• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Kukuh

Selamat pagi kepada semua di sini
Cerita ini sebenarnya telah basi
Namun hamba ingin berkongsi
Harapnya Zubir mengerti segala isi hati

Tiada cerita di buat cerita
Nasihat diberi tidak diminta
Terima kasih bagi pihak mereka
Kerana Zubir amat peka

Zubir kata cepat-cepatlah nikah
Kerana dikata tidak boleh berpisah
Nampaknya Zubir yang makin resah
Dalam hati penuh gundah

Setiap tulisan hamba teliti
Adalah juga pujian diberi
Bila diselit kata keji
Zubir dianggap penuh dengki

Dalam hati berkocak rindu
Satu benar sepuluh speku
Itulah yang hamba tahu
Tulisan Zubir sejak dahulu

Namun ada juga kata orang
Cakap siang pandang-pandang
Teruna Dara berkasih sayang
Menjadi intaian malam dan siang

Cakap malam telinga dipasang
Teruna Dara rasa tak tenang
Segala dibuat mata memandang
Tafsiran datang tidak diundang

Cemburu itu tandanya sayang
Zubir tahu tak perlu dibilang
Hanya tulisan bila dikarang
Janganlah nampak bagai diserang

Hamba ingin menyibuk di sini
Andainya Zubir ingin ketahui
Rahsia hati merpati sejoli
Bagai lagu puitis sekali

Dengarlah bait yang tertera
Jadikan ilham menulis adanya
Tak usahlah asyik dok mengata
Berbahasa juga amalan budaya

Lirik terus bercerita
Inilah cinta tulus Teruna Dara
Doa hamba buat adik berdua
Kekal ikatan hingga ke syurga

Sama-samalah kita menghayati
Lagu indah untuk cjolimoli
Hamba sudah tersenyum sendiri
Jom Zubir hiburkan hati

Owned and written by : Sanaa 08/10/11

Fantasia Bulan Madu

Demi cintaku padamu
Ke mana pun kan ku bawa
Ke hujung dunia ke bintang kejora

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

TIZ CEMBURU BABAK ROMANTIS REMY, DANIELLE

Tahun ini banyak menyaksikan teman artis naik pelamin. Terbaru, tahniah kepada Nabil Raja Lawak dan pasangannya, Zira yang bersanding di Shah Alam, Selangor petang ini. Namun, tak kurang juga pasangan artis yang sedang hebat bercinta. Zubir seronok melihat kebahagiaan Diana Danielle bersama Farid Kamil, manakala Remy ishak di sisi Tiz Zaqyah.

Memang indah dan mengasyikkan apabila berada di alam fana cinta. bayangkan Zubir pernah membaca WhatsApp seseorang kepada kekasihnya yang juga seorang aktor popular, “Nasib baik seminggu je shooting out station. Now tengah tunggu phone call from him, nak borak lama-lama ‘bekal’ untuk seminggu…” So sweet pasangan ini bercintakan?

Berbalik kepada cerita Diana, Remy dan Tiz (Farid tak masuk dalam cerita ini), baru-baru ini Zubir melepak dengan seorang kru produksi, maka terkeluarlah cerita, kononnya Tiz cemburu melihat Diana melakonkan babak romantik bersama Remy ketika menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Azazil.

Sepanjang Diana dan Remy menjayakan penggambaran Azazil, Tiz tidak pernah turun ke lokasi penggambaran. Nak dijadikan cerita, pada hari berkenaan, Diana bersama remy perlu menjayakan babak romantik apabila kedua-duanya perlu dilihat sedang ‘bercium’ (menggunakan kepakaran sudut kamera sahaja).

Kru tadi memberitahu Zubir, ketika Diana dan Remy sedang melakonkan babak berkenaan, kelibat Tiz tiba-tiba muncul di set. Dia berada di belakang Kabir menonton monitor yang memaparkan Diana dan Remy yang kononnya sedang bercium. Tambah kru tadi, wajah Tiz serius saja dan sesekali dahinya berkerut. Mungkin dia cemburu melihat keintiman Remy bersama Diana, sekalipun mereka sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon.

Pun begitu, sebaik selesai babak romantik itu, Tiz dan Diana profesional apabila tidak berlaku sebarang adegan tarik rambut antara mereka. Bagi Zubir, perkara seperti itu adalah sesuatu yang lumrah. Orang sedang bercinta, pastinya api cemburu itu sdang meluap-luap. Sekiranya Tiz mempercayai Remy dengan sepenuh hati, dia tidak perlu hadir ke set melihat kekasihnya berlakon. Lagipun Diana sendiri sudah menjadi milik Farid.

Walau apapun Zubir nasihatkan Tiz dan Remy cepat-cepatlah berkahwin sebab Zubir dengar cerita mereka sudah tidak mampu dipisahkan lagi. Jadi, sebelum apa-apa perkara buruk berlaku, cepat nikah. Begitu juga buat Diana dan Farid, sekiranya sudah suka sama suka, restu keluarga sudah diperoleh, apa yang perlu tunggu lagi, kahwin saja. Lihat Norman Hakim dan Memey Suhaiza, kini berbahagia sebagai suami isteri.

Credit to Bipop

2 Responses

  1. nanti red gam dgn glue cap Gajah si-setau alam tu….

    cjolimoli I lap U 2…. very outstanding and sempoi lah…

  2. Cemburu tu tandanya sayang..Tak salah kalau TZ cemburu scene antara RI dgn DD..Biaslaah tu, adat org tgh bercinta. Kt fb TZ pun TZ dh berani tulis Miss him, dan kt twitter RI pn ada tulis, Yes I miss her..Harap2 mereka rindu-merindu sesama sendiri..Hopefully ada berita baik utk kita peminat mereka..AMIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: