• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Tragedi Ciptaan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sekali lagi di bulan Ramadhan yang mulia kita dikejutkan dengan kejadian alam yang telah meragut beberapa nyawa. Ini bukanlah kejadian pertama dalam sejarah. Telah banyak kali berlaku dan setiap kejadian melibatkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Kejadian tanah runtuh yang masih segar dalam ingatan saya berlaku pada tahun 2002 di Taman Hillview Ampang. Ketika keluarga sedang bersiap sedia untuk bersahur kalau tidak silap saya sewaktu kejadian berlaku. Dalam kejadian tersebut seorang general bersara angkatan tentera kehilangan isteri, anak, menantu, pembantu rumah dan juga cucu (saya mohon maaf kerana tidak dapat melampirkan butir-butir terperinci kerana tiada dalam simpanan). Selain dari itu telah banyak kejadian tanah runtuh berlaku di sekitar Ampang dan juga kawasan tebing tinggi lain di Malaysia lebih-lebih lagi di musim hujan. Selepas setiap kejadian ucapan takziah dihulur kepada keluarga mangsa oleh badan-badan kerajaan dan juga wakil rakyat kawasan berkenaan. Akan tetapi sejauh manakah ucapan takziah ini memberi keinsafan kepada kita. Amat senang dan mudah menutur kata tapi derita yang ditanggung keluarga tiada siapa yang memahaminya. Mudah juga berkata ujian Allah kepada manusia tapi sejauh mana manusia menilai setiap pesanan yang Allah beri seperti petikan ayat di bawah ini yang saya perolehi ketika melayari blog yang ada di internet berkenaan kejadian tanah runtuh.

Allah telah menyebut di dalam Al-Quran surah An-Naba’ ayat 6-7 : “Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan? dan gunung-ganang sebagai pasak?” Kalau pasak bumi itu sudah hilang, apa akan jadi dengan bumi itu sendiri? Tidak cukup dengan itu, perlukah kita disedarkan dengan ayat dari surah Ar-Ruum ayat 41 ini pula? “Telah zahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Kejadian terbaru adalah di Cameron Highlands. Kawasan yang terlibat adalah penempatan orang asli di celahan bukit bukau dan gunung terbabit. Apabila kita meneliti setiap kejadian sudah pasti kawasan bukit bukau dan gunung ganang yang ditarah tanpa henti adalah puncanya. Semua penghuni dunia mahu berada dipuncak tinggi, menikmati kesegaran bayu di waktu pagi, jauh dari hiruk pikuk kota akan tetapi tiada siapa yang peduli akibat dari keinginan ini. Bukan satu bukan dua kejadian yang berlaku dan bukan sedikit nyawa yang terkorban namun apakah tindakan dan apakah susulan yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab?

Ketika sessi soal jawab penduduk Bukit Antarabangsa bersama dengan wakil rakyat kawasan ini, kami diberi jaminan bahawa tiada lagi projek pembangunan membabitkan Bukit Antarabangsa selain menyiapkan projek yang telah diluluskan sebelumnya. Tidak dapat untuk dipastikan sejauh mana janji yang diberi akan ditunaikan kerana kawasan yang sempit bersebelahan loji kumbahan baru saja dibersihkan dan ceracak-ceracak besi sudah mula ditanam. Oleh kerana saya melalui kawasan tersebut setiap hari, saya melihat tanah mengalir turun setiap kali hujan lebat. Baru letak ceracak besi belum lagi rumah didirikan dan apabila rungutan di buat dipihak majlis perbandaran kami pulak disarankan untuk membayar cukai pintu dalam tempoh yang ditetapkan. Alasan yang diberi oleh pihak majlis adalah supaya segala infrastruktur kawasan dapat dilaksanakan dengan segera. Belum lagi saya melewatkan bayaran, mungkin ada sesetengah penduduk kerana mungkin mereka hanya menyewa dan tuan rumah pula lupa membayarnya membuatkan kami semua mendapat notis bertulis. Apakah ini alasan paling kukuh boleh diberikan? Apakah kami anak-anak yang baru lahir? Kemana pulak perginya wang kutipan sebelum ini? Apakah keseluruhan penduduk Ampang Jaya tidak membayar cukai tafsiran? Aduhhh boleh gugur jantung dibuatnya dengan alasan yang diberi, seolah-olah tiada peruntukan infrastruktur bagi kawasan jajahan mereka.

Hampir keseluruhan kawasan hutan di Ampang telah diteroka dan kini terdapat hutan batu yang menaikan suhu kepanasan setiap rumah dan menjadi kegerunan ketika hujan turun. Di manakah keselesaan yang dijamin kerajaan? Aneh tapi benar inilah yang berlaku setiap hari. Walaupun tidak semua penduduk negara ini yang mengalami keadaan tanah runtuh dan mungkin juga segala rungutan yang di buat dianggap remeh ataupun disarankan untuk pindah ketempat lain. Sekali lagi mudah untuk berkata dan mudah untuk menuding jari akan tetapi ia tidak semudah bagi orang yang mengalami. Rumah yang dibeli memerlukan perbelanjaan yang besar dan bagi orang yang berpendapatan sederhana, besar kemungkinan itulah satu-satunya rumah yang mampu dibeli sehingga ajal menjemput pergi.

Sekali lagi dan atas alasan apa sekalipun tuding menuding pasti akan berlaku. Developer kata mereka buat rumah sebab ada permintaan, kerajaan bagi kelulusan sebab kata penduduk perlukan tempat tinggal yang selesa dan penduduk beli sebab nak lari dari hiruk pikuk kota, nak tempat damai dalam keheningan hutan supaya dapat udara segar dan nyaman. Apakah mampu hidup aman apabila setiap kali hujan turun mata gagal dilelapkan? Sehingga hari ini saya tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada keluarga mangsa tanah runtuh dahulu di mana 14 buah banglo mewah ranap tertimbus? Adakah orang bertanya kabar mereka? Tentu sekali tidak, bagi mangsa pula hidup mesti diteruskan. Berkemungkinan mereka punya limpahan wang ringgit untuk membina kembali rumah di kawasan yang lain, tapi apakah mungkin dapat kita merasai luka yang berbekas di setiap hati insan yang terlibat?

Saya memang tidak mengenali mereka secara dekat tapi bekas kawasan banglo adalah laluan saya setiap hujung minggu untuk berjalan kaki. Setiap kali lalu pasti ada senyuman yang meniti dan yang ramah pasti mengucapkan selamat pagi. Tidak kira sama ada tuan rumah ataupun pembantu rumah. Kadang-kadang anjing menyalak ketika saya lalu. Semua itu hilang dalam sekelip mata dan kini hanya tinggal kawasan lapang yang baru ditumbuhi rumput dan sedikit pembaikan dibuat bagi menghalang runtuhan seterusnya.

Jadi, apakah yang terjadi dengan pesanan Allah kepada semua hambaNya yang telah dicatit dalam Al-Quran? Sebuah kitab yang lengkap dengan panduan dalam menempuh satu perjalanan kehidupan. Apakah kita memang sudah jauh terpesong dari apa yang dituntut dari kita oleh Maha Pencipta lalu menjadikan kita seorang yang amat daif dalam meniti kehidupan. Bukan layaknya saya berkata tapi sekadar berkongsi rasa dan yang masih tercari-cari arah dalam usia yang makin menginjak.

Owned and written by : Sanaa 11/08/11

*****

Senarai dan tempat kejadian tanah runtuh di Malaysia

Highland Towers dan Bukit Antarabangsa — itu adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa di negara ini, dan semalam satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku mengorbankan 16 nyawa.

Kejadian kali ini membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus.

Ketika kejadian, mereka berada di bawah sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah anak yatim itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah yang dipasang berhampiran dewan di lereng bukit.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa hampir 15 jam dalam operasi tanpa henti untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dan mangsa terakhir dikeluarkan pada pukul 5.05 pagi.

Kejadian menyayat hati itu mengorbankan 16 orang dan mencederakan sembilan yang lain. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang menghuni rumah itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor dilaporkan berkata bahawa kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan.

Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil pula dilaporkan berkata bahawa rumah anak-anak Yatim itu tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah kementerian itu.

Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara ini: * 11 Dis 1993: Satu daripada tiga blok kondominium di Highland Towers, Hulu Klang, Selangor runtuh dan mengorbankan 48 nyawa. Kejadian itu berlaku selepas tanah runtuh berlaku di belakang kondominium itu.

* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.

* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.

* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.

* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.

* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya.

Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.

* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.

* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.

* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.

* 29 Januari 2011: Tanah runtuh dan banjir kilat akibat hujan berterusan di beberapa penempatan di Sandakan, seperti di perumahan lereng bukit Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam runtuh dan Kampung Sundang Darat. Kejadian mengorbankan dua orang, seorang warga emas dan remaja perempuan.

-Bernama/enciknakal

Compiled by : Sanaa 11/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: