• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Lokasi

Salam kepada kawan-kawan semua
Jam sudahpun pukul dua
Duduklah sang pencerita garu kepala
Berfikir-fikir apakah menu berbuka

Terasa letih segala sendi
Doaku janganlah demam pula nanti
Tiba-tiba lain difikir lain yang mari
Apalah lagi kalau bukan cjolimoli

Sambil tersenyum hamba berangan
Bertanya kepada pasangan sepadan
Jika dapat apa yang diinginkan
Juadah berbuka mengikut kesukaan

Ayam percik joli beri dah jawapan
Roti jala buah melaka tidak dilupakan
Tiga-tiga tidak dapat hamba sediakan
Oleh kerana masa yang kesuntukan

Daging salai dalam simpanan
Masak lemak cili padi pasti menggiurkan
Sambal udang turut disajikan
Pasti enak terawih ketinggalan

Hehehe hamba ketawa sendiri
Bagaikan bercakap dengan cjolimoli
Walhal mereka bertarung hari ini
Menyempurna kerja sebelum Aidilfitri

Bangun duduk bangun duduk idea tiada
Peti sejuk dah berkali dibuka
Apalah nak dibuat untuk berbuka
Pergi bazar habis cerita

Duduk kembali menyambung angan
Moli ini hari ada babak pertarungan
Baik-baik jangan nanti kecederaan
Seru hamba kepada adik pujaan

Teropong juga di mana cjoli
Kelibatnya tidak kelihatan lagi
Patutlah joli bersembunyi
Ngeri melihat babak teruna dikasihi

Dush dush dush tendangan berbunyi
Eh eh eh cjoli nyilu di hati
Bukan apa bimbang tak terperi
Andainya teruna tercedera nanti

Cut…arahan director sudah berbunyi
Lapanglah dada cjoli kini
Diurut dada yang bergetar tadi
Sambil cmoli datang merapati

Kenapa pucat tak berseri
Tegur Teruna pada Dara dikasihi
Gentar melihat kanda beraksi
Bimbang kejadian dulu berulang lagi

Tangan diletak di kedua pipi
Janganlah bimbang wahai permaisuri
Adanya dinda di sini
Segala gerak berjalan rapi

Ohh jadinya
Jari terletak di bibir pula
Terima kasih wahai adinda
Kerana sudi menemani kekanda

Senyuman manis Dara beri
Balasan dari ucapan tadi
Bila jari bergerak pergi
Hidung dicuit tanda menghargai

Ooi oii janganlah terlebih pula
Ingat-ingat kita ni berpuasa
Berderailah gelak dan tawa
Dari crew memandang mereka

Agaknya joli off hari ini
Sebab tu boleh temankan cmoli
Hmmm pasti akan hamba teropong lagi
Di manakah berbuka nanti

Ok off dulu…bazar ramadhan hendak dituju
Balik nanti hamba speku-speku
Teruna Dara di lokasi sepanjang waktu
Esok tersiar di Berita Minggu

Hahaha sang pencerita mula perasan
Macamlah dengan Zubir pernah berkenalan
Blog ini saja angan tak kehabisan
Syok sendiri kata teman-teman

Bye bye semua hingga berjumpa pula
Hujung minggu duduk rehat jangan fikir kerja
Baca pantun senyum saja jangan ketawa
Nanti orang kata tak siuman pula…

Hehehehe

Owned and written by : Sanaa 13/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: