• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

“Pondok Raya”

Hari raya hari bergembira
Tidak kira kecil besar tua muda
Anak-anak memeriahkan suasana
Kita beraya kerana mereka

Atok Pah Tok Tok Wan panggilan mesra
Dari cucu-cucu kesayangan mereka
Akan dilakukan apa sahaja
Asalkan mereka bergembira

Begitulah yang terjadi tahun ini
Atok dan Pah berusaha sekali lagi
Membersih kawasan tidak henti
Supaya senang cucu bermain nanti

Kolam dan taman berubah rupa
Pabila idea datang tidak semena-mena
Lantai kolam berjubin pula
Air terjun beroperasi semula

Terbinalah sebuah pondok kecil
Di sudut halaman yang terpencil
Menjadi tarikan cucu-cucu yang comel
Gembira sekali tidak henti mengomel

Riang mereka bukan kepalang
Asyik bercerita pagi dan petang
Atok dan Pah senyum memanjang
Hajat tercapai tika raya menjelang

Pondok Raya nama diberi
Oleh cucu-cucu yang dikasihi
Sepupu bertiga tidak henti-henti
Bermain berlari di pondok ini

Pemidang berukir menjadi pilihan
Namun tidak sempat disiapkan
Kenalah tunggu hingga minggu hadapan
Tidak sabar cucu dalam penantian

Bila rumah nak siap ni..tanya abang
Sabarlah dik jawab kakak tersayang
Adik kecil senyum tak lekang
Pakcik kontraktor pening bukan kepalang

Hanya yang asas siap sahaja
Boleh duduk dan bermain bersama
Abang sibuk bercerita kepada semua
Pah dan Atok buat untuk dirinya

Kolam kini sudah berubah wajah
Berwarna warni bertambah indah
Ikan berenang menarik sudah
Duduk di luar tak mahu masuk rumah

Melihat ikan berenang
Hati bagaikan senang
Air terjun mengalir tenang
Kini Atok juga berasa lapang

Duduk bercerita cucu bertiga
Yang banyak cakap ada saja cerita
SSF singkatan nama mereka
Idea bertiga tidak kering adanya

Tak penat ke…diriku bertanya
Hmmm…hanya senyuman yang diterima
Berlarilah mereka riuh rendah bunyinya
Pondok Raya jawapan segala

Tidak lama dahulu rasanya itulah diriku
Bermain pondok setiap waktu
Permainan anak-anak zaman dahulu
Tiada ipad iphone ketika itu

Atok dan Pah mengulangi tradisi
Membina pondok untuk cucu dikasihi
Siap ada opening ceremony
Potong riben cucu semua happy

Corat coret di Aidilfitri
Anak-anak penyambung generasi
Gembira mereka itulah yang pasti
Membawa kebahagian Atok dan Pah kini

Pondok Raya berlalu pergi
Kaum keluarga datang berganti
Nak fikir masak apa tengahari ni
Badan letih bagai tak berdaya lagi

Sembah salam di aidilfitri
Hamba kini mohon berhenti
Lain kali bercerita lagi
Harapnya adalah cerita cjolimoli

Owned and written by : Sanaa 02/09/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: