• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Ibu Anak Menantu

Sang pencerita dok membilang jari
Hari Raya tidak lama lagi
Balik kampung sudahlah pasti
Tugas di dapur juga menanti

Dalam asyik membilang hari
Lalu teringat cjolimoli
Tiada pula kabaran terkini
Masih shooting atau sudah bercuti

Terkenang pula lembaran lama
Teruna Dara jalan bersama
Membeli belah sebelum raya
Jalan TAR tempatnya

Kisah benar bukan speku
Pasti kawan-kawan jua tahu
Ramai mata melihat waktu itu
Tidak sembunyi mereka mengaku

Tahun lalu kuning dan biru
Angan-angan sang pencerita jangan tak tahu
Tahun ini jomlah kita speku
Warna apa pilihan ibu anak dan menantu

Depan mata terbayang kini
Biru kehijauan nampak berseri
Samping sedondon menawan hati
Cjolimoli sepadan dan serasi

Baju kebaya cantik warnanya
Dipakai oleh dara jelita
Tampan segak anak teruna
Cantik sungguh gandingan berdua

Senyum melirik penuh manja
Teruna Dara lupa seketika
Di mana agaknya mereka berada
Gelagat diperhati oleh semua

Entah apa yang dibualkan
Bermain jari tawa beriringan
Jurugambar menanti penuh harapan
Semoga ada aksi pelaris jualan

Senyum mereka bertambah mesra
Namun tiada aksi manja
Siap kini orang ketiga
Ibu dan mertua kepada berdua

Ibu dan anak kini beraksi
Bermohon maaf di Aidilfitri
Jaga rumahtangga dan juga isteri
Ingat tanggungjawab ke mana pergi

Isteri bukan barang dagangan
Tidak suka boleh dipulangkan
Jaga isteri dengan belaian
Pesanan ibu jangan dipandang ringan

Muncul pula isteri kesayangan
Terukir senyuman di bibir mertua
Tidak berkelip dalam pandangan
Cantik menantu mak pujian diterima

Alahai comelnya sayang abang
Bersanggul serta cucuk goyang
Pujian datang dari orang tersayang
Ini perlu ada paluan kompang

Jelingan manja diberi isteri
Ibu mertua senyum tak henti
Gembira sungguh rasa di hati
Anak dan menantu bahagia kini

Tangan dicium kemaafan diminta
Dari menantu kepada ibu mertua
Bermaaflah kita bersama
Baik-baik jaga rumahtangga

Ciuman pula singgah di pipi
Baik-baik menjadi isteri
Semoga dapat gelaran ibu mithali
Kasih ibu tiada bertepi

Pesanan ibu tidak dilupai
Airmata gembira membasahi pipi
Jari tua mengesat pergi
Ciuman kasih diterima lagi

Kini giliran suami isteri
Baju sedondon menambah seri
Sedang asyik mencari posisi
Ciuman kasih hinggap di dahi

Eh eh tolong ulang lagi sekali
Tegur cameraman yang belum ready
Mahal tu scene yang tadi
Pasti laris majalah bulan ini

I am very sori
No ulang-ulang di sini
Siapa suruh tak ready tadi
Melepaslah jualan terlaris bulan ini

Ada juga aku siku si moli ni
Sejak tadi bermain emosi
Mentang-mentanglah sessi dengan cjoli
Tunjuk lagak…mengaku tak mahu juga lagi

Hahaha apa kena kamu emosi
Pose cantik sudah kami beri
Siapa suruh camera tak ready
Janganlah marah padaku yang handsome ini

Alamak ada orang tu perasan
Kata joli yang memerhatikan
Gelagat moli yang berhadapan
Dengan jurugambar jemputan

Jom jom selesaikan kerja
Kata cjoli jangan membuang masa
Tangan dihulur pada suami tercinta
Memohon maaf halalkan segala

Bila mata bertentang mata
Kelulah lidah untuk berkata
Senyuman terukir penuh makna
Berclack clik camera tiada hentinya

Duduk bersimpuh disisi suami
Senyum bahagia seorang isteri
Kasih disemai mekar bersemi
Bahagia hadir menghiasi diri

Tangan merangkul bahu isteri
Ibu mertua duduk memerhati
Senyum melirik tidak henti
Mengucap syukur kehadrat Ilahi

Itulah gambaran keluarga bahagia
Nanti ditambah dengan cahaya mata
Esok-esoklah hamba bercerita
Dah tengahari nak masuk dapur semula

Tunggulah juga majalah dikeluarkan
Diterbit khas buat tatapan
Peminat setia pasangan sepadan
Untuk koleksi sepanjang zaman

Ok ok hamba mohon diri dahulu
Dapur sudah melambai padaku
Siapkan kerja jangan berangan selalu
Teropong menyampuk sambil lalu

Owned and written by : Sanaa 21/08/11

2 Responses

  1. itik rendang jadi manu
    buat hidangan di hari raya
    wahai teman ku disana
    baju raya dah siap ka..

    hari2 masak saja
    habih masak mkn plk
    hr raya pun lagu tu la
    pagi2 pun dah kena mula

    wahai teman seminggu lg je posa
    lepaih tu nak raya
    ampun maaf ku pinta
    salah dan silap jika ada..

    • Salam Dee

      ketupat rendang hidangan raya
      nak tak nak kena buat juga
      basuh pinggan tak habis punya
      itulah kerja rumahtangga

      hehehe baju teman tak raya
      apa yg ada dipakai saja
      malas nak pikor org perak kata
      kalau rajin cari esok lusa

      bermaafan kita bersama
      jemputlah kerumah berhari raya
      ketupat palas rasanya ada
      rendang nanti sat teman pikir apa

      thank you Dee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: