• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

“Malu Kami”

Apa kabar teman pembaca budiman
Harap semuanya sihat dalam keceriaan
Pagi Isnin penuh kedamaian
Hamba kembali melakar cetusan

Beberapa hari duduk menyepi
Dek kerana banyaknya kenduri
Sepupu nikah dan naik haji
Alhamdulillah kenyang makan nasi beriani

Cerita hari ini biasa sahaja
Masih berkisah Teruna Dara
Menjawab pertanyaan ketika ditanya
Status hubungan mereka berdua

Cantik manis berbaju kebaya
Menjawab pertanyaan dengan selesa
Bukan dinafi hubungan yang ada
Cuma tidak perlu untuk bercerita

Tepat jawapan dari si Dara
Begitu juga dengan si Teruna
Dari dulu hamba berkata
Pandai-pandailah menafsir segala

Berkata hamba waktu yang lama
Namun ramai yang tidak percaya
Hubungan kasih Teruna Dara
Perlu dilihat dari hati baru ke mata

Tidak sesekali mendabik dada
Bukan jua perasan bermaharajalela
Ini semua berkat sokongan pembaca semua
Teruna Dara sudah berkata

Jelas sudah maksud diberi
Tidak juga mereka menafi
Kalau tak jadi malulah kami
Luahan dari si Dara sunti

Teruna berkata menyimpan perasaan
Semoga perhubungan kekal berkesudahan
Bersama doa penyokong sekalian
Harapan yang ada dimakbulkan

Sewaktu dahulu hamba bertanya
Kenapa tidak diumumkan sahaja
Diam itu lebih bermakna
Diheboh nanti banyak mudharatnya

Firasat hamba memang begini
Kerana itu rahsia dikunci
Namun tidak mungkin dibendung lagi
Jawapan diberi tafsirlah sendiri

Hamba lompat bertambah tinggi
Asyik berlatih sehari-hari
Hari ini bertambah seinci
Tak lama lagi jadilah sekaki

Thank you so much cjolimoli
Tagline kami masih bererti
Forever and ever infinity
Lalu sang pencerita tersenyum sendiri

Biarlah orang duduk berkata
Ilham hamba telah tiada
Namun ada cerita menjadi rahsia
Yang hamba genggam sekian lama

NAK TAHU APAKAH IYA?

Andai jawapan mahu yang diterima
Syarat kemasukan banyak adanya
Yakin dan percaya adalah di antara
Curiga buang jauh di lautan sana

Hati berkata mata memerhati
Otak berputar tafsir diberi
Thanks so much cjolimoli
Hamba masih terus anggau di sini

Teruna Dara main tarik tali
Kenyataan diberi masih samar lagi
“Kami malu” perkataan hari ini
Bertapa hamba mencari erti

Jenaka teman hamba ketawa
“Ternikah” singkatan yang ada
Siapa di sini hendak percaya
Jawapan semua sudah hamba duga

“Tak mungkin” “Tak mungkin” kata semua
Nak melihat persandingan mereka
Berikan kami bukti yang nyata
Semua tak percaya pada sang pencerita

Akhbar menulis melenting segala
Percaya saja apa mereka kata
Teropong hamba lagi canggih adanya
Makan suap-suap hamba dulu bercerita

Angan sekarang mesti disimpan
Kerana bimbang peminat tak keruan
Cincin di jari tidak kelihatan
Mana mungkin ada ikatan

Rantai tersarung menjadi bualan
Apakah mungkin ia gantian
Cincin di jari tidak disarungkan
Zaman sekarang macam-macam perubahan

Jikalau panjang merepek pula
Lalu hamba henti bercerita
Fikir-fikirlah maksud yang ada
Boleh tak agaknya mengupas segala

Aura berdua sudah diperkata
Pengarah pelakon setuju bersama
Itulah cjolimoli kesayangan semua
Nur Kasih pembuka kata

Nur kini bersinar jua
Terpancar di wajah Teruna Dara
Doa hamba tidak pernah lupa
Melihat berdua bahagia hingga keakhirnya

Owned and written by : Sanaa 23/10/11

4 Responses

  1. Salam. Sanaa.
    suke. suke. suke. seronok gembira ceria semuanya ade. amin hendaknya.

  2. semua peminat tersenyum membaca artikel tu…rasa mcm menjadi pulak kali ni..
    doa peminat ..akhirnya adam dan nur bersatu juga….
    mula-mula masa menonton nur kasih memang terdetik alangkah sweet nyer kalau dua org ni betul betul bercinta…walla…memang dua dua ni ada chemistry…letak laa cewrita apapun…
    thanx remy and tiz…at last both of you mengaku jugak/…
    berbunga hati peminat

  3. Salam,

    Membaca artikel di akhbar semalam, ya Allah, rasa seronok sgt..sbb doa utk sijolimoli akhirnya termakbul sudah. Sekarang doa dipanjatkan agar mereka hidup bersama, kekal selamanya hingga ke syurga. Bila dah kahwin tak perlu nak malu2 lagi, sebab dah sah jadi suami isteri. Hehe, kami suka hati..

    Sungguh gembira sukanya hati
    Baca artikel ttg cjolimoli
    Tapi ingat…jangan lompat terlalu tinggi
    Nanti kita pula yang patah kaki…

    • wassalam fara….Alhamdulillah syukur dgn berita yang ada….

      wassalam mala…Aminn

      hi diana…semoga doa terus diiring dan dapatlah kita melihat adam dan nur di dalam reality…

      to all thanks for being here and the support and courage…have a good day happy diwali holiday..take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: