• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

“Tidak Akan Berakhir”

“Kali pertama memandang wajahmu, hatiku sudah terpaut”.

“Murah betul rezeki dia, senang benar dapat kerja dan tukar kerja”.

Pernah dengarkan kata-kata begini. Itulah aura. Sering kita mengaitkan pertemuan seorang lelaki dan perempuan dalam hal yang begini akan tetapi ia sebenarnya menyeluruh. Aura ada dalam diri setiap insan di bumi ini cuma tidak semua yang terpancar di wajah. Mengikut beberapa risalah ada banyak perkara yang mempengaruhi aura seseorang, kenapa dan mengapa kita melihat seseorang itu tanpa jemu dan tertarik sangat sehingga tidak mampu mengelipkan mata barang sesaat. Faktor utama yang mempengaruhi aura adalah dalaman dan apabila bercakap berkenaan dalaman tentu kita sudah mengetahui sekeping hati yang dimiliki oleh setiap manusia.

Aura mengelilingi kita di mana saja kita berada. Mengikut kepercayaan orang Hindu aura juga ada di dalam binatang. Sekilas pandang memang dapat diterima kerana kita akan mudah tertarik kepada binatang peliharaan yang comel dan cantik walaupun dari jenis yang sama, contohnya kucing dan anjing. Aura memang luas jika hendak diperkatakan.

Setelah membaca beberapa artikel dan juga bertanya sedikit sebanyak tentang aura dari orang-orang yang berpengalaman serta ahli agama, aura adalah tahap spritual seseorang. Hati yang bersih, jiwa yang ikhlas akan terserlah di wajah. Penerangan yang mudah dan senang seperti yang sering kita dengar. Wajah yang cantik bukan dari tebalnya make-up atau jumlah vitamin yang kita ambil.

Hari ini kita dibangkitkan dengan persoalan aura di dunia hiburan. Beberapa nama telah disebut oleh penulis dan komen dari pengarah seperti Fatimah Abu Bakar dan Erma Fatima. Kedua mereka memberi komen dan pendapat masing-masing. Mengikut lapuran yang dipetik dari Berita Harian, Erma mengatakan aura tidak dimiliki oleh semua orang dan antara pelakon yang memilikinya adalah Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Sejak mula menulis di blog ini rasanya saya pernah menyentuh sedikit tentang aura dan chemistry kedua pelakon ini di salah satu tulisan saya. Akan tetapi di masa itu kita amat terpengaruh dengan watak Adam dan Nur Amina yang dipegang mereka dalam drama bersiri Nur Kasih. Keserasian yang mereka tunjukan tidak dapat “dicuri” oleh pasangan lain yang digandingkan selepas itu. Oleh itu sehingga kini kita masih mengigau gandingan mereka berdua dan tidak jemu-jemu merayu, bermohon dan berharap agar ada pengarah dan penerbit akan menggadingkan mereka berdua kembali. Ini mungkin juga menimbulkan cemburu di kalangan pelakon-pelakon lain yang menyimpan hasrat untuk berlakon disamping Remy dan Tiz. Mungkin ramai yang mengimpikan mendapat jolokan dan perhatian seperti Adam dan Nur, namun ia hanya tinggal impian. Belum ada yang mampu merampas takhta yang dipegang Remy dan Tiz sejak tiga tahun dahulu.

Kisah atau cerita mereka bertambah hebat apabila tercetusnya desas-desus mereka berpasangan di alam nyata. Sudah pasti kita yang sentiasa berharap dan berdoa ini, hati berbunga riang. Doa dan harapan terus dipanjatkan semoga hasrat mereka dimakbulkan bertemu dalam ikatan pernikahan dan berbahagia hingga ke syurga. Peminat Adam dan Nur tidak putus-putus mengusik, berdoa, bermohon, berharap dan skodeng sana-sini untuk mendapat maklumat terkini tentang status hubungan Remy dan Tiz di alam nyata. Menunggu, menanti dengan penuh sabar pengumuman dan kenyataan mereka berdua. Namun hari demi hari kenyataan yang sama saja berbunyi..”kami berkawan rapat”. Akan tetapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Remy dan Tiz serta mentafsir apa yang tersirat melalui kata-kata dan gambar yang ada tentu dapat meneka atau mengenalpasti sedikit sebanyak yang tersimpan di hati. Saya pasti tidak ada sesiapa di antara peminat ini akan merasa puas sebelum ada pengumuman rasmi dari mereka berdua.

Sejak keluaran HAI minggu lalu dan sedikit kenyataan yang tertera di dalam ruangan Bi-Pop Berita Minggu Ahad lalu, membuka ruang kepada pembaca dan peminat untuk merasa lebih yakin tentang hubungan berdua. Jadi, apakah yang terjadi selama ini semasa dan selepas Nur Kasih diikuti Nur Kasih The Movie adalah kerana aura mereka atau memang ada bunga di taman hati? Saya memang tertanya-tanya kerana ramai lagi pasangan artis lain yang bercinta, berkasih di luar sana tetapi “buruan” tetap ada untuk Remy dan Tiz. Kisah mereka senyap seketika dan sekarang muncul kembali. Sebagai manusia biasa mereka juga tidak boleh lari dari melalui fasa kehidupan bertemu dan bercinta lalu memasang angan dan cita-cita untuk bersama hingga ke hujung usia. Akan tetapi oleh kerana mereka adalah pelakon berbakat yang telah mencipta nama, gerak geri mereka menjadi perhatian sehingga adakalanya saya berpendapat orang ramai terutama peminat dan wartawan tidak memberi ruang untuk mereka bergerak bebas. Belum reda angin yang bertiup di Bi-Pop nama mereka disebut oleh Erma Fatima sebagai pelakon yang mempunyai aura.

Apakah ini semua kebetulan? Atau inikah yang dinamakan tuah nama pemilik badan?

Tiga tahun yang lalu nama Remy dan Tiz tersenarai di antara nama-nama pelakon yang mula mencipta nama. Apabila pengarah Kabir Bhatia menemukan mereka sebagai suami isteri di dalam drama bersiri Nur Kasih, bukan saja drama itu mencetus fenomena akan tetapi keserasian mereka melakonkan watak menjadi igauan. Di waktu itu kalau tak silap saya, tidak ada pula yang menyebut tentang aura akan tetapi lebih kepada keserasian menjiwai watak lalu nama mereka menjadi sebutan ramai. Dari cerita, gambar, wawancara dan intonasi suara serta dialog Nur Kasih menjadi bualan. Hari demi hari orang berkata tentang Nur Kasih, Adam dan Nur dan sehingga kini Remy dan Tiz (RITZ). N1K1, Forever and ever infinity, RITZ, cjolimoli dan disambung diblog ini sebagai Teruna Dara. Ini adalah gelaran yang diberi kepada Remy dan Tiz sewaktu di platform TV3 semasa Nur Kasih ditayangkan. Demam ini cuba disambungkan ketika Tiz membintangi Asmaradana (kalau tak silap saya) dan begitu juga dengan Remy bersama pasangan dalam drama dan filem yang lain, akan tetapi ia tidak menjadi seperti Nur Kasih. Akhirnya saya merasakan tagline N1K1 kekal hingga sekarang bersama doa dipanjatkan buat Remy dan Tiz semoga bersatu di alam nyata.

Siapa yang tidak cemburu kalau begini sekali sambutan yang diberi? Pasti ada juga terselit cemburu di kalangan rakan artis, pengarah dan juga peminat. Tidak perlulah rakan artis, pengarah atau peminat nak menafikan kecemburuan mereka. Jelas terpampang di kaca television drama yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain menggunakan genre yang sama serta para pelakon memakai tudung. Cemburu yang tak diucap. Para peminat pula mempunyai kegilaan sendiri sehingga berani mengatakan bahawa Remy dan Tiz bukanlah pasangan sepadan, tak sesuai mereka bersama, Remy mat bangla, panas baran nak dibandingkan dengan Tiz yang putih gebu, comel dan manja. Namun sekilas pandang ia terjadi sebaliknya. Remy dan Tiz makin akrab oleh kerana mereka berdua menghargai persahabatan yang terjalin dan mereka sendiri yang mengenal hati budi masing-masing. Himpunan doa yang dipanjatkan buat mereka, segala ucapan selamat serta harapan yang ada mengatasi rasa cemburu dan irihati dari sayap kiri. Makin mereka dengki, makin mereka sakit hati makin cantik wajah Remy dan Tizzy dan makin kukuh pula hubungan yang ada. Insha’Allah segala doa didengarkan dan segala harapan akan dimakbulkan.

thanks to : ikmalazhar from youtube

“Tidak kira sama ada abang pergi dulu ataupun Nur, cerita kita tidak akan berakhir”

Masih ingat dialog di atas? Saya pasti peminat setia Adam dan Nur serta Nur Kasih tidak akan lupa dialog itu. Tiga tahun sudah berlalu cerita masih segar dalam ingatan. Kesinambungan mereka mencipta lagenda tersendiri dalam dunia seni tanahair. Saya pernah menulis tentang mereka yang berkait rapat dengan bintang dahulu iaitu Saadiah dan Nordin Ahmad. Aura Remy dan Tiz juga pernah saya kaitkan dengan bintang Bollywood terkenal serta pasangan popular dilayar perak iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol. Beza yang amat ketara di antara pasangan yang disebut adalah mereka bukan pasangan di alam nyata. Akan tetapi impian yang ada sekarang dan doa yang tidak putus-putus dari peminat semua adalah untuk melihat Remy dan Tiz mengikat janji ke jinjang pelamin, berbahagia bersama sebagai suami isteri dalam menempuh segala cabaran dan dugaan hinggalah ke akhirnya semoga membawa ke syurga.

Dari manakah datangnya aura mereka berdua? Adakah semua ini dari ketulusan hati mereka berdua mendambakan diri di persada seni dengan bakat yang ada demi mencari rezeki dan bukannya mengejar populariti? Hanya pengamatan yang dalam mampu memberi jawapan kepada segala pertanyaan.

Carilah segala artikel berkaitan “AURA” dan kenapa ada di antara kita berusaha berbagai cara untuk mendapatkannya? Semoga segala bahan bacaan dapat memberi huraian dan kenapa Remy dan Tiz amat bertuah memilikinya.

Written by : Sanaa 24/10/11

*****
Aura (paranormal)

In parapsychology and many forms of spiritual practice, an aura is a field of subtle, luminous radiation surrounding a person or object (like the halo or aureola in religious art). The depiction of such an aura often connotes a person of particular power or holiness. Sometimes, however, it is said that all living things (including humans) and all objects manifest such an aura. Often it is held to be perceptible, whether spontaneously or with practice: such perception is at times linked with the third eye of Indian spirituality. Various writers associate various personality traits with the colors of different layers of the aura. It has also been described as a map of the thoughts and feelings surrounding a person.

Skeptics such as Robert Todd Carroll contend that auras may be seen for reasons such as migraines, synesthesia, epilepsy, a disorder within the visual system, a disorder within the brain, or due to the influence of psychedelic drugs such as LSD. Eye fatigue can also produce an aura, sometimes referred to as eye burn.

Spiritual traditions

An old Iranian Shi’a Muslim impression of Jesus and Mary shows an aura after the style of the farr

In Iran the aura is known as farr or “glory”: it is depicted in association with Zoroastrian kings.

A statue of Vishnu, in which light effects are given in backside to symbolize a round shaped Aura, in yellow color, which actually as per Hindu scripts is of golden yellow color.

Ideas of the aura are well represented in Indian religions. The Buddhist flag represents the colours seen around the enlightened Buddha. In Jainism the concept of Lesya relates colours to mental and emotional dispositions. To the Indian teacher Meher Baba the aura is of seven colours, associated with the subtle body and its store of mental and emotional impressions. Spiritual practice gradually transforms this aura into a spiritual halo. Hindu and Buddhist sources often link these colours to kundalini energy and the chakras.

In the classical western mysticism of neoplatonism and kabala the aura is associated with the lustre of the astral body, a subtle body identified with the planetary heavens, which were in turn associated with various mental faculties in an elaborate system of correspondences with colours, shapes, sounds, perfumes etc.

The symbolism of light found in The Bible is at times associated with the idea of the aura or “body of light”: similar interpretations are found in Islamic traditions.

According to the literature of Theosophy, Anthroposophy, and Archeosophy also, each colour of the aura has a meaning, indicating a precise emotional state. A complete description of the aura and its colours was provided by Charles Leadbeater, a theosophist of the 19th century. The works of Leadbeater were later developed by Palamidessi and others.

The British occultist W.E. Butler connected auras with clairvoyance and etheric, mental and emotional emanations. He classified the aura into two main types: etheric and spiritual. Auras are thought to serve as a visual measure of the state of the health of the physical body. Robert Bruce classifies auras into three types: etheric, main, and spiritual. According to Bruce auras are not actual light but a translation of other unknown sensory readings that is added to our visual processing. They are not seen in complete darkness and cannot be seen unless some portion of the person or object emitting the aura can also be seen.

Glenn Morris, grandmaster head of the Hoshin Roshi Ryu lineage, included perception of the aura in his training of advanced martial artists. His experience was that it consisted of multiple layers. He described the most easily visible of these as being “light and denser than the air in which the body is immersed”, typically half to quarter of an inch thick and correlating with the etheric body of an individual. Around this he described a yard thick egg-shaped layer reflecting hormonal state that he linked to the emotional body, and outside this, other barely perceptible layers corresponding to the mental body and beyond.Recalling the aura of another sōke, he wrote, “The first time I saw Hatsumi, he was running continuous bright, lime, neon green a foot wide and was so easy to see he would flash in bright sunlight”.

For holistic healers, aura reading is the art of investigating the human energy field, or the energy fields of other sentient beings. It is a basis for using techniques of holistic healing, and includes such practices as bioenergetics, energy medicine, energy spirituality, and energy psychology.

Recognition of auras has occasionally been tested on television. One test involved an aura reader standing on one side of a room with an opaque partition separating her from a number of slots which might contain either actual people or mannequins. The aura reader failed to identify the slots containing people, incorrectly stating that all contained people.

In another televised test another aura reader was placed before a partition where five people were standing. He claimed that he could see their auras from behind the partition. As each person moved out, the reader was asked to identify where that person was standing behind the slot. He identified only 2 out of 5 correctly.

sources from wikipedia encyclopedia

*****

Apa itu Aura
By Raja Mohamed

Aura adalah sebuah cahaya yang mengelilingi badan manusia dan binatang . Aura boleh dikatakan salah sebuah badan manusia yang ditempatkan diatas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh disedar. Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan , fikiran , motif dan hati kita. Aura kita menjadi medium atau perantaraan diantara sesama manusia , binatang dan elemnt alam ini.

Apabila kita melihat seseorang perasaan kita akan berubah , sama ada gembira ,marah ,suka, duka , benci , sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang yang disebarkan oleh aura orang tersebut. Kita selalunya dapat ingatan , pesanan dan amaran dari perasaan dan bisikkan hati dari pada aura kita.

Sources from : Baca lagi : Apa itu Aura | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com

*****

Rupa, bakat saja belum cukup

HAKIKATNYA memang mereka cantik. Kecantikan bintang filem masa kini seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisa Surihani, Nur Fazura, Fasha Sandha sehinggalah kepada Diana Danielle, memang menjadi sebutan dan sesiapa pun akan menoleh ke arah wanita ini.

Tidak hairanlah mereka yang berwajah jelita ini sering diberikan peranan utama, dalam filem mahupun drama dan teater. Kecantikan mereka dianggap daya penarik untuk orang datang menonton di panggung wayang atau pentas teater. Berderet filem dan drama yang dibintangi sehingga sesetengahnya diangkat seperti primadona.

Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki. – Erma Fatima, Pengarah dan pelakon.

Primadona? Layakkah mereka digelar sedemikian, setaraf seperti Allahyarham Saadiah, Normadiah, Siput Sarawak, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado atau sekurang-kurangnya Azean Irdawaty, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatimah dan Sofia Jane?

Walaupun kekurangan dari segi teknikal dan kecanggihan peralatan perfileman, tetapi bakat pelakon yang muncul dalam filem hitam putih tidak dapat dipertikaikan meninggalkan kesan kepada peminatnya hingga hari ini.

Antara contoh terbaik ialah lakonan Saadiah tatkala memegang watak Azizah dalam filem Penarik Beca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (Nora Zain – Ajen 001) dan Melor, yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut), dikenang dan pernah mengusik jiwa peminat untuk mempercayai wujud watak sedemikian rupa.

Penonton bukan saja ingat nama Saadiah, tetapi juga tidak lupa dengan watak dan karakter dalam filem yang dibintanginya.

Namun hari ini, dalam filem yang berwarna sepenuhnya, biarpun sudah membintangi banyak filem tetapi lakonan daripada kebanyakan pelakon kurang memberi impak kepada penonton. Penonton ke panggung seolah-olah untuk melihat kecantikan pelakon dan selepas itu mereka tidak pernah cuba mengingati watak dan kesan lakonan Erra, Lisa, Fasha atau Diana.

Jurulatih lakonan yang juga aktivis teater, Fatimah Abu Bakar berpendapat, lakonan daripada pelakon wanita hari ini yang tidak memberikan impak kepada penonton kerana tiadanya sistem latihan intensif sebelum ke lokasi penggambaran, yang sepatutnya dijadikan amalan dalam industri perfileman.

“Pengarah dan produser perlu menggunakan bahan yang ada sebaik mungkin. Jika seseorang pelakon itu sudah ada pakej seperti bakat dan kecantikan, latihan sebelum menjalani penggambaran perlu dilakukan juga walaupun pelakon itu sudah biasa berlakon.

“Ibarat masakan, garam sudah ada gula sudah ada, rempah ratus sudah cukup tetapi jika tidak dimasak dengan baik, ia menjadi tidak sedap. Begitu juga pelakon. Jika sudah ada populariti, sudah ada peminat tetapi tidak menjalani latihan lakonan, maka idea yang ada pada watak yang ditangani itu terhad,” katanya.

Fatimah juga tidak menafikan, walaupun ada ramai pelakon cantik ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai aura dan karisma yang kuat untuk bertakhta kukuh di hati penonton atau peminat.

Katanya, dia sendiri akur dengan kenyataan ada pelakon yang popular berlakon filem tetapi penonton hanya mengingati kecantikan pelakon itu berbanding bakat lakonan mereka.

“Saya tak nafikan ada pelakon yang kerap membintangi filem, tetapi kita tidak mahu sebaik saja keluar daripada pawagam, peminat lebih mengingati nama pelakon itu berbanding watak yang ditanganinya.

“Sebaik-baiknya, biar seseorang pelakon itu tidak diingati namanya dan jika boleh kita hanya mahu watak yang dibawa menjadi kesukaan atau kebencian penonton sebaik saja filem itu tamat ditayangkan,” katanya yang mengakui banyak pihak yang sudah lupa asas sebuah lakonan adalah bakat dan bukan kecantikan serta populariti.

Namun begitu, Fatimah tidak menafikan pengarah mahupun penerbit juga memainkan peranan penting dalam membentuk watak dan perwatakan seseorang pelakon sehingga memberikan kesan mendalam kepada penonton.

“Jika dikatakan populariti Lisa Surihani mengatasi bakatnya, dia tidak boleh dipersalahkan. Walaupun berbakat dalam lakonan, sepatutnya pengarah dan produser bertanggungjawab membentuk dirinya kerana tidak semua pelakon itu sempurna.

“Seperti yang saya beritahu, latihan mampu memantapkan lakonan,” katanya yang melihat latihan sebelum penggambaran tidak dilakukan mungkin disebabkan kos yang meningkat.

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid, bersetuju aura yang ada pada seseorang pelakon membantu dalam mengembangkan bakat dan menjadi daya tarikan kepada peminat.

“Bagi memberikan impak dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat, aura ialah perkara ajaib yang perlu ada dalam diri pelakon. Aura ini bukanlah sesuatu yang boleh dicari, tetapi datang sendiri serta tidak semua mampu memilikinya,” katanya.

Pengarah dan pelakon berpengalaman, Erma Fatima juga tidak menyangkal sebahagian daripada angkatan muda yang mewarnai dunia perfileman lahir dengan bakat sebagai pelakon, tetapi mereka tidak mempunyai aura.

“Saya rasa pelakon muda kita terlampau ramai. Mereka berbakat besar dan menunjukkan kesungguhan untuk berlakon. Tetapi mereka tiada aura atau tuah. Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki,” katanya yang memberitahu aura sebagai pelakon juga mampu menyerlahkan karisma seorang pelakon.

Membariskan Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud, selain Sarimah serta Saadiah menjadi contoh, Erma berkata, sebagai pelakon seseorang itu bukan saja berbakat, malah harus memiliki aura yang dilihat sudah membuka ruang kepada lakonan yang hebat.

“Rupa, bakat dan kesungguhan saja tidak cukup. Seperti Eman, dari segi rupa, dia sederhana saja tetapi lakonan dan aura Eman menyerlahkan karisma dirinya,” katanya sambil memberitahu Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah antara pelakon yang memiliki aura.

petikan dari Berita Harian bertarikh 24/10/11

*****

Apa Itu Aura?

Kemaskini : 17 Jun 2011

Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau ‘nur’ yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap ‘spiritual’ yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih � jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu � jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu � jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi – tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus � mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo � jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru � jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau � menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning � bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren � jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah � warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.

Penyucian, pembersihan, penyusunan dan pembentukan aura menurut keseimbangannya boleh dilakukan dengan Hidroterapi Ais, menggunakan Aromatherapy Vibration Seri Wajah dan garam. Formula Sinar juga boleh membantu. Selain itu sentiasalah hening, tenang, sabar, syukur dan ikhlas di dalam rahsia berwudhuk dan mandi supaya tubuh mewujudkan aura dalam imej yang semula jadi.

credit to : http://www.colourvibrationtherapy.com/apaituaura.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: