• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

“Tiada Lagi”

Bandar besar tempatnya orang
Ramai juga pedagang serta pendatang
Cuti sehari semuanya lengang
Bagai burung pulang ke sarang

Kampung halaman tempat dituju
Destinasi percutian juga begitu
Meninggalkan kota sementara waktu
Ketenangan dicari semoga bertemu

Banyak orang banyaklah ragam
Cara berbagai melepas geram
Penat dan letih sesak fikiran
Bercuti melancong legakan tekanan

Dunia moden beralih kini
Adat dan tradisi tidak diikuti
Andai disentuh agama jauh sekali
Kadang-kadang tu bagai lupa diri

Musim cuti orang buat kenduri
Open house majlis bersanding campur sekali
Konsep berbeza hilanglah identiti
Bahasa mudah kita lupa diri

Berbagai bangsa di dalam negara
India Cina Melayu yang utama
Setiap perayaan disambut bersama
1Malaysia slogan diberi nama

1Malaysia sudah hamba kenali
Sedari kecil sudah mengetahui
Kediaman dahulu Portugis Serani
Baba Nyonya antara penghuni

Jalan Melor bermula segala
Bibik terkenal dengan sambalnya
Aunty Pathma jerit tak terhingga
Bila kami bermain dijalan raya

Ada sepohon pokok di halaman
Tempat kami bergayut sakan
Aunty Pathma datang dengan rotan
Bimbang jatuh nanti patah kaki tangan

Kenangan silam mengusik jiwa
Aunty Pathma hilang adik tercinta
Panjat pokok punca segala
Pabila jatuh meragut nyawa

Bibik Chee bising kadang kala
Pohon belimbing kegemarannya
Bila berbuah bibik teruja
Sambei (sambal) udang hidangan istimewa

Indah sungguh cerita dahulu
Zaman anak-anak yang telah berlalu
Tiada computer ipad permainanku
Padang luas anak Cina India Melayu

Mr Rozario jiran kami
Orang Portugis besar dan tinggi
Good Morning good day tidak dilupai
Setiap kali dirinya melintasi

Mr Tan dan keluarga tak banyak cerita
Orang paling tua diantara rumah yang ada
Berbahasa Melayu kurang juga
Namun tetap datang berhari raya

Sekotak limau sudahlah pasti
Tahun Baru Cina mereka memberi
Pergi rumah ang pau Mr Tan beri
Kami riang dan suka hati

Tidaklah perlu untuk bercuti
Jalan Melor sudah melengkapi
Dari simpang depan hingga akhir sekali
Kami saling kenal mengenali

Sedih meninggalkan zaman kenangan
Keluarga yang ada bukan lagi kenalan
Hanya tinggal Bibik dalam keuzuran
Aunty Pathma sudah hilang penglihatan

Namun suara kami masih dikenali
Kenal siapa juga diriku ini
Juga adik-adik tidak dilupai
Enam nama disebut lancar sekali

Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat bermanja
Walaupun kini dijulang-julang
Indahnya tidak terasa

Terlalu hambar bila berkata
1Malaysia adalah untuk semua
Tapi lihatlah dimana kita
Adat dan budaya hilang entah ke mana

Hilang sudah identiti diri
Terpekik terlolong 1Malaysia kini
Hanya suara dapat didengari
Pengertian tiada sekadar sensasi

Good luck All the best kepada semua
Akhir kata dari sang pencerita
Selamat Menyambut Hari 1Malaysia
Semoga kita kekal sentosa

Dari sudut sekeping hati
Yang pernah sendiri merasai
Akan tiada indahnya memori
Jalan Melor kekal disanubari

Owned and written by : Sanaa 14/09/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: