• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

011 025

Kuih raya kuih raya
Rendang ketupat semuanya ada
Lemang tak ketinggalan jua
Juadah istimewa di hari raya

Masih sempat berangan bercerita
Hamba duduk lalu terlena
Tiba-tiba terbayang teruna dara
Kereta hitam gagah perkasa

Berpusing-pusing kereta dipandu
Ada peluru datang bertalu
Terrr terrr terrr gerun hatiku
Teruna ketawa Dara pucat lesu

Agen 011 025 melapur diri
Setelah beraksi sebentar tadi
Bilik satelit pembetangan misi
Strategi terkini kawasan diawasi

Langkah pertama menonjol diri
Di majlis sambutan hari jadi
“Captive of the eye” nama misi
Agen 011 025 sebagai suami isteri

Berkumis nipis segak bergaya
Berbaju merah terbuka di dada
Langkah pertama hadirin terpesona
Senyum terukir mata liar memandang sini sana

Mereka disambut dengan mesra
Berjabat tangan dengan Ketua Laksamana
Memuji majlis indah bercahaya
Mereka diperkenal pada yang ada

Lagak romantis ketika menyiasat
Jelingan Agen 025 amat memikat
Agen 011 nafas tersekat-sekat
Hati terhiris bagai disiat-siat

Senyuman diberi jelingan bermakna
Tanda diterima di hujung mata
Agen 025 menaiki tangga
Isyarat diberi hilanglah mereka

Villa indah sedia digeledah
Pasukan menyerang bersiap sudah
Agen 011 025 mengatur langkah
Mencari penawar penyakit barah

Ketua Laksamana teraju utama
Penawar diseludup keluar negara
Bayaran diterima berlipat ganda
Misi ini nak di selesai mereka

Tik tik click peti terbuka
Dengan perlahan sirum diambil mereka
Agen 011 025 bermain mata
Tersenyum puas juga bangga

Sirum kini beralih tangan
“Give me five” Madam X keriangan
Agen 011 025 menyambung tugasan
Menghadirkan diri di lantai tarian

Cekap sungguh mereka berdua
Misi mereka belum diketahui sesiapa
“May I have the honour” Agen 011 berkata
“The pleasure is all mine” jawab Agen 025 pula

Assassin tango judul lagu
Gerak langkah menawan kalbu
Agen 011 025 gandingan padu
Watak di bawa berkesan selalu

(Note: Dengar lagu dan bayangkan gerak badan…imagination run wild)

Gerakan mereka amat mempersona
Pandangan mata punya makna
Setiap langkah terlalu menggoda
Khayal hadirin melihat mereka

Musik indah mengasyikan
Tango itulah yang kedengaran
Pusingan badan dapat perhatian
Dari hadirin para jemputan

Tiba-tiba penggera berbunyi
Lampu tersuluh tidak mampu sembunyi
“Catch them” arahan diberi
Agen 011 025 pantas berlari

Phwee wittt datanglah ferrari
Tanpa pemandu dan juga kunci
Melopong ternganga guard on duti
Agen 011 025 cabut pergi

Dalam kereta menukar baju
Supaya tidak dikenali orang yang lalu
Ferrari memberi arahan terbaru
Madam X sedang menunggu

Kini mereka asyik bersengketa
Membaling baju keluar kereta
Datanglah polis peronda
Lain ditanya lain dijawab mereka

Polis peronda pening sudah kepala
Mereka bertengkar tak peduli sesiapa
Pusing sebentar hilang pula mereka
Kereta dipandu manakah hilangnya

Meluncur laju celah pergunungan
Agen berdua ketawa keriangan
Polis peronda dibuat mainan
Misi sirum dapat diselesaikan

Madam X berpuas hati
Lalu memberi Agen 011 025 cuti
Hooray kata mereka riang sekali
Balik kampung apa tunggu lagi

Tunggulah tayangan perdana
Dipawagan berhampiran anda
Teruna Dara teraju utama
Agen 011 025 watak dibawa

Penulis pengarah jangan ditanya
Meletup panggung gerenti punya
Watak perisik yang dibawa
Akan kekal di hati peminat semua

Sekian dahulu untuk petang ini
Nak jenguk bazar untuk berbuka nanti
Salam kasih untuk semua yang melewati
Membaca cerita senyum sekali

Salam kasih untuk cjolimoli
Semoga anda berdua dirahmati
Berkat Ramadhan di tahun ini
Apakah boleh hamba lompat tinggi-tinggi?

Owned and written by : Sanaa 25/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: