• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • September 2011
    M T W T F S S
    « Aug   Oct »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Archives

Dari Subang ke Bkt. Antarabangsa

Selamat pagi wahai teman
Harapnya sihat dalam keceriaan
Selamat menjalani tugas harian
Janganlah lupa untuk bersarapan

Awal pagi hamba di sini
Kerana ada kabar datang menghampiri
Rindu dendam cjolimoli
Hadir di dalam mimpi

Ceritanya bermula begini
Hujung minggu sibuk sekali
Open house majlis kenduri
Penat dan letih tidak terperi

Sedang berehat shhh shhh berbunyi
Ingatkan ular menggigil tadi
Rupanya datang Ucop dan Koachi
Dari mana tidaklah hamba ketahui

Apakah hamba tidak bermimpi
Di depan kini Ucop dan Koachi
Bagaimana kamu sampai kemari
Tidakkah tadi bersama cjolimoli

Apa kabar sang pencerita
Sihat sejahtera adanya
Kamu berdua pula bagaimana
Kami juga sihat dan ceria

Hendak kemana kamu berdua
Jauh sudah perjalanan adanya
Dari Subang ke Bkt Antarabangsa
Tentu letih tak terkira

Taklah jauh mana
DUKE ada lekas dan selesa
Laluan kami setiap masa
Cuma hari ini menyimpang pula

Hehehe sang pencerita ketawa
Lawaklah kamu berdua
Nanti tercari-cari pula Teruna Dara
Apakah nak hamba telefon mereka

Eh eh tak perlu
Silalah baca ini dahulu
Jangan pula sang pencerita terburu-buru
Kami tak lari…jangan pula adanya keliru

Ohhh day out for Ucop and Koachi
Ketawa sang pencerita geli hati
Tag tergantung yang berbunyi
Kalau sesat telefon cjolimoli

Duduklah rehatkan diri
Biar hamba siapkan sarapan pagi
Kami gembira mendapat rezeki
Baiklah kami menunggu di sini

Lalala hmm hmm riang benar mereka
Sang pencerita terhibur sama
Jemputlah makan apa yang ada
Boleh juga kita bercerita

Boleh saja jawab Ucop bersahaja
Hmm kalau sang pencerita usah ditanya
Sudah tahu apa dalam kepala
Tentunya kisah Teruna Dara

Ishh ishh ishh belum lagi hamba berbunyi
Syak wasangka sudah Koachi rasai
Heheheh Koachi pula ketawa kini
Sedaplah tembikai yang tuan hamba beri

Silalah makan jangan segan-segan
Kalau segan nanti kelaparan
Tak segan…cuma perlu ada adap dan sopan
Sambung Ucop dengan senyum kenakalan

Berebut mereka bergurau senda
Main cakar-cakar…siapa takut tak merasa
Janganlah…rayu Koachi manja
Tariklah…cabar Ucop pula

Sang pencerita asyik memerhati
Gurau senda Ucop dan Koachi
Kalau dibayang cjolimoli
Adakah mereka begini sehari-hari

Hai..senyum sorang nampak berseri
Jauh mengelamun lupakan kami
Apakah sedang membayang kini
Bahawa kami cjolimoli

Kekasih dirindu jauh di mata
Dekat terasa mengenang pula
Hmm telah lama bayangan berada
Hanya menunggu pengumuman mereka

Daun palas di buat ketupat
Walaupun jauh terasa dekat
Mereka sama-sama muafakat
Rahsia hati simpan ketat-ketat

Seruling senja sayu berbunyi
Rahsia hati sudah diketahui
Walaupun tiada pengumuman rasmi
Hati ini telah lama merasai

Sampan ditambat tepi titian
Resah hati dalam kerinduan
Restu keluarga termetri ikatan
Tanpa sedar sudah ada pengumuman

Daun selasih di hujung dahan
Harum semerbak bunga cempaka
Benih disemai subur setaman
Doa restu diiring sentiasa

Kain pelikat tenunan sutera
Dipakai oleh anak teruna
Asyik sungguh kita berbicara
Tak adakah clue yang mengena

Bijak sungguh bermain kata
Sang pencerita perangkap kami berdua
Ketika bercerita mengatur bicara
Agar terkeluar bukti nyata

Ucop dan Koachi ketawa lagi
Dah tak ada cerita…semuanya nyata kini
Ipad dimain sehari-hari
Tertera sudah rahsia hati

Kami pasti sang pencerita ketahui
Setiap wajah bercerita sendiri
Namun ramai tidak merasa pasti
Kerana hati gagal diyakini

Seeing is believing…ternyata sudah
Adakalanya dirasa parah
Sang pencerita janganlah gundah
Tiada yang parah semuanya indah

Usahlah bimbang usahlah ragu
Kami tahu sang pencerita tak speku
Yakin dan percaya sejak dahulu
Tidak berubah walau gosip datang bertalu

Rahsia hati milik peribadi
Hamba sekadar memerhati
Gerak geri berbicara sendiri
Lalu diteliti menjadi bukti

Itulah yang sebaik-baiknya
Kami inipun dah terlalu lama
Nanti bimbang pula Teruna Dara
Izinkanlah kami mengundur diri adanya

Terima kasih sang pencerita
Semoga kita bertemu di lain masa
Jangan ragu dan bimbang adanya
Segala rasa benar belaka

Sama-sama kasih wahai Ucop dan Koachi
Jalan pulang berhati-hati
Lain kali singgahlah lagi
Boleh kita bercerita cerinti

Panjang pula kisah yang ada
Semoga tafsiran dapat dirasa
Dari Ucop dan Koachi yang bercerita
Buka hati untuk melihat segala

Dari pagi hinggalah senja
Hamba mencungkil segala idea
Andai ada yang tidak kena
Mohon maaf kita bersama

Owned and written by : Sanaa 27/09/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: