• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Putera atau Puteri

Salam mesra hamba hulurkan
Buat teman sahabat sekelian
Semoga sihat ceria berpanjangan
Hari minggu begitu aman

Duduk hamba mencari-cari
Cerita hendak ditulis hari ini
Sudah lama ilham tidak mendatangi
Amina Sophea besarlah kini

Mata bulat senyumnya ayu
Tahi lalat di hidung tanda baru
Gigi putih bersih selalu
Buah hati ayah dan ibu

Tidak lagi pelat dalam bicara
Bila ditanya jawab sahaja
Nakal dan manja menjadi pula
Bersama ayahanda tercinta

Bermain basikal Sophea bahagia
Ayah menemani sepanjang masa
Ibu melihat turut gembira
Permata hati riang sentiasa

Tok…cantik tak beg ni
Amboii cantiknya jawab Tok berseri
Siapa beli…Tok bertanya kini
Ibu beli…jawapan Sophea beri

Beg diselepang bahu kiri
Parah anak daraku ini
Rungut ibu menjadi-jadi
Orang sekarang…mak long menyampuk kini

Aleesya apa kurangnya
Klip rambut banyak tak terkira
Baju merah klip merah juga
Kita tak beli…Tok yang belanja

Sophea simpan apa dalam tu
Mak Long tanya bila Sophea lalu
Towel comb jawab Sophea malu-malu
Mak Long tersenyum Sophea berlalu

Duduk berkumpul terasa dekat
Keluarga Mak Jah memang muafakat
Sabar Mak Jah membawa berkat
Mak Jah riang hidup pun sihat

Ibu ibu…Amin datang berlari
Adik jatuh berdarah gusi
Tidak menangis Sophea kali ini
Ibu terkejut darah banyak sekali

Amshar berlari memberi bantuan
Membawa ais darah dilapkan
Kerana belajar tentang kecemasan
Ais membantu hentikan pendarahan

Ibu panic tak terkira
Nasib baik Amsyar dan Amin ada
Sophea menangis baru terasa
Bila melihat darah di bajunya

Sakit ibu kakak sakit…tangis Sophea
Tahan sikit ya…ibu memujuk manja
Dalam hati gelodak terasa
Sejak bila kakak jadi panggilannya

Tangis Sophea mendayu-dayu
Teresak-esak makin sayu
Sakit ibu kakak sakit…Sophea sebut begitu
Ibu memujuk kepala digaru

Nak ayah nak ayah…Sophea merayu
Kejap lagi ayah balik…pujuk ibu
Tangis Sophea bertambah sayu
Ibu mendengar hati tak tentu

Bibir yang luka terkena gigi
Kesan luka nampaklah kini
Nasib baik darah berhenti
Kalau tidak kena jahit lagi

Tangis Sophea mula reda
Pelukan ibu memujuk manja
Sophea strong sakit sikit saja
Lain kali jangan nakal adanya

Kakak nak susu…tiba-tiba Sophea meminta
Nak susu yang mana…ibu bertanya
Coklat campur vanilla jawab diterima
Banyaknya…ibu menggeletek Sophea ketawa

Berjalanlah mereka berdua
Menuju dapur adanya semua
Terperanjat Tok mendengar cerita
Kenapa tak cakap…marah bunyinya

Aduhai kesiannya cucu Tok
Marah basikal lalu diketuk
Sophea ketawa terhangguk-hangguk
Gelagat Tok bagaikan orang mabuk

Puh kiri puh kanan
Sembuhkan luka cucu kesayangan
Ketawa Sophea jauh kedengaran
Ayah tersenyum melihatkan

Luka yang ada sakit terasa
Minum susu perlahan sahaja
Dipangku ayah Sophea bermanja
Mengusap kepala hampir terlena

Dah habis Sophea berkata
Sakit lagi tak? ayah bertanya
Tadi sakit kakak nangis lama
Ayah tak ada pergi mana

Ehem hemm kakak tu siapa
Ayah memandang Sophea senggeh pula
Ni lah kakak…Sophea menepuk dada
Tu kakak juga…kakak Aleesya Sophea bercerita

Sayang abang…sejak bila ia bermula
Nur pun tak tahu…tiba-tiba saja
Betul nie…tiada apa-apa rahsia
Tanya Adam penuh prasangka

Rahsia apa? Nur bertanya
Jangan abang nak curiga pula
Sekadar bertanya…bukannya curiga
Sayang abang tu memang suka berahsia

Kalau ada janganlah sembunyi
Sampuk Mak Jah bagai mengetahui
Tak adalah mak…tawa kecil mengiringi
Tangan Adam di perut Nur kini

Haihh abang ni…

Senggeh Adam mengiringi
Mengusik isteri disayangi
Kasihanilah diriku ini
Janganlah berahsia wahai isteri

Tiada apa yang Nur sembunyi
Menahan tawa hati yang geli
Senyum Nur sudah abang ketahui
Cepat cakap…kalau tak abang cubit nanti

Nak cakap apa…tawa Nur terdengar kini
Nur mengundur Adam mengekori
Cepatlah sayang…Adam meraih simpati
Muka diherot kanan dan kiri

Cepat Adam kami semua menanti
Usik Aliya tak sabar di hati
Bagilah tahu Nur…boleh mak buat kenduri
Perkara elok jangan disembunyi

Tu bang…Adam menoleh

Tanpa menunggu Nur berlari
Sepantas kilat Adam mengekori
Tak ada…Nur memberi pasti
Jangan nak tipu…Adam meragui

Sophea memandang ayah dan ibu
Bergurau bermesra seperti selalu
Senyum Sophea menawan kalbu
Memandang ayah Sophea tersipu

Adam memandang anak dan isteri
Sudah pasti ada yang disembunyi
Panggilan kakak bagaikan misteri
Terpacul saja di hari ini

Ayah sakit…bibir Sophea berdarah kembali
Sepantas kilat Adam merapati
Melayan kerenah sang puteri
Dek sakit yang dialami

Sudah tiba di malam hari
Adam masih mencari pasti
Senyum isteri sejak tadi
Kini timbul sakit di hati

Abang marah….

Jelingan manja mengekori
Senyum isteri menjadi-jadi
Ada juga abang gigit nanti
Kata Adam geram di hati

Hahaha Nur ketawa kuat sekali
Mulut ditekap menahan bunyi
Oleh kerana sudah malam hari
Tidak boleh nanti syaitan mengekori

Sophea lena dipangkuan
Ciuman kasih Adam berikan
Puteri yang satu lena diperaduan
Tangan ayah erat digenggaman

Hubungan kasih begitu erat
Nur bahagia mensyukuri nikmat
Pantun ini tiada penamat
Dek idea yang sudah tersekat

Marilah kita fikir sama-sama
Kisah Adam dan Nur selanjutnya
Betulkah Nur berbadan dua
Puteri atau putera yang dibawa

Owned and written by : Sanaa 02/10/11

2 Responses

  1. lahhh tak de kesudahan jgk ke..?? bl lh agknye nk ade adik ni.. kn tunggu lg lahh nmpk nye..

    • salam Dee

      terima kasih sudi kemari..itulah kesudahan belum ada lagi..mungkin itu saja seorang puteri bersama dua anakanda teruna yang dikasihi

      take care my dear friend Dee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: