbaca
Lakonan joli drama terbarunya
Geisha Melayu Terakhir tajuk cerita
Antogonist ibu ayam..lagi satu hamba lupa

Alhamdulillah rezeki datang melimpah ruah
Janganlah mengeluh janganlah kesah
Laksana tugas janganlah marah
Andai adanya ujian datang menerjah

Kabar yang satu agak pilu
Cjoli hilang tak diberitahu
Sebaris ayat buat orang speku
Marah rajuk atau benci padaku?

Burung biru tidak lagi berbunyi
Kerana tiadanya cjoli di sini
Hmm apakah resah terselit di hati
Sehingga begini keputusan terjadi

Tidak pula dapat hamba tinjau
Isi hati merah kuning atau hijau
Senyap joli adakalanya risau
Adakah orangg-orang yang mengacau

Nak di spekupun dah tak tahu
Kerana isi hati tersimpan padu
Hanya orang sebelah saja yang tahu
Teman rapat dan mesra selalu

Sibuk agaknya cik adik kita
Hamba tolong jawab pada yang bertanya
Tulis di twitter nanti panjang berjela
Marilah sini kita sama-sama membaca

Janganlah bimbang janganlah risau
Cjoli tidak berjiwa kacau
Senyap dan sunyi tidak meracau
Juga tiada pulau memulau

Duduklah hamba kini termenung
Kerana hari-hari terasa kosong
Hilang ceria timbul mendung
Tidak tahu rugi ataupun untung

Marilah kita sama-sama speku
Datang carpet dari manapun tak tahu
Senyum senggeh seperti selalu
Bagai ada udang sebalik batu

Hai sang pencerita yang dikasihi
Janganlah termenung berfikir lagi
Cjoli diam tak berbunyi
Kerana bekerja penuh konsentrasi

Akaun ditutup hamba bangga
Queen twitter mencabar semua
Jangan duduk membuang masa
Tumpukan perhatian pada kerja

Apakah benar speku hamba
Padat berisi penuh makna
Bukanlah hamba mendabik dada
Cubalah pula sang pencerita berkata

Spekumu hamba terima
Mungkin ada benar disebalik cerita
Tapi kenapa tiada ucapan segala
Hilang begitu bagai merajuk sahaja

Itulah tindakan drastic namanya
Keputusan di buat tindakan di segera
Hahaha sang pencerita janganlah berduka lara
Kerana carpet tetap menyampai berita

Tidaklah hamba berduka lara
Kerana bahagia berdua nampak di mata
Seharian bekerja penat terasa
Bila berbuka mereka bersama

Hah…pandaipun sang pencerita
Menilik perihal teruna dara
Soul mate not just lovers itulah mereka
Friend and partners di antaranya

Give me five sang pencerita
Sangkaan kita tidak jauh berbeza
Berbuka puasa mereka bersama
Senyum manja gelak tawa itulah mesra

Marilah kita juga bersama-sama
Bersiap sedia berbuka puasa
Sediakan kurma doa dibaca
Beduk berbunyi itulah tanda

Sekian dahulu cerita kita
Berjumpa lagi di lain masa
Selamat berbuka kepada semua
Begitu juga buat teruna dara

Owned and written by : Sanaa 09/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: