• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Keratan Akhbar

Di awal pagi bagi sebahagian besar penduduk Malaysia akan membuka helaian akhbar tidak terkecuali saya juga. Walaupun sekadar membelek tajuk utama sebelum benar-benar membaca isi kandungan yang ada. Saban hari ada saja berita yang ngeri dipaparkan. Kalau nak disenaraikan mungkin tidak cukup ruangan namun apa yang pasti berita yang ada berkait rapat dengan soal hati, keperibadian diri, tahap kesabaran dan kejamnya kehidupan. Melupakan tajuk-tajuk utama hari-hari yang berlalu, tajuk utama di Harian Metro hari ini juga sudah cukup untuk membuat saya seram sejuk. Apakah semua ini benar-benar berlaku dalam masyarakat kita? Di manakah akal diletakan? Di manakah hati dan perasaan dicurahkan?

Berfikir dan terus berfikir kenapa orang kita jadi macam ini? Salah diri atau salah didikan yang diberi? Tidak adil rasanya untuk kita terus menerus menghukum ibubapa dengan didikan yang tidak sempurna kerana manusia boleh berubah dengan pengaruh disekeliling mereka. “Judge the person from the book they read” dan “surround yourself with successful people” digunakan dengan meluas oleh pakar-pakar motivasi akan tetapi sejauh manakah mentality dapat diubah dalam kelompok masyarakat yang berbagai ini.

Dua keratan akhbar saya selitkan di sini namun untuk rencana penuh perlulah mendapatkan naskah Harian Metro hari ini. Sesungguhnya fikiran saya tidak dapat menafsir dua kejadian ini. Tiada kata yang dapat saya keluarkan disaat membaca keratan akhbar ini. Yang ada hanyalah dunia menuju akhir zaman. Manusia bertindak di luar dugaan. Tidak berani untuk menyentuh hal keimanan seseorang akan tetapi adakah akal juga tidak dapat lagi berfungsi?

Written by : Sanaa 11/10/11

Emak gian jual 4 anak
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.

Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

*****

10 hari derita didera bapa tiri
Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Ariffin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Credit to Harian Metro

Compiled by : Sanaa 11/10/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: