• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Bahagia Berdua

Apa kabar teman-teman di sini
Semoga sihat sejahtera hendaknya
Cuaca hari ini panas sekali
Dek jerubu yang kini melanda

Jerubu cuaca panas terasa
Namun hati melonjak-lonjak jua
Hendak merayap keliling kota
Intai-intai di manakah Teruna Dara

Jomlah wahai sang pencerita
Kita terbang keliling kota
Hari panas macam nak hujan juga
Bawalah payung untuk berteduh adanya

Pergilah hamba keliling kota
Bukit Bintang Pavillion sasaran utama
The Curve Ikea hamba tidak lupa
Low Yat Plaza tidak ketinggalan jua

CSI bertiga menjalan operasi
Carpet terbang teropong memerhati
Kelibat mereka belum kelihatan lagi
Namun radar berkata mereka di sini

Warna merah terang benderang
Cahaya mentari kilau-kilauan
Sepasang merpati nampaknya girang
Jalan berdua berpegang tangan

Knit knit radar berbunyi
Stop stop arahan diberi
Zoom teropong apa tunggu lagi
Carpet pula tak sabar di hati

Walaweh…teropong suka hati
Merpati sejoli dilihat kini
Tidak silap tiada sangsi
Itulah pasangan yang kami cari

Dengan perlahan kami mengekori
Arah perjalanan merpati sejoli
Jauh berjalan mereka berhenti
Singgah sebentar minum kopi

Mata memandang kiri dan kanan
Di manakah letaknya kenderaan
Mereka bercakap jari ditundingkan
Kami melihat tiada ada di hadapan

Bunyi mengaum menarik perhatian
Tuan kenderaan memberi senyuman
Ada pulak yang melambai tangan
Dara muncul memberi kejutan

Ohh ehhh tergagap-gapap semua
Macam rasa tidak percaya
Teruna Dara di hadapan mereka
Hingga hilang segala suara

Terlopong ternganga sekelian yang ada
Melihat “permainan” baru anak Teruna
Warna merah garang lagaknya
Melompat naik pula si Dara jelita

Apalagi…tentu kini timbul cemburu
Dara dapat naik “permainan” baru
Warna merah boleh nampak sebatu
Ok bye bye kami jalan dahulu

Teruna Dara meluncur pergi
Memecah kesunyian gaum berbunyi
Dara dilihat girang sekali
Bersama Teruna kekasih hati

Bunga-bunga kembang berseri
Taman hati wangian kasturi
Kasih disemai mekarlah kini
Bersama restu keluarga dikasihi

Tiada kata tiada ucapan
Hanya hati yang merasakan
Dalam diam termeterai ikatan
Yang kini menjadi sebutan

“Permainan” baru meluncur laju
Menanti kini detik dan waktu
Janji dimeterai untuk dipadu
Dalam resah kami menunggu

Setelah jauh meninggalkan kota
Berhenti sebentar Teruna Dara
Menghirup segar udara rimba
Tenang hati damai terasa

Hutan simpan di pinggir kota
Kicauan burung indah suasana
Mengambil gambar kegemaran berdua
Hari ini itulah misi mereka

Kita tinggalkan mereka berdua
Meneroka alam bersama cinta
Baik-baik ya Teruna Dara
Jangan sampai terlepas batasnya

Sekadar pesanan iklas dari hamba
Yang kasih dan sayang pada berdua
Cinta tulus direstui keluarga
Jagalah ia dengan sempurna

Selamat bertugas kepada semua
Buatlah kerja jangan leka
Sarapan pagi jangan dilupa
Perut kosong nanti sakit kepala

Owned and written by : Sanaa 07/09/11

13 Responses

  1. Salam semua. Alaa saya pun blm dapat tengok gambar personal teruna dan dara dlm instagam tu. Dari apa yg saya baca ramai yg meroyan lihat gambar mereka nak juga tengok adakah pose pose mereka ader yg manja-manja atau melekat2 atau melendet2 badam dgn mesra macam gambar raya RI dan MK dlm URTV tu, media couple of the year Ooppss !!(cover Memey/Norman) ada fan RI post kat twitter. Biasa lah pose2 RI/MK mmg mcm tu belekat mcm meknet bila bertemu. Baju raya mereka pun sedondon dan mengikut forumer cari ada orang pernah nampak MK di melaka juga bila? tak pula diberi tahu, tahun lepas atau tahun ini. Sori juz have to bring yall down back to earth jgn kecoh2 la dara beraya diumah teruna. Jgn puji teruna melambung sangat silap haribulan rupa2nya dia nak tunggu U.N balik study sbb tu tunggu 3 tahun baru nak settle down, cinta terputus tu.kalau yall perasan lagu2 yg RI minat kebanyakan nya semua berunsur cinta abadi yg terputus atau terhalang, so siapa? MK (disbbkan masih isteri orang masa tu) atau UN(keluarga anak orang kaya yg tak restu). Wallahualam. Don’t get me wrong like yall sy berdoa keshukuran klau ada jodoh teruna dan dara dpt hidup bersama tapi saya sadar jodoh ditangan Tuhan. I juz want to hug tz, love the girl, so far , dia cuba avoid kontroversi and I hope it stays that way. Teruja ni nak tengok Sofiya & Cinta kura-kura🙂

    • hmm..lets just pray the best for their future..bagi saya, RI ni mmg jenis setia pada cinta. Mgkin ambil masa 3 thn utk settle down sbb TZ terlalu muda lagi..baru berumur 23 thn. RI kan pernah ckp dia nk bakal isteri dia nnt cuci kaki je masuk umah. So, mgkin RI masih nk stabilkan diri dia. maklumlah TZ tu anak bongsu, famili dia kompem boleh bagi apa yg TZ nak selama ni. Tapi masih respek pada TZ, seorang girl yg berdikari cm RI ckp sy suka cr dia yg berdikari. Mgkin ciri-ciri itu buat RI senang bersama TZ.

      TZ pon rasanya lagi senang dibimbing dan dibentuk berbanding dgn UN. Sejak TZ rapat ngan RI, kita jarang mendengar TZ berhibur dan terlibat dengan aktiviti sosial malam-malam dgn kwn2x nya. TZ ternyata lebih bnyk menghabiskan masa dgn RI berbanding dgn kwn2x sebayanya. Itulah perubahan ketara TZ berbanding di awal kemunculannya dalam dunia hiburan. Dia jadi lebih matang.

      Mengenai MK, saya rasa RI anggap dia sebagai rakan sekerja sahaja. MK dikatakan akan menghabiskan masa di Australia dengan kawan-kawannya raya tahun ni. Saya tak rasa MK compatible dengan cara RI yg lebih konvensional. RI lebih suka menjadi pembimbing, pelindung dan dia nmpknya tk suka kalau gf dia terlalu urban dan berfikiran lebih terbuka. MK macam modern woman which is doesnt like diikat dan dibimbing. Mgkin sbb itulah juga salah satu punca terhadap penceraiannya.

      Apa yang terjadi pada RI dan kisah percintaannya dengan UN, menyebabkan RI lebih berhati-hati dengan media sbb dia mmg betul-betul serius ngan TZ. Dia juga takut utk dikecewakan lagi. Dia syg TZ sgt2x..dan kalau boleh, biarlah TZ jd jodohnya. Pengalaman lepas menyebabkan RI serik dengan media. Dia juga sbnrnya perlu jaga juga hati keluarga TZ. well,its just my opinion je lah =)

    • hi shelin

      thanks again for being here. teruja semua atas kebahagian yg dirasa, sekadar tumpang gembira org kata melihat pasangan yg kita suka berhari raya. i sincerely think RI have move on and by repeating the past will not change anything to the future. By mentioning the names link to his life will not help us or him in anything. I do know how you feel towards the couple or there might be some grudge over RI because he a man and gossip surround him but please don’t judge because of what we know and what we heard is not the whole truth.

      pics normally tells a thousand word. pic use as evidence in most cases and pics buat kita bahagia melihatnya…please don’t be over sensitive. photo shoot is part of his job, just because he’s been photograph with MK does not need to bring the subject to personal issues. admit it to ourselves anything to do with RI and TZ whether their professional photo shoot or we happen to found or see their pic posted by anyone we wore a smile to our lips. it’s actually saddened me most of the time when this two names MK and UN still being mentioned in RI life. The truth is unknown but from our naked eyes RI has moved on since then…give him the chance until and when all suspicions been proven.

      i personally value your comment and please do forgive me if I feel you or I or other women in this column have soft heart towards Tiz because she’s a woman beside RI and if ever anything were to happen in RITZ relation we have this perception she is the “victim” of situation because of RI past.

      i again personally feel if we are sincere praying for them let the past be past and wishing them a smooth journey in life. each of us have a past, sama ada baik atau buruk, banyak atau sikit kita semua ada masa silam. ada yg boleh disimpan dan ada yg akan jadi sebutan. sekali lagi andainya keikhlasan ada dlm melihat kebahagian mrk berdoa semoga mrk dilindungi dan hubungan yg ada diberkati dan bila tiba masa adanya penguman rasmi dari mrk berdua sama ada mrk akan diijabkabulkan ataupun bertemu pasangan masing2 percayalah bahawa Allah telah memberikan mereka pasangan yg terbaik buat berdua. sebagai peminat sokonglah kerjajaya mereka disamping berdoa kebahagiaan dan kesejahteraan bersama.

      have a pleasant evening dear…thanks again for your support to the blog and comment. kita disini sekadar suka2 dan menghibur hati. all my pantun walaupun didorong dari apa yg berlaku disekeliling RITZ adalah angan2 semata. andairnya ada yg bertembung dgn dunia nyata ia mungkin secara kebetulan saja…

      • “all my pantun walaupun didorong dari apa yg berlaku disekeliling RITZ adalah angan2 semata. andairnya ada yg bertembung dgn dunia nyata ia mungkin secara kebetulan saja “…..hihihih mak oii.. satu negara dah MEROYAN ini alasan teman ye.. kikiki

    • Saya ada terbaca satu twitter dr peminat RI, yg mengatakan mereka ber”heart heart” dlm instagram tu, dont know heart heart yg mcamana..klu nk menunggu mereka confirmkan yg mereka ni bercinta mmg agak payah la, selalu wartawan / peminat tanya pn mereka mesti try to elak2..hopefully RI x payah la tunggu UN tu, mesti dia dah ada yg lain kt australia tu. Tapi tak tahu la plak kan..harap2 tak mcm tu. TZ dah cukup sepadan dengan RI. Dia pn dh tk de kontroversi, dan dah makin matang nampaknya..

      Tapi berbalik kepada jodoh, semua ini kita hanya berserah pada yang Esa..panjang jodoh kahwinlah mereka, dan bahagia hingga ke syurga..nak lompat tinggi2 sekarang ni pun i confirm takut, takut jatuh berdentum ke bawah..

      • cinta mmg dtg tanpa diundang..sape sangka, pertemuan pertama mereka kali kedua dlm NK selepas drama bernafas dalam lumpur menerbitkan rasa cinta. harap2x mereka mmg berjodoh. Semoga slps apa yg dilalui oleh RI dalam industri hiduran ini dapat mengecapi kebahagiaan dgn pilihan hatinya. =)

      • Lovely all,
        ……

        Bertemu cinta

        Bagai cahaya
        Menyuluh hati
        Menjadi kasih sejati

        Kita bagai ombak di lautan
        Terhempas pedih badai dugaan
        …………..
        Lantaran kasihmu dan kasihku
        Tiada rahsia pemisah kata

        Bertemu cinta
        Di ambang syurga
        Mengutus doa
        Biar menjadi anugerah

        Bertemu cinta
        Indah sempurna
        Sedetik tidak
        Hilang ragu dan percaya

        (awiting for lompat tinggi tinggi)…

  2. hmmm…saya rasa moli bkn jenis yg suka menunjuk-nunjukkan cintanya pada org lain..
    moli mungkin sbnrnya adlah seornag yang serius dan dpt menjaga hubungan ynag dijalinkan..well, so sweet..=) haha..support them sampai ke jinjang pelamin! =)

    • btul kata bobo23..menunjuk sgt pun tak elok, baik senyap2 dan tiba2 tgk dh nak kahwin..lagi elok, tak byk kontroversi..

      • hi fara, bobo23 and sk30

        thanks for being here and your comment. sebagai peminat and org yg mengikuti perkembangan RITZ tentu teruja bila dpt melihat gambar mrk berdua. berhari raya punya makna yg tersendiri bila kita pergi menziarah kaum keluarga sahabat handai dan juga kenalan. pertemuan di hari raya sering meninggalkan nostalgia dlm diri setiap insan selalunya. as in this column we are referring to RITZ semoga kunjungan yang ada memberi makna yg mendalam kepada mrk.

        doa adalah senjata org mukmin lalu kita doakanlah mrk semoga terlindung dari segala fitnah, hasad dengki, syak wasangka dan semoga perjalanan hidup mrk berdua dilimpahi rahmat dan diberkati. terima kasih sekali lagi.

  3. Unfortunately, cmoli dh delete gambo berdua dr instagram. Nk sembunyi lg or ada sesuatu terjadi? Huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: