• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • October 2011
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Sekali Lagi

Air yang jernih jangan disangka tiada buaya…itulah ibarat kata kepada orang-orang yang pendiam atau tidak banyak berkata-kata. Namun sekali berkata mungkin bagai petir lagak mereka.

Sekali lagi Remy Ishak berada di tengah-tengah kemelut wartawan hiburan yang “menjentik” kisah percintaannya dengan Tiz Zaqyah. Pengakuan Remy minggu lalu semasa hari lahir Tiz yang jatuh pada 25/10 bahawa mereka kini memang bercinta telah memberi banyak reaksi. Tentu saja tangan-tangan yang memanjat doa selama ini berasa amat bersyukur dengan pengakuan Remy. Tidak terkecuali juga nada-nada sumbang dari yang tidak menyokong dan wartawan yang cuba terlebih gurau tentang pengumuman Remy.

Selama ini baik Remy ataupun Tiz memang tidak pernah suka menggembar-gemburkan hubungan yang terjalin. Dari mata yang mentafsir pasti kita dapat melihat keserasian dan kemesraan mereka. “Body languange” mereka menyatakan segalanya. Akan tetapi kedua mereka memang tidak selesa untuk berbicara tentang kisah peribadi. Saya menghormati permintaan ataupun kemahuan mereka. Bukan bermakna kerana saya menyokong lalu saya berkata demikian, akan tetapi Remy dan Tiz juga manusia biasa yang mahu menjalani hidup seperti orang yang tidak dikenali. Sedikit sebanyak mereka tentu mahu menyimpan rasa hati atau rahsia diri. Sudah pasti juga ramai akan berkata kalau dah namanya artis kisah hidup mereka sentiasa diburu. Sekali lagi saya tidak menafikannya. Sama sekali saya tidak menafikannya namun bercakap dari sudut kemanusiaan perasaan hormat di antara sesama manusia mesti ada. Oleh itu pengumuman Remy dianggap amat bermakna bagi semua lebih-lebih Tiz sebagai wanita yang bertahta di hati Remy sekarang. Saya percaya Remy telah benar-benar bersedia untuk mengumumkan kepada ramai peringkat pertama ini.

Dari apa yang saya baca harapan Remy semoga dengan pengumuman ini tiada lagi soseh-soseh mengatakan yang dirinya serta Tiz merahsiakan hubungan mereka berdua. Andainya benar apa yg ditulis wartawan dan bahawasanya itulah yang terkeluar dari mulut Remy, permintaan Remy sudah jelas. Cukuplah setakat ini dahulu. Hubungan mereka masih baru dan masih lagi diperingkat mengenali, walaupun Tiz tidak menafikan bahawa mereka berdua telah bertemu dan berkenal dengan keluarga masing-masing. Tolak tepi seketika yang Remy dan Tiz adalah pelakon dan public figure…pepatah mengatakan berumahtangga lagikan bercerai inikan pula baru berputik adanya. Sudah jelas maksud Remy dan Tiz, mereka sendiri tidak dapat hendak memberi kata pasti tentang hubungan yang ada kerana sebagai seorang manusia dan beragama Islam mereka berdua masih berpegang pada jodoh. Kerjaya mereka adalah pelakon, biarlah mereka menjadi seorang pelakon yang diingati dari watak-watak yang dibawa, bukannya dari kisah peribadi yang ditaja oleh kumpulan wartawan akhbar-akhbar ternama. Rasa hormat menghormati mesti ada di antara seorang manusia kepada seorang yang lain. Kisah peribadi mesti mendapat tarikan pembaca lebih-lebih lagi kepada peminat yang mengikuti perkembangan mereka ini namun saya pasti Remy dan Tiz juga meminta untuk menghadkan segalanya bukan untuk terus mendiamkan diri.

Telah lama rasanya wartawan mengekori jejak merpati dua sejoli ini namun ketegasan Remy dan Tiz membuat sesetengah dari wartawan bagaikan “berdendam” apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Penafian demi penafian dibuat oleh Remy dan Tiz lalu cerita mereka surut seketika. Mereka berdua mula menghiasi dada akhbar dan majalah apabila adanya projek besar. Drama lakonan Tiz yang masih ke udara sekarang ini dan pastinya ada liputan yang dibuat bagi tujuan promosi. “Sambil menyelam sambil minum air” menjadi sisi wartawan. Menemuramah Tiz dengan drama terbaru pasti terselit pertanyaan tentang hubungannya dengan Remy dan begitulah sebaliknya. Segalanya Remy rungkaikan pada hari jadi Tiz yang lalu. Tiz pula apabila ditemubual oleh GUA.COM mengatakan pengumuman Remy dianggap hadiah harijadi buatnya. Siapa yang tidak teruja apabila jejaka yang bertahta di hati membuat pengumunan rasmi tentang hubungan mereka seterusnya menjadi keterujaan para peminat dan penyokong. Dalam pada itu pasti ada segelintir yang kecewa, sakit hati dan cemburu dengan Tiz dan Remy. Tidak mungkin dalam jutaan peminat semuanya merestui hubungan mereka dan pastinya di kalangan rakan artis serta media cetak tidak terbit rasa cemburu? Ini adalah naluri manusia, nak mengaku pastinya malu kerana itu lebih rela menulis dan mengutuk merpati dua sejoli ini di laman-laman web seperti facebook, twitter dan juga blog gossip seperti cari.

Api kemarahan Remy tiba-tiba memuncak semalam apabila tersiarnya gosip tentang hubungan Remy dan Tiz yang ditulis oleh Joyah di ruangan gosip Mingguan Malaysia.

Article tersebut bertajuk ‘AKHIRNYA MENGAKU JUGA’

Ingatkan mereka tak akan mengaku, tapi akhirnya Remy Ishak dan Tiz Zaqyah akhirnya mengaku yang mereka memang bercinta. Lantas bila membaca sahaja pengakuan cinta mereka Joyah hanya mampu senyum simpul.

Bukan apa, selama ini masing-masing dilihat bermain tarik tali dalam soal ini. Bila ditanya mereka enggan memberi jawapan sama ada ya atau tidak. Tanyalah banyak mana sekalipun, tetap jwapan yang sama keluar.

Tapi setelah bermacam-macam cerita tentang mereka keluar akhirnya pasangan ini mengalah juga. Cuma dah jadi trend sekarang orang tak mahu mengaku kalau mereka bercinta. Mungkin takut jatuh saham kot.

Orang nampak kemesraan mereka, orang dapat rasa jenis perhubungan mereka. Kalau nak sorok juga, banyak mana yang boleh disorokkan?

Mereka kena ingat yang mereka orang terkenal. Banyak mata mata yang memandang setiap gerak geri. Kalau pergi luar negara bersama pun pasti orang akan terjumpa.

Kalau Tiz masih tak mengaku bercinta, memang ada niat Joyah nak masuk daun. Manalah tahu kot-kot Remy sudi menemani Joyah. Jangan marah yer”.

Di atas adalah setiap butiran yang ditulis oleh Joyah semalam. Sekali lalu mungkin apa yang ditulis Joyah adalah biasa-biasa saja kepada para pembaca namun tidak pada Remy. Benar juga kata seorang forumner di blog gossi CARI.COM bahawa sensitivity seseorang tidak sama. Pada pembaca dan peminat mungkin biasa saja, tapi pada Remy ia menyentuh banyak hal.

Tapi setelah bermacam-macam cerita tentang mereka keluar akhirnya pasangan ini mengalah juga. Cuma dah jadi trend sekarang orang tak mahu mengaku kalau mereka bercinta. Mungkin takut jatuh saham kot“.

Perkataan “mengalah” dan “jatuh saham” besar kemungkinan membawa erti yang berlainan kepada Remy. Saya cuba menjadi Remy seketika, apakah saya juga akan melenting dengan ulasan yang begitu. Apakah pengumuman Remy menunjukan kekalahan dan Remy tunduk kepada desakan media dan peminat dan bukan rahsia hatinya yang sebenar? Saham apa pulak yang akan jatuh dengan pengumuman ini? Adakah Remy dan Tiz akan hilang tawaran untuk berlakon kerana kini mereka pasangan kekasih? Walaupun cuba menjadi Remy dalam hal ini saya gagal menemui jawapan. Ini adalah kerana saya tidak dapat mencapai tahap pemikiran Remy ketika membaca artikel Joyah.

Beralih pula kita kepada maksud seterusnya…”Kalau Tiz masih tak mengaku bercinta, memang ada niat Joyah nak masuk daun. Manalah tahu kot-kot Remy sudi menemani Joyah. Jangan marah yer”. “Kalau Tiz masih tak mengaku bercinta….kenapa pulak Tiz tak mengaku? Sudah adakah wawancara dibuat secara terbuka dengan Tiz Zaqyah. Di sini saya membuat tafsiran bahawa Remy marah kerana Joyah bagaikan tidak mengerti kenyataan Remy. Kalau dah Remy buat pengakuan itu bermakna Tiz adalah orang yang dimaksudkan. Perlukah Tiz juga membuat pengakuan terbuka? Kalau begitulah anggapan Joyah saya sendiri berani mengatakan bahawa Joyah menulis tanpa menyelidik apa yang ditulis. Masuk akal ke Cik Joyah berkata begitu dan ada niat pulak nak masuk daun. Hati mana yang tak melenting Cik Joyah oiii kalau tiada rasa hormat pada pengakuan yang diberi. Cubalah kita melihat sedikit dari sudut pandangan yang berbeza dari sisi Remy yang membaca artikel Joyah semalam. Apakah tafsiran saya yang tidak seberapa ini membawa persepsi Remy?

Lalu dengan teguran yang dimulakan oleh Remy di laman twitter beliau perkara ini telah menjadi satu gambaran yang buruk apabila Remy juga telah berkasar apabila wartawan-wartawan lain datang untuk mempertahankan Cik Joyah. Di forum gosip cari, 80-85% forumner menyebelahi Remy dalam perkara ini dengan mengatakan bahawa wartawan hiburan sekarang tidak mempunyai etika penulisan. Kebanyakan dari mereka mendabik dada dan berlagak bagaikan diri mereka Tuhan yang mampu menentukan pintu rezeki seseorang.

Sebagai seorang yang sering mengikuti perkembangan Remy bersama wartawan dan juga kata-kata yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, rumusan saya adalah dalam hal ini kesalahan datang dari kedua belah pihak. Remy mungkin tidak dapat lagi menahan kesabaran dengan apa yang Cik Joyah tulis (walaupun apa yang ditulis Joyah tidak seteruk tulisan-tulisan wartawan yang terdahulu) lalu menghamburkan kata-kata yang tidak enak didengar ketika membaca. Wartawan dan pihak pembangkang pula mula mengungkit kisah silam Remy dan seterusnya menghina latarbelakang Remy sebagai penoreh getah dan buruh kasar sebelum terkenal. Wartawan sendiri tidak ada modal lain asyik mengulangi rekod buruk dan sikap panas baran Remy keluar lagi sekali setelah lama mendiamkan diri. Apa yang berlaku semalam adalah bagai “menjolok sarang tebuan”. Diam Remy selama ini telah sampai kemuncak, kesabaran telah tiada dalam diri.

Penghinaan wartawan terhadap Remy tidak pernah padam akan tetapi Remy bersuara kepada wartawan selama ini atas sebab-sebab yang berlainan. Wartawan menggunakan penghinaan setiap kali mempertahankan diri dan memperkecilkan artis dengan statement standard “tanpa wartawan siapalah artis”. Remy bangkit kali ini dengan mempertahankan dirinya kerana telah berkali-kali Remy berkata tidak mahu memperbesarkan hal ataupun kisah peribadi, bukan tidak boleh disentuh langsung. Namun sekarang bagaikan telah diperbesarkan oleh pihak wartawan dan gossip writer mengenai pengumuman Remy. Pada saya Remy ada hak ke atas dirinya sebagai seorang manusia dan permintaannya selama ini menjadi guraan dan sendaan wartawan. Apabila Remy bangkit mempertahankan diri wartawan tidak dapat menerima kerana Remy tidak tunduk pada “ugutan” mereka selama ini.

Terpulanglah kepada tafsiran masing-masing dengan tindakan Remy. Saya tetap berpendapat bahawa ada kalanya kita memerlukan orang seperti Remy yang berani mempertahankan dirinya dan menegakan apa yang dikatakan. Walaupun cara Remy dikatakan kasar akan tetapi apabila harimau sudah mengganas, lautan tenang dilanda gelombang apakah boleh kita menduga siapa mangsanya? Seperkara lagi kita tidak berada di dalam keadaan Remy sebelum ini. Ramai yang berpendapat supaya Remy mengawal keadaan dalam perakara yang sebegini, akan tetapi tahukah kita apa yang Remy rasa?

Peringatan yang sentiasa saya pegang dan saya ulangi sekali lagi…satu jari menunjuk kearah orang lain, empat jari menuding pada diri sendiri. Allah mengetahui nawaitu hamba-hambaNYA dan dengan izinNYA jua kita bakal melihat Remy dan Tiz di ambang bahagia. Berkat doa restu dari keluarga saya menanti berita pertunangan dan penikahan merpati dua sejoli ini dalam masa yang terdekat. INSHA’ALLAH.

Bak kata lirik lagu yang berbunyi “jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang”. Baik-baik jaga diri adik berdua. Sebagai peminat dan pemerhati hanya doa mampu saya iringkan semoga ikatan yang ada terus dibawa kepada pernikahan dan membina keluarga bahagia hinggalah ke syurga.

Note: Masih menanti hajat dimakbulkan oleh Yang Maha Esa…bertemu mata Remy Tiz bersama dengan Kabir serta Mira. Drama lakonan berdua bakal menemui peminat tidak lama lagi…apakah CINTA JANGAN PERGI mampu menyembuh demam yang masih belum kebah ini….

Pesanan saya sekali lagi sebagai penulis cerita…baik-baik jaga diri wahai cjolimoli. Selagi mampu dan terdaya, selagi itulah doa saya pohon kepada Yang Maha Esa semoga anda berdua selamat sejahtera adanya dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai anak seni dan hambaNYA di mukabumi ini.

Salam

Owned and written by : Sanaa 31/10/11

7 Responses

  1. Salam perkenalan…
    Selama ni jadi SR je dan hari ni terasa nak comment pulak😉 Sy sebenarnya risau juga kalau2 isu ini akan menjatuhkan karier Remy ( Tapi, harap2nya tidak ). Pastinyai wartawan akan terus menggunakan isu ini utk menghentam dan seterusnya mendedahkan segala sisi yg buruk ttg Remy dan Tiz. Takut tekanan2 ini nanti akan menggoyahkan hubungan RITZ😦 Namun, sy berdoa agar dugaan2 spt ini akan mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka. InsyaAllah…

    Sy rasa Remy marah sgt sbb bila dia dah buat pengakuan, tetapi wartawan ttp ckp mcm2. “Akhirnya mengaku..”, frasa ni seolah2 Remy telah tunduk dgn desakan wartawan, seolah2 Remy terpaksa mengaku sbb dah bermacam gosip ttg mereka dah keluar; makan bersuap dan sebagainya. Sy rasa pengakuan yg dibuat tu sebenarnya sbg kejutan harijadi utk Tiz. Bkn atas desakan siapa2…hmmm

    Kalau Remy tak mengaku pun, sbg peminat setia RITZ, pastinya kita dpt menghidu ttg ‘hubungan’ keduanya melalui status fb ataupun tweet masing2…cukup jelas dan terang. Gambar2 dari instagram dan twitter mengukuhkan lagi andaian ttg hubungan keduanya….Ditambah lagi dgn cerita2 org yg pernah terserempak dgn mereka berdua. Semua itu cukup jelas membuktikan ada ‘sesuatu’ antara mereka…

    Kesian mereka sbb bila x mengaku didesak2, tapi bila dah mengaku disindir2 pulak…Apapun yang berlaku, harap RITZ tabah menghadapinya. x sabar menantikan Cinta Jgn Pergi…Semoga gandingan keduanya sekali lagi mencetuskan fenomena…

    *Sorry ya, pjg berjela pulak komennya…*

    • Salam perkenalan buat Azure juga dan terima kasih kerana sudi melayari blog ini dan skrg dengan komen yang di beri.

      Kadang2 kita sebagai manusia ini sering melihat kelemahan org dan apabila ada kelebihan pula suka menjatuhkan seseorang. Begitulah yang terjadi di dalam keadaan ini. Akan tetapi saya merasakan bahawa kita sebagai penonton dan peminat dapat menilai keadaan dengan fikiran yang waras utk melihat salah silap keadaan. Pada kumpulan wartawan mungkin perkara biasa jentik2 ni tapi tidak pada tuan empunya diri. Spt yg u kata announcement tu utk Tiz sebagai wanita yg Ri pilih utk suri hidupnya satu hari nanti Insha’Allah.

      Wartawan menggunankan senjata pena mereka utk menulis dan mengapi-apikan keadaan. Sabar juga ada hadnya dan apabila RI buat pengumuman mrk tukar corak “hentaman”. Bahasa kasar utk mrk nie “bodoh dan bangang” saja sbb kalau kita benar2 teliti dari segala interview between ri dan wartawan banyak clue yg dia beri tapi wartawan bagai nak di suapkan dgn kenyataan rasmi. Pastinya Ri naik angin bila kenyataannya digurau sendakan.

      Apapun kita akan terus berdoa utk RITZ kan? Anggap saja kejadian yg berlaku adalah dugaan buat mrk dlm melalui fasa yg kedua….thanks again Azure…semoga kita berjumpa lagi.🙂

  2. Salam… saya baru terjumpa blog saudari ni… kagum tgk kesungguhan saudari mendedikasikan puisi & pantun utk Remy & Tiz… saya mmg peminat tegar mereka berdua tu dan berharap mereka bertemu jodoh & berbahagia dunia akhirat…
    Agak tersentap jugakla baca isu terbaru ni… sy tak salahkan remy klu dia marah sbb sy dpt bygkan perasaan dia, mesti rasa bingung bila dia dah berterus terang, wartawan tetap nak sindir2…ditambah lagi dgn isu2 terpendam yg diorg diamkan sebelum ni dimana mereka disindir2 sana sini bila tetap zip mulut utk mengaku…tpi, bila betul2 bt pengakuan…tetap juga ada wartawan yg sarcastic….itu yg mungkin buat Remy betul2 rasa tak puas hati. Patutnya wartawan2 ni doakanlah yg terbaik utk mereka. Tpi siapalah kita utk mengawal pemikiran & tindakan org lain kan…
    Cuma, sayangnya cara Remy menegur tu agak kurang enak didengar… harapnya ini jadi pengajaran berguna utk dia lebih berhati2 memberikan kenyataan umum yg boleh dibaca oleh semua orang…. sy yakin, pasti ada hikmahnya semua ni terjadi…. Saya seperti saudari amat mengharapkan RITZ bersatu dan berbahagia dalam rahmat Allah… Amin… and yes, can’t wait for Cinta Jangan Pergi… pasti syahdu….

    • Wassalam Lia Sakinah…terima kasih kerana melayari blog ini dan saya amat bersyukur kerana masih ada yg menemuinya walaupun telah lama saya berada di sini. Yes…sama-samalah kita berdoa utk RITZ…terima kasih sekali lagi dan harapnya teruslah sudi membaca…hehehe🙂

      • Sebenarnya lebih ramai yang menyokong hubungan RITZ tu drpd yang mencemuh… si Joyah tu pun ntah2 sebenarnya sakit hati sbb selama ni nak tackle remy ishak x dapat2…hehehe
        Btw kan, saya nak tanye sikit, sekadar nak berkenalan…klu salah, maafkan saya… tuan punya blog ni adakah org yang sama dgn nick Orked Hijau kat FB?

      • betul tu lia…yg menyokong dan mendoakan RITZ sejak dari dulu hingga sekarang tak berkurang tapi makin bertambah. kita doakan terus ya buat mereka….mana tahu doa yang baik kita beria baik juga yg kita terima…

        dah tanyanya sikit…jawapnya pun sikitlah ya🙂 bkn lia…saya tidak menggunakan nick Orked Hijau di FB org lain kut tu. will email you later for further info. busy sikit now but will try later Insha’Allah.

  3. CINTA JANGAN PERGI – ku menunggu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: