• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Pohon Kencana

Waktu berbuka hampir tiba
Selamat berbuka kepada semua
Sudah enam belas hari kita berpuasa
Harap semuanya sihat sejahtera

Tiba-tiba hati terasa sayu
Entah kenapa jadi begitu
Duduklah hamba termanggu-manggu
Bertanya diri jawapan tidak tahu

Terlintas di mata teruna dara
Apakah mereka yang sayu adanya
Hambapun menilik terus bertanya
Wahai adinda berdua kenapa berduka

Dua-dua menongkat dagu
Geleng kepala bagaikan tidak tahu
Masam muka termenung sepanjang waktu
Hamba bingung terus kepala digaru

Helo helo sang pencerita
Datang teropong bertegur sapa
Jangan ditanya kenapa berduka
Nanti meleleh pula si airmata

Hah…terkejut hamba mendengarkan
Meminta teropong memberi penjelasan
Inilah akibatnya hati tak keruan
Rindu dendam dalam kesibukan

Sorry very sorry wahai teropong
Hari ini fikiran hamba amat bingung
Tolonglah leraikan jangan berhitung
Kasihani hamba melihat dua-dua termenung

Jawapan mudah dua-dua rindu
Oleh kerana lama tak ketemu
Barat dan timur bertentang selalu
Dek kerja yang tak tentu waktu

Ohhh…rindulah ni
Hamba bertanya kini
Iya…rindu jawapan pasti
Kerana bekerja sampai ke pagi

Apakah benar tekaan tuan hamba
Sang pencerita bertanya kali kedua
Andainya tuan hamba tidak percaya
Tanyalah kepada teruna dan dara

Muka masam berkerut dahi
Bergayut di talipon sejak tadi
Nasib baik panggilan dijawab moli
Kalau tidak pasti tangis di pipi

Dengarkan rayuan hati
Sepasang merpati dua sejoli
Teropong nakal merakam tadi
Cukuplah sekadar…”i miss you sweetie”

Alahh sang pencerita tulislah lagi
Janji bertemu di malam ini
Pohon kencana tempat dijanji
Melepas rindu bersarang di hati

Ishhh kamu ni…
Janganlah bocor rahsia lagi
Nanti ramai yang ketahui
Kita terlepas merakam aksi

Kami menunggu dengan sabar
Dada pula tiba-tiba bergetar
Nyamuk berlegar tidak berani ditampar
Andai nanti kehadiran didengar

Di bawah cahaya samar-samar
Ternampak hamba bayang berlegar
Baju putih…biar benar
Seram bulu roma lutut bergetar

Cabuttt jeritan teropong berbunyi
Sang pencerita itu bukan cjolimoli
Apa yang tuan hamba tunggu lagi
Jom cabut sebelum bayang menghampiri

Hahh hahh teropong lagi termengah-mengah
Begitu laju bagaikan tak cukup tanah
Hamba toleh tak mahu mengalah
Teropong tarik cakap udahlah tu udah

Hehehe sang pencerita ketawa geli hati
Melihat teropong yang pucat lesi
Kenapa tuan hamba melarikan diri
Kan ke rugi kalau itu cjolimoli

Hamba pasti bukan cjolimoli
Kerana tadi kaki tak pijak bumi
Itulah pesan tok nenek dilupai
Salam tak diberi inilah yang terjadi

Wahh sang pencerita tunjuk berani
Pergilah semula ke tempat tadi
Rakam sekali gambar segala aksi
Sebagai bukti skodeng menjadi

Hamba skodeng dari mata hati
Alhamdulillah…deria yang satu ini
Kabaran gembira telah diberi
Rindu dendam tersimpan rapi

Penat bekerja hamba akui
Kesuntukan masa tidak dinafi
Demi kasih yang tersemat di hati
Rindu terlerai di alam mimpi

Pohon kencana bermohon diri
Lain kali bersembang lagi
Moral of the story
Jangan sibuk skodeng sana sini

Doakanlah sejahtera cjolimoli
Penat bekerja tidak henti-henti
Mencari rezeki di bumi ini
Jiwa “dijual” bernama seni

Baik-baik jaga diri
Kesihatan diri jangan dilupai
Sehingga kita bertemu lagi
Hamba berhenti setakat ini

Owned and written by : Sanaa 16/08/11

4 Responses

  1. hahaha…luv to read all the pantun…
    seriously memang admire giler kat tiz n remy..
    memang both of them serious ker?..
    sambil baca pantun u..boleh imagine mereka berdua..
    so sweet
    teruskan bagi latest info pasal tiz n remy..

  2. since last month ..i terjumpa blog ni..and suker sgt

  3. i luv to read semua pantun u…
    adakah semuanya pasal mereka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: