• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Bole Chudiyan

Credit to : daviercls from youtube

Buat tatapan pembaca budiman
Video clip hanyalah hiasan
Untuk menghilang segala kebosanan
Dek sendunya drama yang kini bersiaran

*****

Dari pagi duduk termenung
Fikiran melayang serta kosong
Kerja yang banyak kini tergantung
Dek kepala bertambah bengong

Sang Pencerita anggau hari ini
Belek album tidak henti-henti
Nur Kasih drama berseri
Hinggalah kepada gambar terkini

Tahajud Cinta berlalu pergi
Soffiya kini meniti hari
Pasangan sepadan juga serasi
Bila nak berlakon sama lagi?

Gosip bersiar bermacam bunyi
Terselit nada cemburu di hati
Penulis ruangan tiada berita lagi
Cerita diulang berkali-kali

Baik-baik bang pesanan diberi
Pada suami amat dikasihi
Senyum suami meleret kini
Kerana cemburu di hati isteri

Apa awak pandang saya pulak? Adam bertanya
Ini semua rancangan awak kan? Nur pula berkata
Tidur sajalah sebilik adanya
Macamlah sebelum ini tak biasa

Andai datang Majlis Agama
Kad nikah tunjuk pada mereka
Seorang selatan seorang utara
Tu lah Adam siapa suruh tinggal lama-lama

Jangan jatuh cinta dengan saya
Angkuh benar bunyinya
Dalam hati menggelodak rasa
Nur Amina menggetar jiwa

Apa yang awak hendak dari saya? Nur bertanya
Isteri saya pendek jawapannya
Dah terlambat kata Nur pula
Adam tetap tidak putus asa

Nah minyaknya…
Ingat awak nak tolong sapukan
Dalam marah penuhi permintaan
Jantung berdebar bila bertentang mata

Kalau abang tak buat untuk Nur, buatlah untuk anak kita

Berderai sudah si airmata
Tidak mampu menahan rasa
Dalam derita bahagia adanya
Isteri tersayang berbadan dua

Nur adalah ciptaan terindah untuk abang

Ucapan kasih sang suami
Menitis juga airmata isteri
Tempat jatuh dikenang kini
Membawa kembali segala memori

Abang keluar mencari cincin Nur. Dulu abang pernah membuangnya dan hari ini abang akan pulangkannya ke jari Nur.

Adam keluar tak pulang-pulang lagi
Resah sudah Nur menanti
Suami dikasihi hilang dicari
Cinta sejati menyatukan kembali

Sebentuk cincin tidak ternilai
Catatan kasih yang disemai
Bukan harga hendak diandai
Ikatan cinta tak mungkin terlerai

Abang tulis apa tu
Nur bertanya bunyinya sayu
Cerita kita terdengar lesu
Satu panggung diam membisu

Terdengar tangis dihujung sana
Sedih Adam dan Nur semua terasa
Bila lahir cahaya mata
Ehh cutenya baby…tersenyum semua

Adam tergelincir Nur ketawa
Seri isteri berbadan dua
Dimanja suami tak buat apa
Mana tak anggau penonton semua

Senyum simpul termalu-malu
Berbagai reaksi bermula speku
Apakah alam nyata juga begitu
Cjoli ditatang selalu

Lalu hamba bertemu janji
Dengan nujum bijak bistari
Untuk bertanya kabar terkini
Pak nujum senyum tak henti

Teropong kamu juga sakti
Cerita telah lama kamu ketahui
Pak nujum tahu kamu simpan sendiri
Rahsia terbesar tentang cjolimoli

Eh mana ada…pandai saja Pak Nujum ni
Memanglah diriku pandai
Kerana itu kamu kemari
Nak tahu rahsia yang terkunci

Hehehe sang pencerita malu sendiri
Janganlah risau tentang mereka ini
Sudah lama cincin terlekat di jari
Ikatan rasmi juga telah termetri

Aaa…paaa Pak Nujum kata
Benarkah kedengaran di telinga hamba
Terkejut sungguh sang pencerita
Nasib baik jantung kuat adanya

Sudah jelas nyata terbentang
Hati terikat penuh kasih sayang
Tiada lagi batu penghalang
Cuma tunggulah mereka berterus terang

Pak Nujum buat hamba keliru
Cakap pusing-pusing jadi tak tentu
Senyum senggih hamba buntu
Dalam hati tolonglah beritahu

Tidak ada yang akan serupa
Cerita tentang mereka berdua
Bermula dari sebuah cerita
Kini mereka meniti bahagia

Sekali lagi Pak Nujum berpesan
Jangan lupa doa diiringkan
Demi kasih tersemat kenangan
Semoga mereka selamat dalam perjuangan

Hamba bermohon beribu kemaafan
Pantun ditulis kerana kebosanan
Memang tidak mengikut aliran
Namun lebih kepada kenangan

Lagu dan video hanya hiasan
Untuk melegakan segala tekanan
Oleh drama yang kini bersiaran
Lemah longlai anggota badan

Nur Kasih masih meniti
Kerana belum ada pengganti
Yang datang berlalu pergi
Tiada satu melekat di hati

Owned and written by : Sanaa 17/10/11

8 Responses

  1. semakin berbunga rasa hati bila baca pantun ni….
    ermmm macam tak caya..tapi itulah hakikat…remy and tiz bila mereka nak
    umumkan keseriusan mereka ni….saya sebagai peminat memang tak dapat dok diam…
    harap mereka kekal laa hingga ke jinjang pelamin…memang sekarang ni support dua dua..
    dalam TV majalah surat khabar…kalau apa pasal Tiz dan remy mesti beli..
    everyday mesti bukak blog ni…sebbab nak tau latest update pasal mereka…
    cuma nak tahu serius betul ker mereka…atau sekadar cerita dan gosip?
    kenapa mereka tak nak akui…kan sennag

    • thanks diana…

      teruskanlah menyokong mrk dan hasrat hati mrk. jgnlah doa hingga ke jinjang pelamin saja…doakanlah hingga kebahagian dan ikatan kasih yg ada kekal hingga ke syurga…Insha’Allah bila tiba masa akan adalah pengumuman dari mrk dan saya percaya ia bukan cerita kosong atau gosip semata2….

  2. Salam,
    Hari ni ambik 1/2 day cuti coz badan tak sihat. Bile balik surf blog ni, tgk video ni, tibe2 rasa semacam lalu bergegas bangun, berdiri depan cermin dan apa lagi tarian bangralah teman. Yieha! Berpeluh dibuatnya. Terasa sihat cuma badan aje sengal2 sikit. Syg skali, takde pasangan tari. Thanks to u.

    • Wassalam…

      senyum lebar teman mendengorkannya. jaga diri baik2. agaknya dah lama benor agaknya ya teman tak berpeluh. thanks for liking it and you are most welcome. setidak2nya teman di sini tahu yang teman di sana terhibur dgn selingan yg diberikan.

  3. salam cik tuan tanah @ san, dah tersangat lama x ‘drop by’ kat sini (lama sgt ntah ingat kat kite lagi ke x) ;=) sokay klu x igt hehe..ohh layan hindustan gak iye..ok lah dlm seminggu dua ni byk bena citer ttg ur fav couple ni..i mean semua la fav semua..from that simple little sweet things to sumthing2..haih..repots ni nmpk dah x sabar nk berebut kn news ni..like sapa antara mereka *repots/newspaper/magazine/etc* yg akan dpt 1st hand news..*official* from this couple..duntcha think? bila baca paper abt them, nk tersenyum ada, geram ada(kt remy), kesian ada(kt tiz/both) mcm2 lg la..they are indeed the most interesting couple to talk abt (in msia) n kudos to U jugak sbb tsangkut kt this couple *what a taste uv got* of all the celeb couple yg hado..like i said b4, separately remy tiz ni tersendiri & unik*di mata fans masing2* together mestila malathop..still to me tiz ttp jadi mangsa sasaran media/blog..its like all hers n none is remys..but im pretty sure ‘my girl’ deff.can survive this..wif the support of her man ofkoz..looking back kan san, their love story ni sgt menarik journey nye mcm lagu bryan adams barbara streisand …”its funny how from simple things..the best things begin.la la la.”
    skali2 komen ha ambik..haha so keep on writing fren..im sure after this its getting more interesting..ok nk go thru yg lepas2 pnye penulisan.. salam

    • wassalam zoey

      thanks for still remembering the blog and dropping by.

      terlanjur you bercerita allow me to give a pointer or two…secara luaran mmg kita nampak tiz menjadi bahan media and blog sbb ppl hanya pandang at the fragility. and org juga kata remy tak kena attack dan lebih suka diam diri. this is the strategy dear…if they “touch” remy they know what are they going to get and if they “touch” tiz they are hoping for a flash of info or to make ri berbunyi. berbunyi bkn cara ri…not until the right time comes. not defending ri and belittling tiz but again as you said “together they meletup”. we at times need to look and see from various angle of this couple kalau nak tahu who are they in the industry. saying out loud are not them for sure…

      thanks again and have a beautiful day….

  4. Berita tersebar asyik dispeku,
    Membuat peminat haru biru,
    Kahwinlah cepat pujaan hatiku,
    Rasa tak sabar di dalam kalbu.

    Senyuman diberi seikhlas hati,
    Tanda hati sudah dimiliki,
    Andainya berita tak tipu lagi,
    Bolehlah kami lompat tinggi-tinggi.

    Walaupun ini sekadar hiburan,
    Harap-harap doa dimakbulkan,
    Semoga bersemi kasih berpanjangan,
    Hingga ke syurga harapan dipanjatkan.

    • salam sejahtera bella dikasihi
      berpantun kita dipagi hari
      harapnya ceria berseri-seri
      bercerita tentang cjolimoli

      harapan dan doa diiring tidak lupa
      menanti jawapan penuh rela
      namun aksi diketahui segala
      wajah berseri itulah tanda

      lompat sikit sehari-hari
      lama-lama akan jadi tinggi
      doa dan harapan yang diberi
      agar membawa wangian syurgawi

      thanks dear..have a beautiful Tuesday. take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: