• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Pai Tee

Ketupat lemang hidangan istimewa
Rendang juga tidak dilupa
Kali ini marilah mencuba
Resipi baru sedap tak terkira

Susah cuma kali pertama
Dah biasa nak buat selalu pula
Memang enak dimakan sekeluarga
Pedas masin lemak semua ada

Kuih kegemaran nyonya dan baba
Tidak dijual di mana-mana
Mungkin ada yang tidak kenal juga
Kerana jarang orang membuatnya

Resipi dan gambar hamba beri
Acuan kenalah cari sendiri
Andai di KL boleh pergi
Bake with Yan dan Bagus di Melawati

Selamat mencuba resipi ini
Kulit boleh disimpan berhari-hari
Tin kedap udara jangan dilupai
Supaya tidak lemau nanti

Terima kasih daun keladi
Kepada tuan empunya resipi
Lain kali hamba minta lagi
Untuk dikongsi bersama rakan di sini

Owned and written by : Sanaa 21/09/11

Bahan – Bahan :

7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.

Bahan Untuk Inti :

Carrot – dihiris nipis atau diricik
Sengkuang – dihiris nipis atau diricik
Timun – di buang empulur, dihiris atau diricik.
Bawang besar – di hiris dadu kecil.
Bawang putih – dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Udang kering – direndam dan ditumbuk
Garam

Bahan Tabur:

Kacang tanah – di goreng, di tumbuk kasar
Bawang goreng

Cara membuat Kulit Pai Tee:

1. Campurkan kesemua tepung dan telur – gaul rata2.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.

3. Masukkan garam secukup rasa.

4. Panaskan minyak – cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.

5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).

6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is – apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.

7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan – angkat dan tus.

Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering – kuar sehingga agak kering. Padamkan api.

2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.

3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.

4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka – dan campur gula secukup rasa).

Selamat mencuba!!!

p/s IMPORTANT TIPS:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.

2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan ‘mendapan’ tepung.

3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.

4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

Compiled by : Sanaa 21/09/11

Kulit Pai Tee yang telah siap digoreng

Pai Tee yang telah diisi siap untuk dihidangkan

4 Responses

  1. salam San..

    San ini gambar cup yg bikin sendiri ke… atau gambar hiasan.. teman ni beli acuan 3..4 thn lalu lg.. tp resepi dh entah di mn.. smpai skrg pun blm cuba2 lg.. elok jg teman dh sertakan dgn resepinye .. nnt blh jg mencuba nye ..

  2. Salam Cik Sanaa. Terima Kasih berkongsi resipi PaiTee. Nak mencuba la resipi bila ada masa terluang tapi kena la beli acuan nya ne. DiS’pura ready made Halal tempurung pai tee is easily available in bakery store or even supermarket tapi klau buat sendiri lagi berbaloi ya. Inti tu boleh kata vegetarian version la klau minus udang kering klau disini pula base nya mcm yg Cik Sanaa terakan dan juga kita added udang basah or mince meat to the bahan2 tumis masa menumis akhir skali add freshly grind of white or black pepper too yum! Sharing is caring!! Have a nice day my friend.

    • Wassalam Shelin

      you are most welcome. yes di sinipun mmg ada yg buat dgn udang basah or mince meat. seronoknya boleh tukar2kan mengikut keadaan. di sini mmg tak ada org jual sarung pai tee..susah nak dpt. saya selalu buat sendiri dan simpan untuk sehari dua cuma buatkan intinya saja bila perlu. selamat mencuba. u too have a nice day

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: