• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Siapakah?

Tak kenal maka tak cinta…itulah perumpamaan kata. Begitulah juga yang terjadi kepada saya, akan tetapi bukan di antara seorang lelaki dan perempuan. Tiga tahun yang lalu ia bermula dan setelah selesainya segala cerita blog ini dibuka. Pada awal pembukaannya saya hanya menulis perkara-perkara yang berkaitan dengan sebuah cerita, disusuli oleh cerita dua pelakonnya lalu diteruskan dengan doa, meletakan harapan lalu membina cita-cita. Detik masa yang berlalu membawa saya menerokai bidang penulisan dan dengan segala daya membuat serba sedikit kajian sebelum sesebuah rencana ditulis. Brain storming session bersama kawan-kawan saya mencari tajuk-tajuk yang sesuai untuk ditulis dan sekali-sekala pantun cinta menyusuli dua merpati sejoli yang berkait rapat dengan pembukaan blog ini. Nur Kasih bermula segala, Nur Kasih jua mencorak bicara.

Sekali lagi dengan tidak disangka sebuah cerita menjadikan saya seorang pemerhati. Kesuntukan masa dan berada jauh dengan komputer peribadi ketika bertugas menghadkan waktu serta topic penulisan. Saya cuba melawan naluri diri untuk tidak menulis dan mengupas sebuah cerita yang sedang mendapat tempat di hati ramai ketika ini. Belum terbit fenomena sebagaimana cerita terawal akan tetapi menjadi bualan kerana ia dibintangi oleh seorang artis muda yang amat berbakat sebagai tunggak utama. Siti Zaqyah Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah memulakan perjalanan saya buat kali kedua dalam drama bersiri yang bertajuk Soffiya bersiaran diTV3 slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Soffiya seorang gadis periang yang tinggal di sebuah kampung bersama ayah dan ibunya. Ibu Soffiya seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan ayahnya pula seorang doktor yang amat disegani di kampung tersebut. Oleh kerana masalah kesihatan yang mengganggu diri, kehendak naluri seorang lelaki dan suami gagal dipenuhi si ibu namun amat malang bagi ibu berkenaan anak gadis kesayangan menjadi galang ganti pemuas nafsu sang suami. Bermulalah sejarah hitam hidup Soffiya menjadi mangsa keadaan dan kerakusan nafsu seorang lelaki bernama ayah. Hilang sudah tempat bergantung apabila tubuh gadis yang baru saja mencecah 14 tahun menjadi ratahan ayah sendiri. Tiada siapa yang mengetahui dan peduli kerana kesempurnaan si ayah sebagai seorang doktor sudah mengaburi keseluruhan penduduk kampung. Soffiya hidup dalam penderitaan sehinggalah ibunya menghembuskan nafas terakhir. Tidak sampai 24 jam jenazah ibunya disemadikan, Soffiya bangkit mempertahankan diri apabila si ayah cuba merapati dirinya lagi. Pemergian ibu membuat Soffiya “dahulu” mati bersamanya kerana selama ini Soffiya hidup demi kasih kepada ibu. Itulah tafsiran yang saya buat kerana sepanjang ibu terlantar sakit Soffiya yang menjaga kebajikan ibu yang dikasihi. Dalam pergelutan yang terjadi sebilah pisau mengakhiri derita Soffiya apabila ayah kandung mati di tangannya sendiri.

Cerita diteruskan dengan penangkapan Soffiya dan Soffiya ditempatkan di sebuah hospital kerana kecederaan yang dialami. Sudah pasti Soffiya menghadapi tuduhan membunuh. Doktor yang merawat Soffiya memberi keterangan bahawa Soffiya adalah mangsa rogol berdasarkan kesan luka yang dialami. Sama ada saya terlepas pandang atau memang tidak dihuraikan. Soffiya diwakili oleh seorang peguam bernama Ilyas. Apakah tuduhan yang dijatuhkan ke atas Soffiya? Membunuh dengan sengaja atau demi mempertahankan diri? Di sini tiada gambaran yang menunjukan Ilyas mewakili Soffiya dalam proceding mahkamah dan bagaimana Ilyas berjaya membawa Soffiya ke juvana. Kekuatan cerita telah lari di sini. Dari pengamatan saya sejak dahulu, cerita kita memang gagal mempamirkan lakonan yang mendalam bila membabitkan adegan mahkamah dan juga hospital. Pembawakan watak pelakon-pelakon kita gagal memberi keyakinan apabila memegang peranan sebagai seorang peguam dan juga doktor. Ini adalah kerana kajian yang mendalam mungkin tidak dapat dilaksanakan oleh seseorang pelakon kerana jangkamasa menghayati skrip tidak lama. Kebanyakan pelakon kita punyai drama dan filem yang menanti untuk penggambaran dalam satu-satu masa. Saya akui kita tidak boleh menjadi seperti di Hollywood di mana setiap pelakon diberi masa atau tempoh sekurang-kurangnya enam bulan untuk menghayati sesuatu watak sebelum penggambaran dimulakan. Besar kemungkinan di sini pihak penerbit tidak mampu untuk membayar para pelakon sepanjang masa mereka membuat kajian untuk watak yang diberikan. Namun ini bukanlah alasan untuk kita lari dari hakikat dengan membuang adegan yang mampu mengukuh dan memberi keyakinan kepada jalan cerita. Sudah sampai masanya sebuah cerita yang baik seperti Soffiya digarapkan dengan semangat dan bangkit dengan kesedaran untuk penghayatan penonton.

Rentetan cerita selanjutnya membawa kita kepada Soffiya di juvana. Secara am kita semua tahu bahawa penghuni juvana adalah anak-anak yang di bawah umur. Di Malaysia seseorang yang berumur bawah 18 tahun masih dikira sebagai seorang kanak-kanak dan apabila ditempatkan di juvana pastinya kesalahan berat telah dilakukan. Pandangan peribadi saya bahawa juvana adalah tempat yang selamat bagi anak-anak ini memulakan kehidupan baru. Paling tidak mereka ada tempat berteduh dan dapat mengikuti kelas-kelas bimbingan yang disediakan. Tidak dinafikan juga jiwa mereka rapuh dan kacau. Pergaduhan sering terjadi di juvana kerana perasaan samseng dan tunjuk siapa terror tetap ada. Terpulanglah bagaimana warden dan guru-guru di sekolah ini untuk membentuk dan membawa kembali anak-anak ini kepangkal jalan. Keganasan di sekolah ini ditunjuk secara terang dalam Soffiya akan tetapi tidak ada sedikitpun gambaran yang diberikan bahawa anak-anak ini mendapat bimbingan serta pelajaran vokasional sebagai persediaan bagi mereka menghadapi hidup dan rintangan di masa akan datang. Terkilan juga saya di sini kerana yang jahat terang bersuluh yang baik di biar lumpuh. Saya tidak mengharapkan satu episode penuh menunjukan aktiviti pemulihan jiwa anak-anak ini namun cukuplah sekadar menyedarkan penonton bahawa baik buruk pusat juvana ini dan kesungguhan tenaga pengajar dan pembimbing mendidik mereka. Ini adalah kerana sepanjang masa Soffiya di pusat ini, dirinya sentiasa dibuli oleh kumpulan yang perasan terror dan selepas itu Soffiya dilindungi oleh seorang kawan yang sering menyelamatkan dirinya. Perkara ini berlarutan sehinggalah Soffiya keluar dari juvana.

Apabila sesebuah cerita diambil dari kisah kehidupan sebenar saya berpendapat kita tidak boleh lari dari logic, relevant dan reality. Cerita sudah tentu akan diolah mengikut kesesuaian dan untuk mendapat tarikan penonton akan tetapi apabila ia lari jauh dari tiga perkara itu lalu di manakah pelajaran diselitkan dalam sebuah penerbitan? Saya akui saya bukan seorang penulis, tidak mengimpi untuk menggapai kerusi director akan tetapi sebagai seorang penonton naluri ingin melihat karya dan penerbitan tempatan berada ditahap pelajaran disertai hiburan menjadi idaman. Sehingga saat saya menulis 10 episode telah berlalu. Sepertimana di dalam juvana seperti itulah kehidupan Soffiya apabila dia melepasi pagar sekolah tempat dia berlindung selama 3 tahun. Tiada saudara mara, tiada rakan dan taulan, tiada kemahiran diri, Soffiya dilepas pergi tanpa hala tuju dalam kehidupan. Tiada juga support group yang datang bertemu dengan anak-anak ini ditunjukan. Setahu dan seingat saya andainya penghuni juvana tidak mempunyai keluarga mereka akan terus diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diberi pekerjaan mengikut kepandaian yang telah diperolehi semasa berada di dalam tahanan.

Cintan cintun memang tidak lari dari kehidupan. Kerana kasih kita bahagia kerana cinta kita merasa. Itulah hikmah hidup. Akan tetapi cinta besar ertinya, bukan hanya sekadar di antara lelaki dan perempuan. Cinta yang lahir dari sekeping hati yang ikhlas pasti akan memberi ganjaran yang berlipat ganda. Itulah cinta kepada yang Maha Esa. Cinta ini juga diterapkan dalam cerita-cerita asing mengikut agama dan kepercayaan mereka. Cinta itu akan membawa kita bertemu dengan berbagai cinta yang lain. Cinta kepada alam, cinta kepada kawan dan masyarakat, cinta kepada binatang dan mungkin berbagai cinta yang tidak saya ketahui. Namun apa yang pasti cinta akan memberi sinar kepada sesiapa yang mencari dan mempercayainya. Cinta memberi harapan, cinta membawa perubahan dan tidak kurang juga cinta yang membawa kemusnahan. Ini adalah hakikat kehidupan dan tidak akan pernah lari walau di mana kita berada.

Perasaan itu tidak terkecuali ditunjukan di dalam Soffiya. Tanpa arah dan tujuan Soffiya menjadi anak jalanan di kota yang tidak menjanjikan apa-apa. Meniti kota Soffiya bertemu dengan seorang kakak yang berhati mulia, Kak Ton. Atas dasar simpati dan mulianya hati Kak Ton, Soffiya telah dibawa kerumahnya. Akan tetapi oleh kerana jiwa yang rapuh Soffiya tidak tenteram dan perasaan takut yang menghantui sering membuat Soffiya lari dari Kak Ton. Melalui Kak Ton, Soffiya mengenali Kamal, melalui Kamal, Soffiya dicuit perasaan. Tidak sesekali saya menyangkal kehadiran mereka berdua memberi sinar bahagia kepada Soffiya akan tetapi boleh tak andainya kehadiran Kak Ton dan Kamal disertakan dengan bekalan hati yang cekal lalu menambah keyakinan Soffiya bahawa dalam dunia ini masih ada insan yang berhati mulia. Mungkin juga pemikiran saya semasa menonton Soffiya dipengaruhi oleh buku-buku yang saya baca dan juga drama-drama Hollywood dan dari negara asing yang menunjukan semangat waja mangsa dalam menempuh kehidupan. Sewaktu di juvana, Ilyas sering mengunjungi Soffiya akan tetapi Soffiya dibuai rasa oleh Ilyas dan berjanji tidak akan meninggalkan Soffiya. Saya berpendapat begini oleh kerana tiada skrip yang utuh mengatakan bahawa Ilyas membimbing Soffiya, memberi keyakinan bahawa hidup ini penuh dugaan dan cabaran namun kejayaan dan kebahagian akan datang bila kita terus berusaha dalam mencapai segala cita-cita. Begitu juga dengan kehadiran Kak Ton dan Kamal dalam hidup Soffiya. Andainya pertemuan Kak Ton dan Soffiya terjadi sewaktu di juvana dalam support group yang dianjurkan bersama oleh bekas juvana yang telah berjaya mengharungi rintangan kehidupan. Mereka kini bahagia, ada keluarga dan pekerjaan tetap sudah tentu dapat menambah keyakinan Soffiya dengan bukti-bukti yang nyata. Dari situ Soffiya bertekad dan berazam untuk memperbaiki diri, belajar bersungguh-sungguh semuga suatu hari nanti dapat membantu mereka yang memerlukan.

Cuba kita renung dan lihat sekeliling kita. Kenapa kejadian berulang? Kenapa mangsa hidup dengan bayang-bayang? Jiwa kacau dan tidak tenteram tidak dapat diubat sehari dua. Belaian kasih juga tidak mencukupi kerana orang-orang seperti ini perlu fikiran baru dan semangat yang jitu. Semangat tidak akan hadir dengan sendiri tanpa bantuan khidmat pakar. Dalam sessi kaunselling juga tidak kira agama dan bangsa kepercayaan kepada Tuhan menjadi agenda utama. Ini diakui sendiri oleh pakar-pakar perubatan dan juga therapist yang pernah saya temui dan kenali.

Setelah itu barulah Soffiya meneruskan perjalanan bertemu dengan Kamal. Melalui kacamata Kamal, Soffiya mengenali kehidupan yang lain pula. Kasih sayang dan perhatian seorang lelaki namun masih terselit curiga terhadap lelaki. Penjiwaan watak Tiz Zaqyah sebagai Soffiya tidak dinafikan amat berkesan dan saya pasti andainya cerita ini diolah sedikit dengan kekuatan pasti akan lebih menarik sebelum cerita membawa kita membuai rasa. Watak Kamal dipegang oleh Azhar Sulaiman.

Melalui trailer untuk episode 11 hingga ke 14 saya melihat hanya konflik keluarga yang di ketengahkan kerana ketidak sudian anak gadis Kamal menerima kehadiran Soffiya. Mungkin kita akan melihat ketabahan dan kekuatan Soffiya di sini dalam menangani isu keluarga tapi apakah Soffiya tidak layak mengecapi kejayaan dalam hidupnya? Kalau mengikut awal cerita Soffiya tidak menduduki peperiksaan umum bagi pelajar sekolah kerana dia dikurung oleh bapanya dan tidak juga ditunjukan Soffiya menyambung pelajaran di juvana. Jadi adakah dengan cinta dan kasih Kamal serta Kak Ton dan konflik bertemu Ilyas kembali sudah cukup untuk kita merasakan kekuatan sebuah cerita?

Bercerita dengan seorang kawan jawapan yang saya terima adalah cerita begini yang orang suka, dibuai rasa cinta dan kasih lalu mengangkat bahawa cinta mampu mengubah segala. Memang benar dalam Soffiya cinta dan kasih membawa perubahan kerana kita mengolahnya begitu, bagaimana pula bila cinta menuju kehancuran? Lelaki yang Soffiya temui dalam hidupnya sebelum bertemu dengan Kamal dianggap mengkhianati dirinya dan apakah semudah itu Soffiya menerima Kamal? Soffiya adalah mangsa rogol dan keganasan seks yang dilakukan sendiri oleh ayahnya. Ketika kejadian berlaku Soffiya baru saja berumur 14 tahun. Kematangan fikiran belum stabil di usia ini dan apakah tiada trauma dalam hidup Soffiya bila lelaki yang lebih tua hadir dalam hidupnya? Kasih sayang saja tidak cukup untuk Soffiya melupakan kisah silam.

Trauma yang dihadapi oleh Soffiya atau mangsa-mangsa rogal dan keganasan seks yang lain tidak mungkin akan lenyap begitu saja dengan kasih sayang. Di usia yang begitu muda tentu terpahat di fikiran Soffiya bahawa lelaki semuanya begitu. Mereka perlukan bimbingan, terapi dan kaunseling untuk mengubah pendirian bahawa seks itu tidak ganas dan adalah naluri kehidupan seorang lelaki dan wanita yang sempurna sifat. Soffiya memerlukan kaunselling dan terapi untuk mengubah persepsi bahawa tidak semua lelaki seperti ayahnya. Besar kemungkinan saya juga sudah jauh menyimpang dari asas cerita akan tetapi bila difikir dan direnung kembali Soffiya bermula di sini.

Saya tidak pernah menolak cinta akan tetapi cinta yang hadir dengan kejayaan, kekuatan fikiran dan hati akan lebih menonjol andainya Soffiya berjaya menjejak kaki ke menara gading dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Pasti cerita begini akan membawa kita berfikir bahawa itulah kekuatan sebenarnya. Bukan sekadar hanyut dibuai rasa.

Sekali lagi saya mengakui dipengaruhi luas oleh kejayaan novel-novel yang tersenarai dalam best seller di Amerika serta filem dan drama Hollywood akan tetapi kebaikan yang ada dalam cerita-cerita ini tidak diolah sebegitu dalam karya tempatan walaupun idea diambil dari cerita-cerita ini. Cinta tidak pernah lari dalam novel-novel ini dan juga apabila pintu hati diketuk untuk membuka segala rahsia ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya sebagai seorang pembaca.

Apakah salah untuk kita berubah sedikit? Sampai bila kita harus dan mesti dibuai rasa apabila media hiburan dikatakan sebagai media yang menyuntik semangat anak bangsa. Apakah ini yang membuat kita masih menuding jari kepada kekayaan yang dimiliki oleh sesetengah orang melayu adalah melalui rasuah? Tidak pernahkah kita terfikir berapa jam saja mereka tidur dan tenaga yang dicurahkan dalam sesuatu projek untuk mendapat kesenangan dan kemewahan? Mereka bukan seperti kita yang duduk membuai rasa dihadapan TV. Setiap masa dan detik mereka berfikir dan mengatur strategi untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik, begitu juga dengan para pelakon kita. Mereka mesti terus berusaha untuk mengubah kehidupan supaya tidak nanti dikatakan sebagai sementara laku berlakonlah banyak manapun. Saya juga pasti pengarah-pengarah terkenal seperti Datuk Yusof Haslam, Kabir, KRU dan ramai lagi meluangkan masa menonton filem-filem keluaran asing. Ini perlu dilakukan untuk membuka minda mereka dari banyak segi pengarahan, sinematograpi, skrip, persediaan pelakon adalah diantaranya. Mereka juga terus mencari skrip-skrip yang mempunyai jalan cerita yang menarik untuk dipaparkan. Tapi apakan daya ada kalanya saya berfikir bahawa tangan mereka terikat untuk mengolah sebuah cerita yang padat dengan pengajaran dan memerlukan penonton yang mampu mencabar minda mereka. Ini adalah kerana penonton yang ada tidak cukup ramai untuk membawa perubahan ini barangkali.

Jadi SIAPAKAH yang perlu berubah? Tiada jawapan pasti akan tetapi yang pasti kita mesti berubah dan perubahan perlu dibuat. Masih banyak yang boleh diperkatakan dan masih luas ruang perbincangan namun biarlah saya berhenti di sini.

Note: Saya berkongsi di sini artikel yang berkaitan semoga dapat membantu kita menyelami keadaan mangsa dan tahap stabiliti fikiran mereka dalam mengharungi kehidupan. Sekali lagi saya tekankan bahawa kasih sayang saja tidak cukup untuk kita memulihkan jiwa anak-anak ini selagi kita tidak mengubah pemikiran mereka untuk menerima yang mana salah dan yang mana benar. Kenyataan ini saya perolehi dari rakan-rakan yang pernah bekerja rapat dengan anak-anak yang menjadi mangsa perkosaan dan juga keluarga mereka. Penerimaan keluarga dan masyarakat amat penting dalam membentuk kembali jiwa anak-anak ini.

Written by : Sanaa 09/10/11

*****

Pusat Khidmat Krisis Sehenti

Penyediaan Pusat Khidmat Krisis Sehenti untuk golongan yang dianiayai.

Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi.

Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, terdapat program OSCC di mana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.

OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.

6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

ANJURAN

1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
2.Seksyen Sektoral, UPEN
3.Sekretariat OSCC
4.ADUN dan Pusat Khidmat DUN
5. NGO Wanita

BIDANG TUGAS SEKRETARIAT OSCC

1. Menyelaraskan ‘monitoring’ dan ‘follow-up’ semua gerak kerja Projek Kempen Kesedaran OSCC dan melaporkan secara terus dengan Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.

2. Menyediakan bahan-bahan kempen (dalam fail yang dinamakan INFO KIT OSCC) yang dikeluarkan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.

3. Mengadakan program TOT bagi NGO untuk Projek Kempen Kesedaran OSCC.

4. Menyediakan takwim Projek Kempen Kesedaran OSCC di semua 56 buah kawasan DUN.

5. Membuat perlantikan NGO-NGO dengan kelulusan oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.

6. Menyemak nama-nama penceramah yang dinamakan oleh NGO yang terlibat.

7. Melantik penceramah-penceramah yang dinamakan oleh NGO dan nama-nama lain yang difikirkan sesuai oleh Sekretariat dengan perbincangan bersama

8. Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.

9. Menyediakan borang perjanjian dengan NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC.

10. Membantu mendapatkan peruntukan kewangan kepada NGO-NGO yang menjalankan Projek Kempen Kesedaran OSCC bagi setiap program melalui Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita.

11. Melakukan ’monitoring’ (Monitoring sheet) dan kompilasi maklumbalas peserta kempen.

12. Menyediakan borang laporan program, borang soal selidik keberkesanan program untuk dianalisa dan disemak oleh Pejabat EXCO Hal Ehwal Wanita

KUMPULAN SASARAN

1. Pegawai DUN
2. AJK Parti DUN
3. Ahli Majlis Perbandaran
4, Ketua Kampung
5. Jawatankuasa Penduduk & Jawatankuasa Belia
6. Pegawai Polis
7. Pengerusi Rumah Ibadah (Surau, Kuil, Tokong, Gereja)
8. AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah
9. Pengusaha-pengusaha Taska dan Tadika
10. Pekerja-pekerja Kilang dan Industri
11. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej, IPTA dan IPTS
12. Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan
13. Penduduk Setempat

Terdapat enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000
No. Fax : 03-42954666

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
No. Telefon : 03-89475555
No. Fax : 03-89475210

Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
No. Telefon : 03-61367788/61203233
No. Fax : 03-61377097

Hospital Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
No. Telefon : 03-61454333
No. Fax : 03-61454222

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
41200 Klang
No. Telefon : 03-3375 7000
No. Fax : 03-3374 9557

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
No. Fax : 03-8736 7527

credit to : http://mes.selangor.gov.my

The table below gives a rough estimation of the age of the bruise in cases of trauma.

Color of Bruise

Age of Bruise

Red (Swollen, tender)
0 – 2 days

Blue purple
2 – 5 days

Green
5 – 7 days

Yellow
7 – 10 days

Brown
10 – 14 days

No further evidence of bruising
2 – 4 weeks

Reference: http://www.ncjrs.gov/html/ojjdp/portable_guides/abuse/bruises.html

*****

Child Act 2001

Malaysia enacted the Child Act 2001 [Act 611] to fulfill its obligation under the Convention on the Rights of the Child (CRC). Act 611 repealed the Juvenile Courts Act 1947 [Act 90], the Women and Girls Protection Act 1973 [Act 106] and the Child Protection Act 1991 [Act 468].

Act 611’s preamble provides that every child is entitled to protection and assistance in all circumstances without regard to distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, social origin or physical, mental or emotional disabilities or any status. The provisions of Act 611 are based on the four core principles of the CRC that is, non-discrimination, best interest of the child, the right to life, survival and development and respect for the views of the child.

In 2001, the Act also established the National Council for the Protection of Children, which advises the Government on child protection issues while the National Advisory and Consultative Council for Children acts as a national focal point for children’s wellbeing and development.

Act 611 also requires the setting up of Child Protection Teams and Child Activity Centres at both state and district levels. Aimed at mobilising community participation in the implementation of preventive and rehabilitative programs, these initiatives are targeted for children at risk or children vulnerable to all forms of abuse and exploitation.

In terms of administration of juvenile justice, Act 611 provides for a procedure before the Court for Children which is child-friendly taking into account the mental and emotional maturity of a child.

http://www.unicef.org/malaysia

*****

Women, police complicit in rape
ROPAFADZO MAPIMHIDZE – Oct 08 2011 14:47

This week I visited a friend I had not seen for nearly two decades. He had worked for many years at the local broadcasting authority, but has since become a political religious leader at one of the leading apostolic faith churches in Mutare and Mozambique.

We discussed many issues that ranged from personal matters to social and political issues. But we deliberated extensively on sexual violence.

A young woman suddenly emerged from the corridor as we were conversing. She greeted me and as she walked to one of the rooms near the lounge where we were sitting, my friend hinted that she was a sexual violence survivor.

She was raped in Marondera during the post-election era and no arrests have been made since the incident in 2008.

The young woman looked frail and her greeting sounded as though she had speech problems. I asked my friend what exactly happened. He explained that she was mentally-challenged and that had made life so difficult for her as she now could not recollect in detail what actually happened to her.

“This girl was so traumatised and needs serious counselling. We have not been able to get any help since that time and all we are doing is just pray and hoping she will get better.”

There are so many cases of this nature that have never been told and the sad reality is that perpetrators of these dehumanising acts are known.

Press reports this week revealed one woman is raped daily in Zimbabwe, a situation that requires greater intervention.

In South Africa, a female is raped every 26 seconds. This figure includes children.

This year a young woman committed suicide by plunging into a well after she had been raped by a “prophet” from an apostolic sect in Kadoma.

She had recorded her ordeal and suicide plans in a diary which was discovered during her funeral. The “prophet” had promised to marry her to avoid arrest. But the girl was to later discover that the man was married. She decided to take her life by plunging into a well.

A diary found in her room revealed the rape incident and the planned suicide.

But the most intriguing aspect of rape cases is that women too are complicit in sexual violence. If a mother protects her son who has been accused of sexual violence, doesn’t that make the mother a perpetrator of violence as well?

Years ago, a young woman failed to report her own brother who had raped her daughter. She argued a police report would just destroy her family because her mother had threatened to abandon her if she did.

She then decided to leave for England where the child received counselling and treatment. She has not been back to Zimbabwe for 15 years now. But hardly five years following her departure, her brother jailed to three years for defiling a little girl from his neighbourhood.

Research shows that by the time a rapist is arrested, that individual would have ravaged scores and scores of women and children.

In yet another incident, a Harare domestic worker was raped by her male employer. She immediately made a report. When the wife returned home from the village and heard the story, she went ballistic and threatened the young domestic worker.

She was forced to withdraw the matter and she continues working for the family to avoid interaction with other people.

A rights activist in Greendale said: “If you are protecting your uncle, son, husband, nephew and your own father, you become part of that rape. There is lack of care and respect about these matters in our communities.”

Women too are perpetrators of violence as witnessed during the post-2008 election period. They were also part of the mobs that instigated violence in Manicaland Province where survivors fled their villages and sought refuge in Mutare.

I personally met and spoke with some of these women who expressed disappointment about the involvement of women in political violence.

They even wrote names of the male and female perpetrators who have not been arrested to this date. The youngest survivor was a 15-year-old girl who said she had lost count of the men that had raped her at a base in their village.

These victims tried filing their cases at local police stations, but they were turned away. Police told them they could not open dockets for the rapists.

A report by Aids Free World notes that human rights organisations protested the failings of the Zimbabwe Republic Police (ZRP).

The report goes on to say: “The police have not done anything to intervene in such situations. In July 2009, Amnesty International called for an impartial and independent police oversight body in the country, stating: ‘We do not trust that police are capable of investigating themselves . . . The ZRP has been instrumental in silencing government critics since 2000 and continues to do so with total impunity’.”

The general attitude by law enforcers toward rape is pathetic. The cases drag for a very long time and that results in loss of vital information expected from the complainant.

This is unfortunately what has happened to the Sunningdale case I mentioned earlier. The woman’s uncle says she has since started giving conflicting dates.

Rape destroys women’s well being, reproductive abilities, families, lives and happiness. Rape also places these women at risk of contracting HIV that causes Aids.

The report said that a 23-year-old woman from Masvingo was told by her rapist: “We have hurt you. So go get tested because we have given you the prize for what you were doing.”

Her crime was her involvement in opposition politics.

Feedback: rmapimhidze@newsday.co.zw

http://www.newsday.co.zw/article/2011-10-08-women-police-complicit-in-rape

4 Responses

  1. Sampai bile bile ….. hehehehe

  2. Drama Soffiya mmg saya nanti setiap petang isnin – khamis, cuma miss dua kali saja, itupn sy tonton semula di malaymoviesfull.blogspot.com. Episod awal hinggalah yg ke beberapa episod scene Soffiya di kampung, mmg agak teruja kerana seperti ada kelainan dri drama yang lain. Kebetulan sy peminat tegar Tiz Zaqyah, jd sy kena tengok jgk drama ni. Penghayatan tiz berkesan pada pendapat saya, cuma ada watak lain yg agak lemah di sini. Sebagai contoh watak Ilyas lakonan Fizo Omar. Rasa cam nak suruh dia g belajar lagi asas lakonan. Mmg ada scene yg macam x masuk akal jugak, banyak sangat insiden kebetulan. Jadi bila dah tiba ke episod 11 hari ni, cam slow sikit perjalanan drama ni. Tapi sy harap episod lepas ni panas kembali sbagaimna episod terawal dulu. Apabila Soffiya berkahwin dengan Kamal, Fiona lebih senang utk membalas dendam. Mungkin ada scene hebat di situ. Apapun, saya tetap ‘jatuh cinta’ dengan drama Nur Kasih . Lebih baik, bagus dan berkualiti. Itu hanyalah pendapat peribadi saya. Apa2 pun, tahniah kepada pengarah Soffiya. Drama ini alhamdulillah terbaik juga, kalau x, masakan semua orang tertunggu2 di depan TV setiap isnin – khamis. Diharapkan pengarah2 drama dan filem Malaysia, prihatin dengan kualiti drama @ filem yang dihasilkan, agar menepati citarasa, ada kualiti yg bagus juga biarlah jalan ceritanya relevan dan boleh diterima pakai. TQ

  3. A well written article. Lama tak beri komen. Idea dah kering. Cuma nak gi tau yg sya tak tgk sgt drama ‘Soffiya’ ni sebab mcm tak logik plak. Terlalu byk insiden kebetulan spt Yaya yg mengenal doktor yg kebetulan kakak kpd Ilyas yg kebetulan tunang kpd Fiona yg kebetulan anak angkat Kamal yg kebetulan pelanggan tetap Kak ton yg kebetulan menjaga Yaya. Ini belum termasuk Kamal yg kebetulan juga adalah boss Ilyas. Hai! berapa punya byk kebetulan da! Sya rasa kebarangkalian utk kebetulan2 ini berlaku dlm kehidupan realiti adalah kosong. Hanya pendapat pribadi sya …… hehehehe. Tapi yelah dah namanya pun drama utk hiburan, trime ajelah sekadar yg dirasakan perlu.

    • thank you atan…points yg mmg saya nanti2kan. 3 episode pertama mmg nampak kelaianan tapi jalinan cerita terlalu banyak kebetulan dan tanpa action menjadikan cerita biasa saja. as what you have said dah namanya cerita tengok aje lah tapi sampai bila kita nak macam nie?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: