• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Bila KitaTidak Menjadi Kita

Terlalu banyak hendak dicerita, terlalu banyak topic yang ada namun waktu bagai mencemburui segala. Penat, letih, tension dan bermacam lagi yang meniti hidup ini sehari-hari. Hujung minggu selepas hari raya open house disambung pula dengan majlis jemputan kahwin, aqiqah, akad nikah, doa selamat dan berbagai kenduri. Sebagai ahli masyarakat yang punya tanggungjawab jemputan mesti dipenuhi lebih-lebih lagi yang datang dari jiran sebelah rumah ataupun selorong. Sebagai anak pula mesti menunaikan tanggungjawab menghadiri majlis kenduri di rumah saudara-mara sebagai mewakilkan kedua orang tua yang tidak lagi dapat menghadirkan diri kerana keadaan kesihatan yang makin berkurangan.

Apabila menghadirkan diri di setiap majlis kenduri lebih-lebih lagi majlis kenduri kahwin ada pula saja cerita yang timbul. Dari persiapan keluarga hinggalah ke majlis jamuan makan. Adap dan sopan serta adat budaya tidak lagi digunakan dan dihormati. Ini adalah dari pengalaman sendiri ketika membantu dan menghadiri majlis yang diuruskan oleh pengantin bersama dua adik perempuan tanpa banyak campurtangan kedua ibubapa. Sehingga terdengar cerita apabila ditegur oleh kedua ibubapa dan juga kawan-kawan, bakal pengantin menjerit dan memberontak kerana katanya duit belanja dirinya yang keluarkan jadi suka hati dialah nak buat mengikut kehendak hatinya. Amatlah sedih dirasakan.

Kejadian tiga minggu lalu tidak lagi bermain diingatan. Namun apabila angin bertiup kencang dengan paparan hebat majlis pernikahan dan persandingan selebriti yang amat dikenali iaitu Norman Hakim dan Memey membuat saya terkenang kembali. Saya bukanlah mengikuti perkembangan Norman dan Memey, akan tetapi oleh kerana cerita mereka bertiup kencang adalah juga saya membelek lembaran akhbar dan ruangan gossip lalu membaca sambil lewa. Majlis yang dikatakan ‘Wedding of the Year” menjadi kutukan ramai termasuk dari Chef Wan, seorang selebriti masakan yang amat dikenali. Dari baju yang dipakai oleh Memey, dibawa kepada hidangan makanan, bercerita lagi tentang barang perhiasan diri sehinggalah aturcara majlis buat mempelai. Jujurnya saya tidak membaca keseluruhan curahan perasaan dilaman gossip cari dan tidak jugalah menilik koleksi gambar yang ada namun ia sudah cukup untuk saya merasakan bahawa segala apa yang ditulis dan diwar-warkan oleh media sebelum ini lebih sudu dari kuah.

Norman dan Memey diijabkabulkan pada 24hb Sept, 2011 di rumah keluarga Memey dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai. Bermula dari situ saya sudah mendengar bahawa segalanya “besar” tentang majlis mereka dari barang hantaran hinggalah kepada jumlah para jemputan. Sebelum itu, kisah peribadi mereka besar juga rasanya. Terbaru adalah majlis persandingan yang diwar-warkan menelan belanja sebanyak RM12 juta. Majlis yang ditaja sepenuhnya oleh Raflesia, sebuah jenama barang kemas yang dikenali. Kata-kata kutukan berkaitan dengan majlis tersebut tidak saja dari baju yang dipakai oleh Memey dan Norman tapi sehinggalah adap dan sopan majlis yang berlangsung.

Terbaru di ruangan gosip hari ini saya terbaca bahawa tiada doa selamat dibacakan serta kononnya lagu-lagu dendangan adalah lagu majlis perkahwinan di gereja. Tidaklah saya tahu apa jenis lagu perkahwinan gereja, begitu juga dengan komentar yang menulis mengenainya tapi tunggak utama majlis itu memang tidak melambangan majlis persandingan orang melayu. Walaupun sudah ramai sejak kebelakangan ini tema perkahwinan barat di ketengahkan oleh orang melayu tapi mungkin majlis mereka disertakan dengan bacaan doa oleh pak imam, jadi besar kemungkinan para tetamu menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka. Jolokan “clown of the year” telah mengiringi majlis persandingan yang termahal di abad ini.

Segala kejadian yang berlaku di majlis persandingan Norman dan Memey yang ditaja sepenuhnya oleh Raflesia itu sebenarnya berlaku juga di majlis persandingan yang saya hadiri beberapa minggu yang lalu. Yang membezakan majlis ini doa selamat ada dibacakan, masih ada jemputan yang memakai baju melayu dan yang perempuan masih mengenakan selendang walaupun tidak bertudung DAN yang paling utama tidaklah menelan belanja RM12juta. Dari awal pembuka kata, majlis diserikan oleh dua orang pengacara ini berjalan dalam bahasa inggeris. Tidak ada sepatah kata dituturkan dalam bahasa melayu walaupun ketika menjemput pak imam membaca doa. Pengantin diiring memasuki dewan untuk bersanding dengan lagu-lagu cinta inggeris, pakaian pengantin dan pengiring ala barat lebih kurang macam digayakan oleh Norman dan Memey cuma bukan ciptaan Vera Wang. Bunga lilitan di kepala melambangkan pari-pari yang mengiringi pengantin. Ketika majlis makan malam bermula persembahan nyanyian dari adik beradik pengantin perempuan semuanya lagu inggeris dan begitu juga dengan penyanyi undangan mereka.

Saya akui majlis persandingan dan makan malam meraikan pengantin sekarang ini melebihi adat yang pernah ada dahulu. Di zaman ini bagaikan menjadi satu perlumbaan untuk mengadakan majlis persandingan dan meraikan mempelai. Sudah tiada lagi kebaya songket berkerongsang emas, sanggul goyang menghiasi pengantin perempuan dan tanjak atau songkok, berbaju melayu keris di pinggang untuk pengantin lelaki. Tiada juga kompang dan bunga manggar menyambut ketibaan pengantin…kampung kata mereka. Menjadi lebih lucu selawat dibaca ketika pengantin berdiri di muka pintu tapi lagu Whitney Houstan dimainkan ketika berjalan masuk. Buat masa ini hanya ada satu perkataan yang bermain di fikiran saya yakni kita adalah masyarakat yang “confuse”. Adat budaya entah ke mana, identiti juga tiada lalu agama dilupa. Sememangnya adat yang adapun ikutan dari masyarakat hindu sejak dahulu seperti inai dan persandingan tapi tidaklah jadi macam sekarang sehingga menjadi perlumbaan.

Oleh kerana Norman dan Memey selebriti dikenali, majlis mereka mendapat liputan meluas dan berbagai jolokan diberikan. Ini lebih memalukan kerana majlis dihadiri oleh orang-orang yang dikenali dan bakal menjadi tatapan umum. Majalah pengantin dari barat juga amat meluas di negara ini lalu menjadi konsep kebanyakan wedding planner. Saya mengakui tidak tergolong dalam senarai bergah-gah semasa majlis persandingan. Saya masih menghargai majlis yang simple tapi cantik dan berseri. Wang ringgit yang dilaburkan belum menjamin majlis itu indah. Pelamin yang berharga ribuan ringgit juga belum menjanjikan majlis berjalan lancar. Pakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin juga tidak dapat menaik seri pengantin andainya dalam hati kedua mempelai bergelodak mencari penyelesaian untuk membayar segala kos perbelanjaan selepas ini.

Saya merasa pasti dan yakin, keindahan dan serinya majlis adalah dari keikhlasan keluarga pengantin menjemput saudara-mara dan sahabat handai untuk sama-sama meraikan mempelai diikuti doa yang diaminkan oleh tetamu yang hadir. Doa yang ada sedikit sebanyak mungkin dapat membantu perjalanan kasih suami isteri yang baru diijabkabulkan.

My father always says this…there is a difference between simple and cincai and money does not buy class.

Majlis yang sederhana dihadiri oleh saudara mara terdekat serta teman-teman rapat keluarga dan juga mempelai akan lebih berseri dan manis. Adakala majlis gah dengan bunga-bunga segar, lilin menghiasi suasana dan lampu dimalapkan untuk mendapat perasaan romantis dikalangan jemputan menjadi umpatan kerana bila nak makan tak nampak apa yang dihidangkan. Buah tangan dari riben yang berharga puluhan ringgit namun masuk ke tong sampah jua begitu juga dengan kad jemputan. Bila dah tak selesa di dalam majlis mulalah ada jemputan yang akan bersoseh di sana sini lalu menjadikan majlis jamuan medan bergosip selepas itu. Sekali lagi abah selalu berkata, jemput kenalan yang memang telah kenal pengantin dari kecil dan mereka pasti gembira melihat “anak-anak” mereka menempuh alam rumahtangga. Pasti juga ada nasihat-nasihat yang berguna bakal diberikan. Bila kita ikhlas menjemput tentu orang juga ikhlas untuk sama-sama memeriahkan majlis kita. Mereka tetap datang no matter rain or shine dan tiadalah meja yang kosong di dalam dewan. Mungkin kerana itu juga kesemua majlis yang pernah keluarga saya buat adalah “intimate”. Para jemputan mengenali di antara satu sama lain, tidak terlalu ramai dan dapat beramah mesra semasa majlis berlangsung.

Tidak layaknya saya untuk membandingkan majlis yang dibuat keluarga dengan perbelanjaan terperinci kepada majlis-majlis yang dibuat oleh orang sekarang lebih-lebih lagi selebriti yang punya tajaan dengan belanja yang besar serta di hotel-hotel mewah dengan berbagai konsep. Akan tetapi saya tetap bersyukur dan berpuas hati kerana sehingga kini orang menyebut sedapnya makanan yang dihidang, pengantin comel bersanggul goyang dan gemersik gamelan berkumandang. Bunga telor masih lagi menjadi buah tangan yang dipotong dan dibuat sendiri, bukan yang pasang siap. Ini juga adalah pesanan mak dan abah, apabila kita menjemput orang datang ke majlis perkara yang diutamakan adalah makanan. Mak begitu cerewet dan teliti dalam memilih caterer supaya makanan yang dihidang menyelerakan dan para jemputan berpuas hati. Bila bercakap tentang majlis lebih-lebih lagi majlis kenduri kahwin saya terus mengingati pesanan keluarga bahawa wang ringgit susah dicari dan kehidupan pengantin masih panjang lagi. Duit yang ada bukan untuk majlis sahaja tetapi hendak diguna untuk semua perkara. Andainya dari golongan yang berada mungkin lain pula cara mereka akan tetapi ia tetap tidak membezakan adat dan budaya.

Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan namun sebagai mengingati pesanan yang pernah ditinggalkan oleh saidatina aishah bahawa majlis perkahwinan yang paling sedikit belanjanya adalah majlis yang akan mendapat restu sebanyak-banyaknya tidak membezakan yang kaya dan miskin.

Pesan abah lagi di dalam bahasa minangkabau…”Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah atau lengkapnya “Adat basandi syarak, syarak basandi kitabuLLah, syarak mangato adat mamakai”.

1. Hukum adat berdasarkan hukum agama, hukum agama berdasarkan Alquran.
2. Segala perbuatan atau pekerjaan hendaknya selalu mengingat aturan adat dan agama, jangan hendaknya bertentangan antara satu dengan yang lainnya.

Owned and written by : Sanaa 30/09/11

One Response

  1. Sangat2 bersetuju…zaman kini ramai yang mengadakan majlis perkahwinan hanya untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk….agama, adat dan budaya melayu seolah sudah semakin tenggelam mengikut arus masa….rata-rata mengagungkan majlis perkahwinan ala barat…..memang menyedihkan dan memualkan bila melihat bangsa melayu kita mudah lupa dan leka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: