• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Di sebalik Pemberian

Kepada semua sahabat teman di sini
Hamba hulurkan salam ucapan selamat pagi
Apakah sudah bersarapan hari ini
Harapnya sudah menjamah rezeki

Hujung minggu kembali lagi
Teringat hamba jemputan kenduri
Ada bantuan perlu diberi
Untuk menyiap hantaran lelaki

Dulang hantaran sudah tersedia
Barang juga ada semua
Melihat segala hamba tertanya-tanya
Orang sekarang moden belaka

Ipad iphone ray-ban antara yang ada
Remote control PS tidak dilupa
Tiada sudah baju sejadah pembuka kata
Bermulanya hidup berdua

Tiada lagi rempah ratus kehidupan
Semuanya alat yang melalaikan
Itulah komen yang kedengaran
Dari mata membuat andaian

Orang dahulu hantaran diguna
Untuk bermula hidup berdua
Sejadah telekung baju dan tuala
Lengkaplah sepersalinan adanya

Sudah lapuk ketinggalan zaman
Barang begitu tidak bersesuaian
Alat moden ganti yang ada
Gaduh sedikit bercerai saja

Hamba duduk mencari erti
Setiap perkara yang dilalui
Hidup berkat suami isteri
Bermula dari perjalanan direstui

Zaman sekarang tidak dipeduli
Cantik dan gah tidak berseni
Gaduh sedikit tiada komunikasi
TV Ipad Iphone jadi pengganti

Bila membisu seribu kata
Manalah ada mesra dan manja
Tidak sefahaman kata mereka
Bercerai saja jalan yang ada

Sedikit alasan disebalik pemberian
Bicara dengan adap dan sopan
Dalam pemberian ada pengertian
Telah dilupa dek lapuknya zaman

Sepersalinan telah dilupai
Diganti alat canggih terkini
Mental fizikal tidak selari
Tercuit sedikit..I tak fahamlah dengan you ni

Hamba tersenyum mendengar keluhan
Ibu saudara pengantin perempuan
Anak sekarang tak disebat rotan
Sebab itu akal bagai keldai tunggangan

Sudahlah keras dan kaku
Barang diletak satu persatu
Tiada seni dan berliku
Masalah datang perceraian yang dituju

Siapa nama…makcik tu bertanya
Maaf ya kerana mengomel tak diam adanya
Sudah ditegur tak mendengar kata
Maknya pun sama mengikut sahaja

Orang dahulu hidup berseni
Penuh dengan budi pekerti
Setiap pemberian ada makna tersembunyi
Bermula perjalanan suami isteri

Rempah ratus ada diselitkan
Sebagai tanda ingatan
Bahawa hidup penuh dugaan
Garam gula asam sebagai andaian

Bunga cengkih bunga lawang buah pelaga
Kulit kayu manis lada hitam juga
Perencah sup enak terasa
Lengkaplah hidangan untuk suami tercinta

Tiada adabi tiada siti juga maggi
Giling dan tumbuk lenguh tangan si isteri
Suami makan senyum berseri-seri
Terima kasih sayang ucapan diberi

Andai ada silap dan salah
Mesti seorang duduk mengalah
Bukan menurut kata atau perintah
Supaya tiang rumah tidak musnah

Sudah tenang air di kali
Barulah topik dibuka kembali
Masa itu dapat mengenal pasti
Salah dan silap sama-sama memaafi

Begitu dalam panduan diberi
Hamba tersenyum dalam hati
Orang sekarang moden…semua tu dah basi
Terdetik jua bercakap sendiri

Tiada yang basi dalam kehidupan
Dugaan cabaran telah Allah janjikan
Demi mengukuh iman dan ketaatan
Bahagia hadir dengan kesempurnaan

Andai basi dalam kehidupan
Kenapa perceraian dalam peningkatan
Di kata dahulu tidak berpelajaran
Sekarang pula tiada adab sopan

Semuanya ada asas pertimbangan
Penyelesaian masalah cara berlainan
Oleh kerana singkat pengetahuan
Agama didikan tidak digunakan

Terdiam hamba dengan kata-kata
Usianya telah merangkak senja
Namun bahagia hingga ke tua
Bersama suami yang tercinta

Ternampak hamba mereka berdua
Duduk bercerita dengan adiknya
Terdengar pula sang suami berkata
Sejadah telekung hiasan agama

Mungkin hina barangan lama
Tapi indah hingga akhirnya
Bukan nak berdebat adat budaya
Cuma pengertian yang penuh makna

Hamba kini duduk menyendiri
Melayar perbualan sebentar tadi
Andainya dikupas terperinci
Sahihlah rahsia yang tersembunyi

Tiada dulu tiada sekarang
Dulu hilang sekarang lintang pukang
Tiada makna bila segala hilang
Kesal dan sedih janganlah dibilang

Hamba berada dipersimpangan
Menurut kehendak aturan zaman
Tugas diberi telah diselesaikan
Semoga pengantin hidup dalam keberkatan

Bicara pagi berhenti di sini
Salah dan silap mohon dimaafi
Ambilah pengajaran andainya sudi
Dari kacamata makcik yang hamba temui

Owned and written by : Sanaa 07/10/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: