• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

“Hmm serba tak kena…”

Selamat pagi wahai teman
Harapnya semua dalam keceriaan
Pagi Sabtu penuh kedamaian
Di awal pagi yang kesunyian

Mentari belum menampak sinarnya
Namun sang pencerita amat ceria
Berita tersiar sini sana
Senyum hamba tak lekang sejak mula

Pengakuan diberi sudah diterima
Marilah kita doa sama-sama
Semoga hasrat dimakbul jua
Ikatan termetri dibawa ke syurga

Geram dan marah telah bermula
Kisah cinta menjadi cerita
Lakonan bersama diingat selama
Asyik-asyik itu sahaja peminat berkata

Hmm kesian pula melihat mereka
Sewaktu dahulu sering ditanya
Ketika menafi andaian berjela
Cerita tak dapat di gossip juga

Pengakuan diberi pasti bermakna
Tuan empunya diri bahagia terasa
Hendak berkongsi peminat semua
Rahsia hati tersimpan lama

Namun masih ada yang berbunyi
Terasa tidak puas di dalam hati
Cerita cinta lebih mengatasi
Dari lakonan yang diberi

Bukan salahnya mereka berdua
Pabila wartawan asyik bercerita
Serba salah jadinya
Kasihan hamba pada Teruna Dara

Peminat juga ada berkata
Janganlah kisah cinta disebut sahaja
Nak kita buat macam mana
Berita keluar kita baca juga

Tiada berita resah menanti
Bila ada banyak pula bunyi
Mengaku salah tak mengaku gossip berlari
Susah sungguh jadi cjolimoli

Duduklah hamba mencari erti
Sikap manusia memanglah begini
Tidak pernah puas rasa di hati
Ada saja salah di sana sini

Cubalah mengaku barang sekali
Kisah peribadi juga mahu diketahui
Sikit atau banyak tetap dicari
Bila tiada mula terasa sunyi

It’s takes two to tango

Suka tak suka itulah manusia
Hamba faham apa yang dirasa
Cuba jangan mudah berprasangka
Kisah baru panas belum reda

Esok lusa diamlah mereka
Artis lain ada juga cerita
Bukan saja Teruna Dara
Setiap hari wartawan nak cover

Usahlah nak marah sahaja
Kitapun sama juga
Bila dapat kabar gembira
Tiap-tiap hari nak bercerita

Sampai masa surut adanya
Masa tu tertanya pula
Bila gossip melenting tak terkata
Yang benar tetap tak kena jua

Pantun sekadar melepas perasaan
Melihat pada komen yang bertaburan
Jagalah diri pasangan sepadan
Hamba di sini tetap mendoakan

Terima kasih berjuta kali
Kerana sudi berkongsi
Rahsia hati yang lama terkunci
Sang pencerita bersyukur pada Ilahi

Langkah permulaan selamat disempurnakan
Sang pencerita menanti dalam debaran
Bilakah lagi adanya pengumuman
Majlis pertunangan dan pernikahan

Bila tiada hamba reka cerita
Duduk angan-angan senang sahaja
Lihat gambar mesti ada idea
Senyum menawan dari anda berdua

Sang pencerita memang syok sendiri
Berangan kisah cjolimoli
Nanti hamba lompat tinggi-tinggi
Tidak lupa doa diiringi

Oh ya dalam Utusan ada cerita moli
Kali ini hendak dibedah tapak kaki
Kenapa dik…apa pula yang terjadi
Kasihan lagi pada moli dikasihi

Jagalah diri wahai merpati dua sejoli
Terima kasih hamba ucap sekali lagi
Rahsia hati yang sudah dikongsi
Semoga perjalanan kasih terus direstui

Sekali lagi hamba berpesan
Baik-baik dalam perhubungan
Jagalah diri dan peradaban
Selamat sejahtera dalam kehidupan

Owned and written by : Sanaa 29/10/11

5 Responses

  1. Somehow my instinct tells me that next year will be RITZ year coz they will be more popular than ever by winning lots of awards. Mark my words.

  2. Begitulah sikap manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bila disorok asyik bertanya, bila dah terbuka menyampah pula. Pening kepala cjolimoli kita. Bercakap salah, tak cakap pun salah. Kita anggap je lah, mereka sebenarnya teruja juga, cemburu pun ada. Manakan tidak pasangan sepadan, bagai pinang dibelah dua. Sampaikan ada yang mengelarkan mereka ibarat brangelina (Angelina Jolie & Brad Pitt) Malaysia.. Apapun, didoakan agar Remy Ishak selamat menjalani pembedahan di tapak kakinya.. Dan tak sabar menantikan drama lakonan beliau dengan Tiz Zaqyah nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: