• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • August 2011
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives

Warna Hati

Salam kepada semua teman di sini
Jam sudah menunjukan satu pagi
Namun mata masih terang lagi
Lalu hamba rebus sebungkus maggi

Di awal pagi yang sunyi
Terkenang juga cjolimoli
Aidilfitri menjelang kini
Namun tiada gambar menghiasi

Telah hamba rakam cerita berdua
Ibu anak menantu diberi nama
Apalah lagi agaknya nak dicerita
Tergaru-garu juga kepala memikirkannya

Bermula hamba salam diberi
Kepada adinda Remy dan Tizzy
Salam kasih dari sekeping hati
Kerana menjadi sumber inspirasi

Terima kasih wahai cjolimoli
Kisah anda bersambung lagi
Angan-angan cerita jalan selari
Terselit doa di sanubari

Berjumpa berkenal fitrahnya manusia
Berkasih bercinta rahmat dariNYA
Halangan dugaan sebahagian rencana
Membentuk ketabahan peribadi mulia

Banyak liku telah dilalui
Ketika bergelar insan seni
Ada saja tohmahan dan caci
Terbit dari hasad dengki

Namun jangan disalahkan mereka
Kerana ada kala salahnya kita
Cara bercakap dan bercerita
Membuat orang sering prasangka

Hidup adalah suatu persinggahan
Percaturan mengukur kejayaan
Andai ada kegagalan
Lihatlah diri buat pembetulan

Perjalanan seni penuh liku
Gerak langkah diperhati selalu
Ambilah pengalaman orang terdahulu
Membentuk iktibar buat dirimu

Kisah tiada menjadi ada
Oleh kerana motif di sebaliknya
Rambut yang hitam kini berwarna
Hati jua demikian rupa

Dari bertatih kini berlari
Itulah ibarat hidup ini
Jangan melatah di gossip sesekali
Kerana itu lumrah dunia seni

Hitam putih nampak dirupa
Warna hati hak empunya
Jika hitam pilihan kita
Hitam jualah pandangan diterima

Putih jua tetap dicaci
Kerana tiada siapa mampu mempercayai
Seorang insan meredhai
Pahit getir yang dilalui

Tabah dan sabar kekuatan diri
Kerana pasti sering diuji
Semoga adik berdua dilindungi
Dari fitnah hasad dan dengki

Entah kenapa pantun berbunyi
Antara nasihat sendu di hati
Mungkin jua thread di forum cari
Kisah bertulis warna kulit pemberian Ilahi

Sebelum panjang pantun ini
Biarlah hamba bermohon diri
Baik-baik jaga diri
Itulah pesanan hamba berkali-kali

Semoga rasa membuah segala
Dari tiada menjadi ada
Pabila telah berputik cinta
Jangan ditunggu lama-lama

Pinanglah dara wahai teruna
Jangan biarkan orang mengata
Bersama doa hamba iring bersama
Semoga kekal bahagia hingga akhir usia

Selamat pagi kepada semua
Harapan hari berjalan sempurna
Kerana kita masih di bulan puasa
Jangan minum di khalayak pula

Insha’Allah andai ada lagi pertemuan
Cerita lain hamba sumbangkan
Agar mampu jadi topic bualan
Hari ini dan masa hadapan

Owned and written by : Sanaa 26/08/11

2 Responses

  1. Assalamualaikum Cik Sanaa, Shelin nak ambil kesempatan mengucapkan Salam Edil Fitri Minal Aidil Wafaizin. Mohon maaf atas kesilapan yg ada. Warna hati haih rindu la pd cjolimoli dan NK. Thanks Cik Sanaa for keeping this blog alive!!!

    • Wa’alaikomsalam Shelin

      Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Shelin dan keluarga…mohon maaf jua atas segala kesilapan ketika kita berbicara dan semoga Shelin bergembira hendaknya. Hehehe ini saja yg dpt saya buat utk terus menyemarakan rindu pada cjolimoli…take care dear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: