• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Gurau Senda Aidilfitri

Salam sejahtera kepada semua
Selamat Hari Raya ucapan dari hamba
Mohon maaf batin zahir hamba pinta
Sepanjang kita berkenal mesra

Berhari-hari hamba tidak ke mari
Idea yang ada berlalu pergi
Dek kerja dapur yang sedia menanti
Aduhhh sudah sakit segala sendi

Bagaimana dengan hari raya
Harapnya semua bergembira
Menyambut hari kemenangan bersama
Setelah sebulan kita berpuasa

Jari sepuluh hamba susunkan
Mohon maaf atas segala keterlanjuran
Marilah kita sama-sama bermaafan
Agar hidup berada dalam kesejahteraan

Di hari raya ada tradisi
Kunjung mengunjungi tidak dilupai
Tua muda rakan taulan yang dihormati
Kaum keluarga pasti di dahului

Setelah dua hari berhari raya
Hamba sibuk mengintai seketika
Tentu semua dah tahu apakah iya
Ya benar…sudah tentu teruna dara

Dari intaian sang pencerita
Raya pertama bersama keluarga
Janji dipadu bertemu jua
Raya kedua menziarah sesama

Di awal pagi sms berbunyi
Sayang abang dah bangun ke belum ni
Jawapan diterima pantas sekali
Sedia menunggu sang arjuna hati

Senyum terukir di bibir teruna
Membaca jawapan yang diterima
Tidaklah membuang masa
Berlarilah teruna mendapatkan si dara

Rendang ketupat sudah menanti
Aduhh rajinnya Dara di tahun ini
Roti jala di buat sendiri
Buat santapan kekasih hati

Salam disambut dengan getaran
Hahah bagaikan hilang nyawa dari badan
Tidak disangka teruna di hadapan
Ingatkan masih dalam perjalanan

Senyuman manis di bibir Teruna
Menambah getar di hati Dara
Berusaha menahan debar di dada
Eh macamlah pertama kali berjumpa

Rupanya debaran ada makna
Teruna datang tidak berseorang saja
Kali ini ada ibunda tercinta
Untuk sama-sama berhari raya

Sejuk tangan ketika bersalaman
Tangan dicium bersama getaran
Cantik manis menantu pilihan
Ibunda tersenyum penuh kegembiraan

Mata melirik memandang Teruna
Isyarat diberi geram adanya
Bagai berkata…tunggu balasan dinda
Cubitan diberi itulah tanda

Aduhh aduhh tidak tertahan
Bisanya cubitan kekasih pujaan
Ibu menoleh penuh pertanyaan
Senyum senggeh sebagai jawapan

Cantik sungguh sayang abang
Sempat berbisik dengan perlahan
Terima kasih di atas pujian
Abang pula apanya kurang

Getar Dara masih bersisa
Ketika menyiap jamuan keluarga
Datang Teruna mengganggu adanya
Terkejut Dara seketika

Meh abang tolong
Sambil mata asyik merenung

Tak payah…
Dara menjawab dengan sombong

Teruna ketawa tanda suka
Melihat Dara yang merah muka
Diletak tangan ke dada
Ohh bagai Karakatua bunyinya

Abang….

Nak bergurau ini bukan masa
Memberi suprise tidak kena gaya
Alahh bila lagi kalau tak di hari raya
Jawapan manja dari si Teruna

Geram terasa di hati
Ishhh abang niii
Hingga tiada perkataan lagi
Bertambah marah bila dicuit pipi

Haihh budak berdua ni
Apa yang tak siap lagi
Perut dah lama berbunyi
Di biar pulak tetamu menanti

Apakah tidak mummy ketahui
Itulah tactic si Dara sunti
Oleh kerana debaran di hati
Di biar kami lapar di sini

Cepatlah sayang abang
Grrr grrr perutku sudah bilang
Bila nak siap cik adik sayang
Lemah lutut badan dah goyang

Rasakan…baru padan muka
Tunggulah sampai bila-bila
Jawapan garang dari si Dara
Haikk tangan di silang pula

Alamak parah budak berdua ni
Bergaduh bergurau pulak kat sini
Ada ku hantuk kepala berdua nanti
Bercekak pinggang mummy dikasihi

Hehehe Teruna Dara kini ketawa
Melihat marah singa betina
Cepat-cepat disiap meja
Marah mummy bukan bergurau adanya

Bermain kaki di bawah meja
Tendang menendang antara mereka
Merah padam muka si Dara
Pabila pujian diberi bakal mertua

Cantik berseri anak mak ni
Bagaikan mawar kembang mewangi
Senyum terukir manis sekali
Bagaikan madu yang lebah beri

Tersedak pula anak Teruna
Ketika ibu tiba-tiba berkata
Sila tetapkan hari dan masa
Jangan ditunggu lama-lama

Dara memandang kiri dan kanan
Pura-pura tidak mendengarkan
Kaki ditendang minta bantuan
Maaf…biar Dara tambah makanan

Hahaha kita tunggulah bersama-sama
Apakah rencana seterusnya
Majlis nikah Teruna Dara
Yang akan di umum raya kelima

Hanya tinggal dua hari lagi
Doa dipohon tidak henti
Semoga Allah terus mendengari
Bisikan sekeping hati nurani

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan hamba buat cjolimoli
Akan ku hembus kanan dan kiri
Segerakan pengumuman diberi

Oleh itu sekianlah dahulu
Gurau senda aidilfitri mohon berhenti
Andai ada ruang waktu
Bertemu lagi kita di sini

Owned and written by : Sanaa 31/08/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: