• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Berita Di sana-sini

Dear friends and readers,

Dalam membaca akhbar sehari-hari ada kemungkinan beberapa tajuk akhbar kita anggap sepi dan isi kandung yang mungkin tidak kena mengena dengan diri. Hampir sejam yang lalu saya meneliti tajuk-tajuk akhbar secara online dan terjumpa satu dua tajuk yang membuat saya terfikir keadaan semasa yang kita lalui. Tiada kepentingan di sini cuma sekadar berkongsi dan mana tahu di antara empat tajuk yang saya letakkan di sini dapat memberi kita sedikit sebanyak cetusan idea lalu membuat kita berfikir.

Sementelaah blog kini berkisar kepada dunia hiburan, tiga dari artikel yang ada membawa kepada cerita semasa yang di utarakan oleh bekas perdana menteri Tun Mahathir dan jawapan balas dari pihak terbabit. Satu artikel adalah petikan dari reuters mengenai filem-filem yang menerajui tangga teratas di Hollywood. Bezanya di sini lebih kepada genre filem yang mereka ketengahkan dan hasil kreativiti penulis dan pengarah. Apabila membaca artikel ini membawa saya berfikir kepada dua artikel dari filem tempatan. Cubalah membaca dan mana tahu ada pendapat yang boleh kita kongsi bersama.

Happy reading all…enjoy your day. Thank you

Love

Sanaa 03/10/11

*****

Tun Mahathir pun tak suka banyak sangat filem hantu – menggalakkan kepercayaan karut- Apa kata menteri
berkenaan ?

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir , dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

****

Akta ganti ISA mesti disekat — Subky Latif

3 OKT — Memansuhkah ISA adalah tindakan yang betul dan ia mesti dialu-alukan, tetapi ganti ISA yang dicadangkan oleh kerajaan tidaklah dialu-alukan dan tidak perlu menunggu-nunggu bentuk dan rupanya.

Jika Tunku Abdul Rahman Putra selepas bersara dari Perdana Menteri menyesal ISA diadakan kerana ia telah disalah gunakan, sedang ISA itu digubal semasa pentadbirannya.

Sekali pun ISA yang Tunku buat adalah ditujukan untuk komunis tetapi ia telah digunakan sama untuk yang lain dari komunis.

Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas semasa menjadi Anggota Parlimen menyebut betapa penahanan empat orang Anggota Parlimen semasa dia menjadi Anggota Dewan Rakyat ditahan secara menyalahgunakan ISA. Empat orang yang disebutkan dalam ucapannya di Parlimen ditahan di zaman empat Perdana Menteri yang berlainan.

Keempat-empat MP mangsa ISA itu ialah Nik Arshad Abdullah (PAS-Pengkalan Chepa) ditahan di zaman Tunku Abdul Rahman, Datuk Seri Anwar Ibrahim (BN-Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri) ditahan oleh Tun Razak, Tan Sri Abdullah sendiri (BN-Kok Lanas) oleh Tun Hussein Onn dan Lim Kit Siang di bawah Dr Mahathir.

Ertinya setiap Perdana Menteri sejak Tunku hingga kepada Dr Mahathir telah menyalahgunakan ISA. Tiada sebarang jawapan diberi kepada kenyataan Tan Sri dari BN itu baik oleh menteri mahupun polis.

Maka ganti ISA selagi ada tahanan tanpa bicara selain dari ia adalah jelmaan ISA, tetapi satu undang-undang zalim atau drakunin. Ia tertakluk kepada salah guna. Maka akta ganti itu mesti ditentang.

Jika polis sedia memberi permit tunjuk perasaan aman kerana akta polis pun dikatakan hendak dipinda, maka Datuk Ambiga yang mengepalai Bersih 2.0 boleh memikirkan mengadakannya lagi.

Sekalipun MP Pakatan Rakyat telah berkurangan, maka sekalian MP yang tinggal jangan menguzurkan diri, datang membahas dan menentang rang itu nanti.

Pakatan Rakyat mesti bertegas dengan janjinya iaitu ISA akan dimansuhkan jika ia berjaya mengambil kuasa Putrajaya. Sekarang Perdana Menteri Najib menjanjikan ia akan dimansuhkan. Yang ditunggu ialah bila ia hendak dimansuhkan dan bukan dua ganti yang dijanjikannya.

Akta ganti itu dipercayai dibentang sebelum Parlimen dibubarkan dan ia hendak digubal menjelang PRU 13.

Buat masa ini semua sudah setuju ISA itu jahat dan tidak boleh dipakai lagi. Jika ia boleh dipakai tentu Perdana Menteri tidak mencadangkan ia akan dimansuhkan. Ini bererti kerajaan juga telah mengaku bahawa ia mesti dimansuhkan.

Kalau akta itu ada baiknya Najib tidak wajar berjanji untuk memansuhkannya. Bukankah logiknya dipinda saja mana yang dirasa tidak baik. Kalau Najib mengira tahanan untuk disiasat tak perlu sampai 60 hari, pinda saja jadi seminggu atau 20 hari.

Kalau tahan di Kamunting terlalu lama bagi dua tahun. Pendekkan saja kepada setahun.

Oleh kerana ISA itu adalah zalim walau pun tahan tanpa bicara sekadar beberapa hari, maka Najib sendiri mengaku akan sialnya, maka ia terpaksa dimansuhkan.

Kalau ia tidak dimansuhkan Pakatan Rakyat akan memansuhkannya dalam masa 100 hari atau kurang dari masa itu sebaik ia mengambil alih Putrajaya.

Dengan janji Buku Jingga Pakatan Rakyat itu, Gerakan yang sudah kalah itu tidak akan dapat menebus kekalahannya, manakala MCA pula lebih baik dimansuhkan saja kerana ia tidak mungkin dapat mempertahankan kerusi yang ada.

MCA tidak akan dapat membantu BN lagi. Dengan memansuhkan ISA, harapan MCA dalam PRU 13 nanti ibarat harap ada percaya tidak.

Jika akta ganti itu dapat diadakan sebelum PRU 13, dengan majority kecil BN sekarang, akta itu akan dilihat sebagai ganti sementara.

Pakatan Rakyat mesti menolak rang itu nanti dan menegaskan jika ia diluluskan, ia tetap akan dimansuh pula sebaik saja BN tidak dapat membentuk kerajaan.

Jika benar ISA hendak dimansuhkan oleh Najib, ia akan dimansuhkan pada hari rang ganti itu akan dibentangkan. Kalau lulus juga, ia akan dimansuhkan pula oleh kerajaan Pakatan lepas PRU 13.

Dalam masa kurang dari enam bulan akan datang kita boleh melihat dua akta mansuh. Mula-mula BN mansuhkan ISA. Lepas itu kerajaan PR pula mansuhkan bakal akta yang Najib cadangkan. — harakahdaily.net

Credit to : The Malaysian Insider

*****

Majikan Berhati Mulia

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

JIKA melihat secara luaran, tiada siapa akan menyangka mereka mempunyai sejarah hitam kerana pernah melakukan jenayah sehingga meringkuk dalam penjara.

Dua lelaki ini kelihatan begitu bersahaja. Namun dengan memikul status sebagai bekas banduan sehingga ke akhir hayat ternyata bukan sesuatu yang mudah.

Chan, 50, dan Wong, 42, (kedua-duanya bukan nama sebenar) merupakan bekas penghuni Rumah Perantaraan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kedua-duanya adalah anak kelahiran Taiping, Perak tetapi tidak mempunyai pertalian saudara atau terlibat dalam kes jenayah yang sama kerana hanya dipertemukan di Rumah Perantaraan selepas masing-masing tamat tempoh hukuman penjara.

Chan berkata, dia dihukum penjara kerana terlibat dalam satu kes samun dua tahun lalu dan ketika itu bekerja sebagai buruh binaan.

“Saya begitu tertekan apabila hari untuk dibebaskan semakin hampir. Saya runsing kerana tidak mempunyai keluarga lagi dan sudah berpisah dengan isteri.

“Bukannya tidak ada pengalaman bekerja (sebelum dipenjarakan) tetapi saya sudah tua. Susah untuk dapat kerja, lebih-lebih lagi saya adalah bekas banduan,” katanya.

Menurut Chan, dia mempunyai kepakaran dalam kerja pertukangan kayu kerana telah dilatih untuk membuat perabot sewaktu dalam tahanan di penjara.

“Kisah lalu (perbuatan jenayah) bukan bermakna saya tidak berguna. Saya mampu membuat kerja-kerja di mana orang lain sendiri tidak tahu melakukannya,” katanya.

Bukan status

Sementara itu, Wong pula berkata, pengalaman dua kali meringkuk dalam penjara membuatkannya serik dan insaf dengan jenayah lampau yang dilakukannya.

Dia pertama kali dipenjarakan pada 2002 apabila disabitkan kesalahan memiliki senjata api manakala kesalahan kedua pada 2010 kerana mencuri.

“Saya masih mempunyai keluarga tetapi sudah terputus hubungan. Dan saya tidak mahu mereka tahu yang saya pernah dipenjarakan,” katanya.

Menurut Wong, pengalaman yang diperoleh sewaktu berada di penjara dalam proses pemulihan banduan memberikannya kemahiran dalam pelbagai bidang.

“Saya diberikan kemahiran untuk membuat kraftangan dan melukis. Ia ibarat persediaan kepada saya untuk melakukan kerja di luar penjara.

“Seperti yang saya sedang lakukan ini,” katanya yang ketika itu sedang mengetam kayu menggunakan mesin untuk dijadikan kerangka pintu rumah.

Chan dan Wong berasa amat bertuah kerana mempunyai majikan yang sudi mengambil mereka untuk bekerja tanpa memikirkan status sebagai bekas banduan.

Peluang kedua

Majikan kepada Chan dan Wong iaitu Chew Kai Liap, 63, mengusahakan perniagaan bersama keluarga membabitkan kelengkapan binaan rumah sejak 10 tahun lalu.

Chew berkata, dia dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarganya mengenai Program Rumah Perantaraan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara.

“Difahamkan, program tersebut sedang mencari majikan-majikan yang sudi memberi kerjasama dengan menawarkan pekerjaan kepada bekas banduan.

“Ia merupakan situasi menang-menang kerana Jabatan Penjara membantu mencari pekerjaan untuk bekas banduan manakala saya pula mendapat pekerja.

“Ini terutama dalam keadaan sekarang yang begitu sukar untuk mendapatkan pekerja di kalangan rakyat tempatan dan hanya bergantung pada pekerja asing,” katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat kebimbangannya sewaktu memutuskan untuk mengambil bekas banduan untuk bekerja di syarikatnya, Chew hanya tersenyum.

“Program Rumah Perantaraan sebenarnya memberi keyakinan kepada saya untuk menggaji mereka meskipun diketahui kedua-duanya pernah melakukan jenayah.

“Saya harus berfikiran positif. Jika saya tidak beri peluang (kerja), kesannya pasti lebih buruk yang memungkinkan mereka kembali melakukan jenayah.

“Mereka (bekas banduan) juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan kadang-kala melakukan kesalahan maka wajar diberi peluang kedua sekiranya benar-benar insaf dan mahu berubah untuk tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Credit to : mstar online

****

Pengarah: Jangan hukum filem genre seram, hantu
October 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Penggiat dan pengarah filem hantu dan seram menafikan karya mereka menjadi punca kepada suburnya amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton atau merosakkan akidah mereka, selain percaya ia mempunyai banyak nilai positif seperti kekeluargaan dan agama.

Ada antara mereka berpendapat filem sedemikian lebih bercorak hiburan, mendapat permintaan tinggi dan diselitkan dengan unsur komedi, bukan untuk meracuni minda masyarakat.

Pengarah yang banyak menghasilkan filem seram, Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dilapor mempertikaikan cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem itu kerana ia disifatkan sebagai tidak adil, sekali gus berniat untuk membunuh kerjaya mereka.

Sebaliknya beliau meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menemui pemain-pemain utama industri filem bagi membincangkan pengisian yang sepatutnya, sekali gus mengawal lambakan filem genre sebegitu.

“Jangan menghukum filem genre seram atau menjadikannya alat untuk kepentingan politik,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Laporan media semalam memetik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

Majlis Fatwa Kebangsaan pula mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham yang baru-baru ini menjadi fokus kontroversi filem Hantu Bonceng juga berkata dalam filem seram perkara yang perlu diberi perhatian oleh pembikin filem ialah isi kandungan filem itu sendiri.

“Dengan lambakan filem seram sejak kebelakangan ini, satu perkara yang dapat membezakan setiap filem seram itu adalah isu kandungannya.

“Isi kandung filem hantu perlu dikaji semula supaya pemikiran penonton tidak terus dibelenggu dengan kepercayaan karut,” katanya.

Malah katanya, “sebelum ini pun saya pernah menghasilkan filem seram yang tidak bergantung kepada jampi serapah atau bomoh sebagai penyelesaian.”

Misalnya, kata beliau, filem Damping Malam menggunakan pendekatan saintifik seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir apabila “pelakon filem mendapatkan pakar khidmat terapi untuk menyelesaikan masalah mereka.”

Turut bersetuju dengan Ahmad Idham ialah pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang, Mamat Khalid yang memberitahu bahawa tidak semua cerita seram menyuburkan kepercayaan kolot di kalangan penontonnya.

“Kalau filem seram melambak di pasaran dan kebanyakan mesej di dalamnya positif, saya tidak anggap ia salah.

“Lainlah jika filem itu dalamnya yang boleh merosakkan akidah, memang patut disekat,” kata beliau.

Pengarah urusan Cube Film Sdn Bhd dan juga pengarah yang banyak menghasilkan drama seram, Michael Ang berkata, kebanyakan judul seram dihasilkannya memberi pengajaran kepada penonton.

“Saya terbitkan filem seram bukan sekar untuk menakutkan penonton, tetapi sebagai memberikan hiburan kepada mereka.

Setengah penonton mendakwa perasaan takut sewaktu menonton filem hantu memberikan keseronokan buat mereka,” katanya yang pernah menghasilkan filem Hantu Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Dendam Sundel Bolong.

Lagipun katanya, kebanyakan “filem seram kami dibuat dalam bentuk komedi dan juga bukanlah daripada cerita hantu yang asal.”

Credit to : The Malaysian Insider 3/10/11

*****

‘Dolphin Tale’ jumps to top of movie box office
October 03, 2011

LOS ANGELES, Oct 3 — Simba the lion may rule the jungle, but he couldn’t beat a plucky dolphin at the weekend box office.

Family film “Dolphin Tale” made a surprising leap to first place with a projected US$14.2 million (RM45.49 million) in domestic ticket sales over three days, studio estimates released yesterday showed.

The movie about an injured dolphin rehabilitated with a prosthetic tail, which finished third last week, knocked “The Lion King 3D” from the box office throne it held the past two weekends. “Lion King” dropped to third with US$11.1 million.

In between the animal-themed family films was “Moneyball,” a baseball drama starring Brad Pitt as a general manager who fields a small-budget team of unlikely contenders. The film finished in second place with US$12.5 million at North American (US and Canadian) theatres.

All three holdover films outranked four newcomers, showing the appeal in recent weeks of feel-good movies over heavier-themed films.

The fall movie season, typically a time for more serious films, has “seen a shift to the more upbeat and even inspirational films and family fare,” said Paul Dergarabedian, who heads up Hollywood.com Box Office.

“Dolphin Tale” has gained on strong word-of-mouth buzz after rave reviews from critics and moviegoers, said Andrew Kosove, co-CEO of Alcon Entertainment, the studio that produced the film. The movie is one of just a few this year to earn an A+ rating from audiences polled by survey firm CinemaScore.

“The Lion King” also has drawn filmgoers with a triumphant story despite being a 17-year-old film. The Walt Disney Co animated classic has rung up US$79.7 million domestically and US$19 million in international markets since it returned to theaters last month.

Combined, “Lion King” has grossed US$98.7 million during its new run.

NEW RELEASES FALL BEHIND

Of four new releases this weekend, comedy “50/50” had the best showing in fourth place but still fell short of studio hopes with US$8.9 million. The film is a buddy comedy starring Joseph Gordon-Leavitt as a young man with cancer and Seth Rogen as his well-meaning friend. Despite the heavy topic, the movie earned an A- rating from CinemaScore. The film cost about US$8 million to produce.

While the cancer theme posed a “challenge”, the film’s makers hope audiences in the coming weeks will focus on the relationship between the friends and how the illness is “handled with humour,” said Richie Fay, president of domestic distribution for Summit Entertainment, which released the film.

In fifth place was drama “Courageous”, a Christian-themed film about four police officers coping with a tragedy. The movie generated US$8.8 million, beating studio forecasts of US$6 million and more than earning back its production cost of US$2 million. It also won an A+ from CinemaScore.

“Dream House,” a new horror film, disappointed with US$8.3 million to manage only sixth place for its A-list cast. It stars Naomi Watts, Rachel Weisz and James Bond actor Daniel Craig. Critics bashed the movie with only 5 per cent surveyed by website Rotten Tomatoes giving a positive review.

Morgan Creek, the studio that produced the film, noted the movie earned a B from audiences polled by CinemaScore.

The weekend’s other new film, adult romantic comedy “What’s Your Number?”, floundered in eighth place with US$5.6 million. In the movie, star Anna Faris revisits past relationships to see if any of her ex-boyfriends look more appealing.

Chris Aronson, senior vice president for domestic distribution at 20th Century Fox, said filmgoers gave the movie a B at CinemaScore and the film attracted a majority female crowd, the target audience.

“Dolphin Tale” was released by Warner Bros, a unit of Time Warner Inc. Privately held Summit Entertainment distributed “50/50.”

“Courageous” and “Moneyball” were released by units of Sony Corp. News Corp’s 20th Century Fox distributed “What’s Your Number?”, and “Dream House” was released by Universal Pictures, a unit of Comcast Corp. — Reuters

Credit to : The Malaysian Insider

Compiled by : Sanaa 03/10/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: