• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Gambaran Rasa

Petang hari duduk menyendiri
Meniti perjalanan sepanjang hari
Penat dah letih di hari ini
Lengguh kaki urut sendiri…hehehe

Duduk-duduk terus terbayang
Wajah ceria adik abang
Sedang duduk sembang-sembang
Apalah cerita yang digebang

Manis sungguh adinda berdua
Senyum manja nampak mesra
Lalu hamba datang bertanya
Bolehkah sama-sama bercerita

Tangan dihulur salam diterima
Duduklah hamba dengan mereka
Bertanya kabar sihat adanya
Alhamdulillah syukur jawab berdua

Maafkan hamba adinda berdua
Ada hajat yang hamba bawa
Ingin bertanya sudi kiranya
Membuka sedikit rahsia di dada

Rahsia apa wahai sang pencerita
Teruna terus saja berkata
Eh eh eh sudah gerahu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula

Ehem hem…anak muda memasang pukat
Pukat dipasang di hujung muara
Hati berdua sudah diikat
Bila nak bagi tahu kami semua

Pak Leman memasang jerat
Jerat dipasang belum mengena
Hati siapa yang telah diikat
Kasihan sungguh tentu sakit adanya

Jerat dipasang belum mengena
Pak Leman duduk gundah gulana
Bijak sungguh bermain kata
Main mata pula dengan si Dara

Kembang melor harum setaman
Dipetik setangkai si dara sunti
Silalah tuan hamba kemuka pertanyaan
Agar terlerai gundah di hati

Makan sireh di dalam dulang
Dulang dibuat dari tembaga
Kisah hati adik dan abang
Hendak diketahui oleh semua

Ohh besar kiranya hajat dibawa
Silalah bawa air sebelanga
Izinkan hamba menilik mereka
Manalah tahu dapat jawabnya

Sang pencerita urut dada
Dara pula geleng kepala
Teruna pura-pura bertanya
Kenapa dengan anda berdua

Wahai kekanda pengarang hati
Iya adinda permaisuri
Ini air yang diminta tadi
Teleklah…semoga jawapan dapat diberi

Senyum senggeh nampak gusi
Teruna suka sang pencerita sakit hati
Entah apa diserapah jampi
Tiba-tiba mengilai sendiri

Sang Pencerita sabar menanti
Bilalah agaknya hilai nak henti
Dara geram…dicubit pipi
Bagai suis terus tak berbunyi

Burung kedidi hinggap di dahan
Kicaunya nyaring merdu kedengaran
Dengarlah kini jawapan diberikan
Sebarlah nanti untuk pengetahuan

Pedagang datang dengan muatan
Muatan dijual di pekan sari
Andai hati ada keikhlasan
Semuanya dapat dilihat sendiri

Burung tempua bersarang rendah
Janganlah semua merasa gundah
Adik abang cerita tak sudah
Rasa yang ada kian bercambah

Bulan terang bintang bertaburan
Segala rasa tiada ungkapan
Bila hadirnya penuh keikhlasan
Jawapan ada dalam perbuatan

Wahai sang pencerita yang budiman
Sudah hamba berikan jawapan
Dari pertanyaan yang dikemukan
Semoga terlerai segala kesangsian

Mohon kami beredar dahulu
Kini sudah tibanya waktu
Jangan pula nanti sang pencerita speku
Ajal maut esok lusa belum kita tahu

Beredar pergi Teruna Dara
Hilanglah mereka sekelip mata
Terima kasih adinda berdua
Kerana sudi berkongsi rasa

Pesanan sedikit dari Teruna
Kami juga manusia biasa
Segala harapan yang dibina
Mengharap sempurna dari Allah jua

Melati mekar dipetik orang
Dibuat mandi puterinya raja
Sinar bulan terang benderang
Rahsia hati berseri muka

Itulah gambaran itulah tafsiran
Doa ikhlas hamba iringkan
Menanti juga dalam debaran
Semoga rasa jelas dipandangan

Kini sang pencerita mohon berhenti
Lain kali bercerita lagi
Gambaran rasa telah diberi
Semoga tafsiran menepati

Owned and written by : Sanaa 19/09/11

One Response

  1. ermm…..menarik…..pantun ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: